Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 30 September 2013

PAS Batu Gajah buat perubahan

Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin telah dinaikkan 'pangkat' ke jawatan YDP Kawasan Batu Gajah apabila menang tanpa bertanding dan beliau sebelum ini memenang jawatan Timbalan YDP.

YDP sebelum ini, Ismail Ariffin menang jawatan Timbalan YDP manakala Rosdy Abdullah kekal sebagai Naib YDP setelah mendapat undi tertinggi dalam pertembungan tiga penjuru.

Ketua Muslimat dan Pemuda juga turut menampilkan muka baru apabila disandang masing-masing oleh Ustazah Siti Aminah dan Ustaz Hakim Mohd Nor.

Walaupun ada persaingan dengan mengambil kira pencalonan daripada cawangan-cawangan, namun perjalanan Mesyuarat Agung PAS Batu Gajah kali ke yang diadakan pada 29 September lalu berjalan dengan penuh harmoni.

Ahad, 8 September 2013

YB Radzi ucapkan selamat Menghadapi Peperiksaan kepada semua calon peperiksaan seluruh DUN Sungai Rapat



YB Radzi Zainon bukan sahaja seorang pemimpin yang berwibawa sebaliknya juga seorang motivator yang pernah harum namanya seluruh negeri Perak. malah sehingga kini beliau masih memberi motivasi dan perangsang untuk para pelajar mencipta kejayaan. Tambahan pula sebagai wakil rakyat kini beliau juga memotivasikan ibu bapa pula untuk menjadi ibu bapa terbaik dalam memimpin ummah.

Sebelum ini YB Radzi pernah menjadi Kaunselor sambilan RTM (Radio Ipoh) segmen Bicaranita (2000-2002), Kaunselor Sambilan dan Motivator RTM (Radio Ipoh), segmen Motivasi Belia (2007), Perunding motivasi dan Latihan serta Penceramah bagi Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun seperti JAIPk, KWSP, TLDM, AIM, USM, UTP, BMMB, gabungan Pemborong Melayu Perak, Rojam Industries Sdn Bhd, HPA, NGO, sekolah dan beberapa yayasan di serata Negara.

Sempena bulan peperiksaan yang bakal menjelang, YB Radzi Zainon mengucapkan Selamat menduduki peperiksaan. Semoga menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Pusat Khidmat ADUN Sg rapat juga menaikkan beberapa benner untuk motivasi pelajar.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Media dan Informasi Pusat Khidmat ADUN Sg Rapat
Medan Gopeng

SK Pengkalan Lahat

Simpang 3 Pengkalan Pegoh

SK Sg Rokam

Jumaat, 6 September 2013

Rabu, 4 September 2013

Peniaga Medan Gopeng dianiaya!


 



IPOH: Tidak reda dengan pemindahan mengejut terminal bas ke Aman Jaya Meru, peniaga di Medan Gopeng, Ipoh sekali lagi dirundung malang apabila Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menguatkuasakan sistem kupon prabayar di kawasan itu.

Adun Sungai Rapat, Radzi Zainon berkata, penguatkuasaan ini telah menimbulkan kemarahan bukan sahaja dikalangan pemilik-pemilik kedai disekitar itu tetapi juga para pengunjung pekan kecil itu.

Menurutnya, hasil pemantauan dan kajian daripadanya, majoriti peniaga di situ melahirkan rasa tidak puas hati dan membantah penguatkuasaan itu kerana ternyata membebankan peniaga yang majoriti menggunakan parkir itu.

"Peniaga di kawasan Medan Gopeng sangat terkesan dengan pemindahan terminal bas yang menjadi salah satu penyumbang utama pengunjung disitu.

"Kira-kira 30 peratus pengunjung telah berkurangan menyebabkan sukarnya peniaga untuk memperoleh keuntungan dan dengan penguatkuasaan bayaran parkir ini telah menambahkan lagi beban terhadap peniaga," katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini hari ini.


Setiap hari, ujarnya, pengguna parkir terpaksa membayar RM4,00 dan ianya adalah satu caj membebankan peniaga yang majoritinya bangsa melayu.

Timbalan Yang Dipertua PAS Gopeng itu menjelaskan, peniaga dan pengunjung di Medan Gopeng itu musykil dengan penguatkuasaan ini kerana kawasan di sekitarnya antaranya Gunung Rapat, Ipoh Jaya, dan Taman Cempaka bahkan kawasan seberang jalan tidak pula dikuatkasakan parkir berbayar ini sedangkan kawasan-kawasan tersebut jauh lebih ramai pengunjungnya.

Ini katanya menggambarkan ketidakadilan berlaku apabila penguatkuasaan ini tidak menyeluruh dan hanya membabitkan kawasan di Medan Gopeng.

"Saya menggesa agar penguatkuasaan ini ditangguhkan sementara dan merunding dengan para peniaga disitu agar ianya dapat diselesaikan secara harmoni.

"Pihak MBI harus mengkaji dan mencari jalan alternatif lain yang lebih efisyen dan berharap dapat bertemu serta berbincang dengan para peniaga dalam satu majlis dialog," jelasnya lagi.

Ujar Radzi, penguatkuasaan tersebut juga diluar pengetahuan orang ramai kerana tiada notis yang jelas menyebabkan ramai pengunjung yang disaman oleh pihak berkuasa.

"Saya selaku Adun di kawasan itu bertanggungjawab untuk memperjuangkan nasib para peniaga di kawasan itu.

"Saya sangat berharap pihak berkuasa dapat menyelami hati dan perasaan para peniaga yang mahukan keadilan, saya yakin ianya dapat diselesaikan secara baik," jelasnya lagi,

Dalam perkembangan berkaitan, beliau telah menyerahkan memorandum bantahan tersebut yang turut disertakan dengan tandatangan daripada 56 peniaga di Medan Gopeng kepada Setiausaha Bandaraya Ipoh, Datuk Rahim Md Arif di pejabatnya setelah selesai sidang media.