Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 27 Februari 2013

UMNO jajah Dewan Serba Guna.. jadi harta sendiri


28 Februari 2013- Pengkalan Pegoh
UMNO Kawasan Gopeng sekali lagi melanggar etika kerana menggunakan Dewan serba Guna Pengkalan Pegoh sebagai Bilik Gerakan mereka di sini.
Menurut makluman penduduk tempatan, papan tanda Bilik Gerakan BN yang dipasang di dinding Dewan Serba Guna menyerlahkan sikap UMNO yang suka melanggar etika kemasyarakatan. Malah perpaduan yang cuba dipupuk melalui aktiviti di Dewan berkenaan hancur apabila UMNO memasukkna unsur kepartian.


Saudara Anuar Ibrahim wakil penduduk Pengkalan Pegoh mengatakan hipokrit UMNO terserlah apabila kerap mengatakan PAS memecah belah perukunan penduduk tempatan melalui agenda politik dan aktiviti masjid sebaliknya UMNO lah parti pemecah belah.
"UMNO parti haprak dan miskin. bangunan perhubungan negeri sahaja gah! Di peringkat cawangan dan UPU markaz dan bilik pun tiada. Inikah parti yang dikatakan berduit dan memerintah sekian lama? PAS miskin dan dicela apabila mengutip dana di ceramah-ceramah sebaliknya mampu pula memiliki markaz dan bilik gerakan sendiri tanpa pelru menjadi parasit seperti UMNO cawangan" ulas Anuar sebagai penutup bicara.
PAS Kawasan Gopeng akan membuat laporan polis dalam masa yang terdekat mengenai salahguna Dewan Orang Ramai seluruh kawasan Gopeng.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat

Selasa, 26 Februari 2013

Rezeki keluargaku di tangan Allah, bukannya kamu wahai Kak Midah!





Semalam Adun Sungai Rapat kesayanganku, Kak Midah yang dah nak habis perkhidmatannya datang ke kedai aku bersama gerombolan-gerombolannya terdiri daripada beberapa ketua kampung dan ketua cawangan.

Aku respon twitternya minggu lepas, dia kata boleh ke nak tanya kedai mak aku, aku kata datang la.. Yelah, xkan aku kata jangan datang.. Xde masalah..

Pagi semalam dia twitt lagi kt aku dan dia kata nk datang kedai. Aku cakap kt dia mintak maaf la sebab aku x dapat bersama kerana ada program di KL.


Dalam blog Kak Midah tu dia kata kalau xde Umno, Kedai Mara tu yang bagi rezeki keluarga aku x wujud.. Memang hebat depa ni..

Keluarga aku yakin, segala rezeki hanya diberikan oleh Allah, bukannya daripada kedai Mara, dan jauh sekali daripada Umno!

Hebatlah Umno kerana mengatakan Mara yang memberi rezeki, bukannya Allah!

Yang bayar sewa bulan-bulan tu bukan duit midah. Duit mak bapak aku... tu kome perlu tahu.

Dah memang tugas kerajaan untuk menyediakan prasarana kepada rakyat menggunakan dana duit rakyat. Bukan duit Midah. Kalau xnk sediakan jangan jadi kerajaan!

Yang paling aku x tahan, dalam blog tu kata Hamidah sudi bergambar dengan keluarga aku, padahal dia yang terhegeh-hegeh nak bergambo.. Kalau ikut logik, xhingin aih bergambo dengan dia.. hihi..

Terima kasih Kak Midah atas kunjungan. Harap politik matang dan terbuka ni dapat diteruskan. Sudah-sudahlah dengan politik dan gangguan ala samseng kebudak budakan.

Bergambo dengan adik aku.. Kak Midah teringin beno.. biokan.. Layan le warga emas.. hehe...


Rabu, 20 Februari 2013

PAS desak SPRM siasat pemilikan tanah kepada Setiausaha Pemuda BN Perak


IPOH: PAS Perak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) berhubung kelulusan pemilikan tanah kerajaan negeri di Bandar Seri Iskandar.

Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Raja Iskandar Al-Hiss berkata, tanah seluas kira-kira 14.164 hektar (35 ekar) diberikan pajakan negeri kepada Syarikat Proaktif Upaya Sdn. Bhd milik Setiausaha Pemuda BN Perak yang juga Ketua Pemuda Umno Ipoh Barat sekitar bulan April 2012 yang lalu.

Menurutnya, pihaknya mempersoalkan tindakan kerajaan negeri melalui pihak berkuasa negeri mengikut perjumpaan majlis mesyuarat meluluskan pajakan tersebut kepada Ketua Pemuda Umno itu.

“Ini menimbulkan persoalan bagaimana tanah tersebut boleh diluluskan kepada kroni mereka,” katanya selepas selesai membuat laporan di SPRM Perak, Meru, Ipoh dekat sini hari ini.

Hadir sama ialah Ahli Jawatankuasa Strategik dan Isu, Salman Saleh, Hafez Sabri dan Safarizal Saleh.

Katanya, hasil daripada semakan pihaknya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), syarikat itu terbukti dikategorikan tidak aktif.

Ini, katanya menjadi satu tanda tanya kepada rakyat khususnya di negeri Perak bagaimana kerajaan negeri boleh memberi pemilikan tanah ini kepada syarikat pemimpin mereka yang dibuktikan tidak aktif.

Mengulas lanjut, katanya tanah tersebut diberikan pajakan negeri selama 99 tahun dengan kos keseluruhan hampir RM45,000.

“Kami hari ini tampil mengemukakan laporan agar pihak SPRM membuka kertas siasatan kerana berlaku penyalahgunaan kuasa di atas kelulusan tersebut.

“PAS mendesak agar pihak SPRM menjalankan siasatan dengan beberapa dokumen sokongan seperti peta dan juga akaun terima bayaran bagi bukti siasatan,” jelas Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia itu.

Jelas Raja Iskandar, kelulusan tersebut ternyata menjadi persoalan adakah pemberian tersebut mempunyai unsur-unsur salah guna kuasa kerana ianya melibatkan pemimpin parti politik.

“Kami juga mengharapkan Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Kadir menjawab isu ini kerana ianya melibatkan integriti kerajaan yang dipimpin beliau.

“Kami harap satu lagi pendedahan ini dapat dijelaskan kepada umum dan kami tidak teragak-agak untuk meneruskan pembongkaran penyelewengan BN Perak,” tegasnya.

Jelajah trailer Negara Berkebajikan di Ipoh esok!

Hebahkan!!!

Ahad, 10 Februari 2013

Dragon dengan ceramah TG Haron Din


10 Feb 2013: Kuliah Perdana Bukit Gantang -- Alhamdullilah, dalam ribuan hadirin  di  surau  Ma'arof  Taman Simpang Bukit Gantang rupa-rupanya terdapat seorang artis yang popular ditanahair ini berada sama dalam majlis ilmu tersebut. 

Majlis ilmu tersebut ialah Kuliah Perdana dengan tajuk "Menjawap: Persoalan isu Pengunaan Kalimah Allah" yang berlangsung disurau ini di sampai oleh YBhg Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din iaitu Timbalan Mursyidul Am PAS.

Artis yang dimaksudkan ialah Adam Corrie Lee Abdullah, 43 tahun,seorang pelakon dan koreografer tarian yang sudah terkenal didalam industri perfileman dan TV Realiti diMalaysia. Beliau juga salah seorang pelakon dalam filem popular tanahair "KL Gangster".
Menurut  Adam Corrie,beliau datang bersama isteri-nya serta ahli keluarga yang sememangnya tinggal di Kemunting Taiping. 

Syukur kepada Allah Yang Maha Kuasa, semakin ramai artis-artis tanahair mendampingi majlis ilmu yang disampaikan oleh pimpinan PAS dan bersama dengan jemaah yang memperjuangkan Islam ditanahair ini.
YBhg Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din ,Timbalan Mursyidul Am PAS penyampaikan kuliah
Melimpah: Hingga diluar perkarangan surau hadirin datang mendengar kuliah 
Kelihatan  Adam Corrie sedang berdoa bersama hadirin yang lain diluar surau Ma'arof  Taman Simpang Bukit Gantang
Adam Corrie sempat bergambar dengan YDP PAS Taiping Ust  Fakharuddin

Sumber: orangni.blogspot.com

Isnin, 4 Februari 2013

PANAS! Datang beramai-ramai ke Ara Payong!


Jom datang beramai-ramai mendengan isu-isu semasa termasuklah pendedahan penyelewengan tanah di Perak! Jemput kawan dan sedara mara datang ye.. tapi x ada makan free.. HIHI