Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 31 Januari 2012

Sudah Penuh bendera BN di lokasi ceramah PAS.. Jom turun malam ni ramai-ramai !


Penuh Bendera BN berdekatan tempat ceramah PAS bersama Bob Lokman dan DS Nizar yang diadakan malam ini... Dikhabarkan 2 Adun lompat iaitu Osman Jailu dan Jamaluddin Radzi akan mengganggu ceramah PAS. Jarak antara dua ceramah sangat dekat.. Umno dikatakan akan kerah semua bahagian di seluruh negeri perak untuk menghantar wakil...
Jom Ramai-Ramai kita turun untuk menunjukkan kekuatan kita...

Isnin, 30 Januari 2012

PANAS! Hamidah Macam Budak2!! - Buat Ceramah dekat dengan Ceramah PAS esok!



Aku mendapat berita YB Hamidah Osman akan buat ceramah berdekatan Program Ceramah PAS (banner diatas) jaraknya kurang daripada 100 meter. Tetamu undangannya ialah 2 Adun Si katak Lompat Osman Jailu dan Jamaluddin Radzi..

Semalam pihak PAS call pihak polis dan mengatakan Pihak Umno tidak membuat permohonan permit. Pihak PAS sudah memohon lebih seminggu lepas..

Hamidah buat perangai budak2.. sebijik macam kanak-kanak riang..

khabarnya lebih 60 ribu digunakan utk program ini dan semua kawasan diseluruh negeri Perak wajib menghantar 50 orang bermotor...



Beberapa bulan dahulu hamidah pernah buat perangai bodoh macam ni. lihat gambar diatas...

Jom ramai-ramai.. kita turun dan lihat apa yang berlaku!

Ahad, 29 Januari 2012

Panas! Jom Ramai-ramai!!



Jom kita ramai-ramai ke ceramah Perdana di Kg Pisang Batu Gajah bagi mencuakkan serta menarik minat YB Ibu Midah turun ke kampung tersebut..

Midah kan suka macam tu.. orang pegi ke tempat tu... mesti dia akan datang jugak.. haha..

Selasa, 24 Januari 2012

Hamidah kelentong!

Pasai nak baik sangat dengan AC Mizal.. Kak Midah sanggup tuko fakta... Midah cakap AC Mizal orang Perak sedangkan die orang Muar, Johor.. tengok kenyataan kak midah...




aku tgk kt wikipedia, tercatat kelahirannya di Muar...

AC Mizal Orang Johor, dapat Datuk kat Pahang.. jadi Ahli Umno kt Ipoh Barat... Masuk kt Ipoh Barat tapi kak midah yang buat sidang media.. Apa kene mengena? lepas masuk Umno, banyak show AC kt Perak.. sampai jadi duta perlancongan lagi... adakah ini perjanjian Hamidah dengan AC mizal selepas sertai Umno?? jom berfikir

Midah oh Midah






Khamis, 19 Januari 2012

Terima Kasih Ibu Midah!

Selepas siri penerangan dan pendedahan berkenaan isu setinggan yang belum selesai di bebrapa kampung di DUN Sungai Rapat di buat oleh Pihak Khidmat Masyarakat DUN Sg rapat (PAS) , pihak YB Dato’ Hamidah kelihatan telah turun padang untuk menjengah sendiri penduduk kampung berkenaan.

Terdahulu pihak kami telah menyantuni rakyat yang masih berada di status setinggan dan mengeluarkan kenyataan media berkenaan pada 8 januari 2012 yang bertajuk Isu Setinggan yang berlarutan di DUN Sungai Rapat.

Apa yang amat dikesalkan oleh pihak kami adalah kenyataan ‘penghasut rakyat’ yang telah dilabelkan kepada pihak kami sepanjang pendedahan masalah rakyat dilakukan. Pihak YB hamidah Osman telah mengeluarkan kenyataan tersebut dalam laman pengundisetiasungairapat.blogspot.com yang bertajuk Radhi Zainon Penghasut Rakyat serta keenyataan yang disiarkan dalam Sinar Harian 15 Januari 2012 bertajuk Selesai dalam Tempoh terdekat (halaman 17).

Perlu diperjelaskan pihak Skuad Basmi Setinggan DUN Sg Rapat bukan mempertikai usaha dan penyelenggaraan yang dilakukan oleh pihak YB sebaliknya cuba mempamerkan kekesalan rakyat bawahan berkenaan retorik ‘setinggan sifar di Sungai Rapat’ yang pernah diwar-warkan oleh pihak YB ADUN Sg rapat tersebut.

Bagi rakyat setinggan sifar bermaksud semua penduduk telah mendapat geran tanah dan bukan sekadar borang 5A dan pelbagai surat yang diberi. Malah pihak YB hanya turun padang secara responsif apabila pihak lain cuba membantu rakyat bersuara isu keperluan asasi rakyat iaitu tanah dan rumah.

Adakah cukup sekadar respon kepada kerja buat pembangkang sedangkan tugas tetap pihak ADUN adalah turun meneliti setiap masalah secara kerap dan menyelesaikannya bukan hanya pada setiap menjelangnya pilihanraya.

Pihak kami juga ingin mengucapkan tahniah atas keperihatinan pihak YB ADUN Sg rapat yang cukup cakna dengan setiap isu yang kami perjuangkan dan sebagai pulangannya, proses penerimaan geran terhadap rakyat akan dipercepatkan. Perkara yang penting bagi kami adalah kebajikan rakyat dan jika setiap siri pendedahan kami mendapat tindakan posistif sebegini ia membuahkan hubungan antara pihak kerajaan dengan pembangkang yang baik.

Muhammad Nuruddin Bin Bashah

Unit Penerangan MTD Sungai Rapat (PAS)