BATU GAJAH: Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.
Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven.
“Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu,” katanya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, rasuah di dalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan.
Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan.
“Saya bayar cukai RM20,125 seperti prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir,” ujarnya.
Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah ‘orang kuat’ menyokong kerajaan.
“Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi dari Siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Datuk Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan.
“Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang.
“Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat,” ujarnya.
Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau.
Sementara itu, mantan Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin ketika bersama-sama dalam pengisytiharan itu mengalu-alukan hasrat beliau.
Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan.
“Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai penjual pasir.
“Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang Pakatan Rakyat.
Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat.
Hadir sama dalam pengisytiharan tersebut ialah Adun Tronoh, V Sivakumar serta penyokong Pakatan Rakyat.
3 ulasan:
laaaa..rupanya keluar umno sbb kecewa tak dapat pasir. bukan atas dasar prinsip perjuangan utk tegakkan islam dan melayu serta negara. cuma kerana kecewa 'fulus' tak masuk.
pas sila ambil org ini...
jk dulu korang gelar umno parti tong sampah, sekarang fitnah itu kembali kepada korang sendiri. ambik kau...
mcm pernah dengar maksud hadis berkaitan golongan mereka (orang pandai agama/ulama) tetapi jahat. dikhabarkn dari mereka keluarnya 'fitnah' dan kepada mrk fitnah itu akan kembali.
kalau kita perhatikn hari ini, terlalu banyak fitnah yg org2 pas lontarkn dulu kini kembali mengena batang hidung mrk sendiri. dulu kata haram kawan dgn kafir, tp kini fitnah itu kembali kpd mrk apabila berkawan dengan DAP.
ini adalah bala HARAMJADAH....dalam video ini anak saudara jkkk ara payung dan anak jkkk ara payung pun ada,TAHNIAH TAKBIR....
la masuk umno balik sampah ni ..elok la tu sampah masuk balik dalam tong sampah lagi najis..
selamat lah pas...fitnah ibarat dajjal yang tak boleh masuk mekah dengan madinah...
semoga ALLAH pelihara perjuangan untuk tegak syariat islam..
Catat Ulasan