Oleh: MSK
Mana-mana pengurus yang mahu membaikpulih sesuatu syarikat yang bermasalah tahu bahawa kalau nak menyelesaikan masalah, seseorang itu perlu menyelesaikan tiga masalah utama. Tiga masalah utama menyumbang 80-90% daripada keseluruhan masalah. Kalau tiga masalah utama ini dapat diselesaikan, yang lainya jadi remeh dan tak susah untuk diselesaikan.
Apakah tiga masalah utama yang menghantui Barisan Nasional? Ianya boleh berubah mengikut masa. Walaubagaimanapun, sekiranya Najib mahu mengadakan PRU 13 hari ini, dia perlu menyelesaikan tiga masalah utama iaitu Bersih, Lynas dan NFC. kalau Najib dapat menyelesaikan masalah ini, dia boleh membubarkan Parlimen bulan ini dan PRU 13 boleh diadakan dalam masa 30 hari.
Sebenarnya, Lynas lebih serius dari yang diketahui ramai. Ini bukan tentang ekologi ataupun kemungkinan masalah kesihatan tapi masalah politik yang akan menimpa Umno dan Barisan Nasional. Projek Lynas terletak di Pahang, negeri asal Najib. Pahang, sama macam Johor, merupakan kubu Umno. Tapi disebabkan oleh Lynas, Pahang mungkin tidak lagi menjadi kubu Umno. Dan ini merisaukan Najib.
Sebenarnya, Najib boleh menyelesaikan masalah ini dengan menghentikan Lynas. Tapi itu secara teori saja la. Hentikan Lynas..dan selesai masalah! Tapi Najib tak boleh buat macam tu sebab…ada banyak sebabnya. Jadi, Najib tersepit dan dia tahu Lynas akan memberikan kesan negatif kepadanya tapi Najib tak boleh buat apa-apa.
Sebenarnya, Lynas bukanlah projek Najib. Ia adalah projek Abdulah Badawi. Dan apa yang tidak dapat difahami oleh Najib ialah mengapa Lynas dibenarkan? Dan kalau Najib mahu menghentikan Lynas, dia akan membuka banyak pekung yang tersembunyi yang boleh membahayakan Umno dan Barisan Nasional.
Mengikut apa yang dikatakan oleh orang-orang Najib, Abdullah Badawi menerima “sumbangan”hampir RM500 juta untuk meluluskan projek ini, yang mana ditolak oleh kebanyakan negara termasuk China. Malah negara-negara Amerika Latin dan Afrika juga menolak tawaran Lynas. Tak ada sapa yang mahu, tapi Malaysia menerima kerana RM500 juta telah dibayar.
RM500 juta nampak macam jumlah yang banyak. Tapi RM500 juta sebenarnya sikit saja bagi syarikat macam Lynas yang dijangkan mendapat keuntungan RM1 billion setahun dan diberikan pelepasan cukai selama 12 tahun. Ini bermakna, Lynas akan mendapat keuntungan sebanyak RM12 billion . Oleh itu, berapa sangat kalau dibandingkan dengan RM500 juta yang dibayar kepada Pak Lah?
Kalau Najib mahu menghentikan projek ini, dia sudah tentu boleh membayar balik RM500 juta yang di”sumbangkan”.RM500 juta bagi Umno bukan besar sangat. Mungkin, Najib kena tambah lagi RM1.2 billion sebagai gantirugi kos yang telah dibelanjakan untuk membina kilang. Jumlahnya, RM1.7 billion yang perlu dibayar balik.
Ini pun bukan la besar sangat. Yang mana lebih penting? Memastikan Pahang tidak jatuh ketangan pembangkang..atau RM1.7 billion? Najib tentu tahu, kalau Pahang jatuh ketangan pembangkang, kedudukan dia sebagai Perdana Menteri juga akan hancur macam Pak Lah.
Tapi, masalahnya bukan setakat RM1.7 billion. Macam mana dengan kehilangan “potensi untung” sejumlah RM12 billion itu? Mampukah kerajaan membayar gantirugi berjumlah RM12 billion? Yang ini BN tak mampu.
Bukan itu saja, Keluarga diraja juga terlibat. Dan berapa jumlah gantirugi yang perlu dibayar sebagai gantirugi kepada keluarga diraja? Berapa billion?
Memang senang kalau Najib mahu menghentikan projek tersebut, tapi jumlah gantirugi yang perlu dibayar mungkin mencecah RM20-30 billion!
Macam mana kalau Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya dan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri? Mampukan Anwar melakukan apa yang tidak boleh dilakukan oleh Najib? Bolehkah Anwar atau kerajaan Pakatan Rakyat menghentikan Lynas? Apakah Malaysia mampu membayar diantara RM20-30 billion sebagai gantirugi kepada Lynas?
Najib mewarisi projek Lynas dari Pak Lah. Dan ini akan diwarisi oleh Anwar sekiranya dia menjadi Perdana Menteri. Dan tangan Anwar akan diikat..sama macam Najib. Kos untuk membayar gantirugi terlalu tinggi bagi negara. Dan sama ada Najib kekal sebagai PM atau Anwar mengambil alih, masalahnya tetap sama.
Macam mana Malaysia boleh meluluskan projek yang ditolak olah kebanyakan negara lain? Dan mengapa Lynas diberikan pelepasan cukai selama 12 tahun walaupun mereka mampu mendapat keuntungan sebanyak RM12 billion? Sepatutnya Lynas mampu membayar cukai dan kerajaan Malaysia sepatutnya mengenakan cukai yang tinggi untuk kepentingan rakyat. Dan yang lebih penting..adakah RM500 juta yang di”sumbangkan” kepada Pak Lah masuk poket dia atau individu Umno tertentu?
Menurut orang-orang Najib, Umno tak terima duit tu. Duit itu masuk ke poket Pak Lah. Jadi, pasal apa Umno yang kena bayar balik sedangkan Umno bukan penerimanya?
Beranikah Pak Lah buat kerja ni? Ok la..mungkin sebab Pak Lah tahu dia akan ditolak dari PM dan sebab itu dia luluskan. Walaubagaimanapun, Lynas merupakan isu berprofil tinggi dan sudah pasti isu ini tak boleh ditutup begitu saja.
Nampaknya, Lynas bukanlah satu-satunya bahana yang diwarisi oleh Najib dari Pak Lah. Projek NFC merupakan satu lagi kes yang ditinggalkan oleh Pak Lah. Malah, Mahathir pun marah dengan kes ini.
Bila NFC mula-mula dicadangkan, Muhyidin Yasin menolaknya. Khairy Jamaludin kemudian mengusulkan kepada Menteri Kewangan dan dapat meyakinkan bapa mertuanya untuk diluluskan. Selepas projek itu diluluskan oleh Menteri Kewangan/Perdana Menteri yang juga bapa mertuanya, projek tersebut dihantar balik ke Menteri Pertanian. Dan sekarang, Najib menerima bahana dari masalah yang diwarisi dari Pak Lah.
Jadi..macam mana Najib mahu menyelesaikan masalah Lynas dan NFC? Tak boleh. Dan pengundi tak peduli sama ada skandal ini dilakukan oleh Pak Lah dan diwarisi oleh Najib. Apa yang penting bagi pengundi ialah, Lynas dan NFC merupakan projek Umno dan Barisan Nasional. Dan pengundi akan mengajar parti pemerintah dalam pilihanraya yang akan datang, tak kira Perdana Menteri mana yang melakukan kesalahan.
Cukup dulu. Nanti sambung kemudian tentang isu-isu lain yang menghalang Najib dari mengadakan pilihanraya umum seperti yang dirancangkan bulan Jun ini.
Sumber: Malaysia Today.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan