Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 11 September 2011

Tiada Kiri Tiada Kanan

Walaupun termaktub dalam teks sejarah bermula silibus tingkatan satu hingga 5 betapa sejarah kemerdekaan negara ini adalah suatu usaha rantaian yang berterusan sejak bermula kehadiran Alfonso Dealbureque, ia kelihatannya cuba dinafikan oleh pihak pemerintah serta media kawalan kerajaan. Usaha ini cuba menampilkan betapa kemerdekaan ini seolah ada nukleusnya iaitu UMNO. Ya, media kini menampilkan kepada rakyat bahawa bermulanya kemerdekaan adalah melalui usaha pemimpin UMNO.


Selepas gerakan merdeka menentang Potugis dilaksanakan oleh golongan bangsawan aristokrat, penjajah Bristish mula merasai tentangan golongan agamawan (milenerian). Kemudian kederdekaan mulai diransang oleh golongan intelegensia timur tengah serta gabungan etnik melayu serta darah keturunan arab seperti di Singapura dan Pulau Pinang. Golongan yang dikatakan haluan kiri ini bukannya KIRI sebaliknya pencetus gerakan kemerdekaan secara tunggal tanpa memihak kepada sesiapa.


Kemudian gerakan kemerdekaan mula dirangsang oleh golongan 'murabbi' atau pendidik yang berpusat di MPSI. KMM yang kemudiannya dimusuhi British dan Jepun (walaupun awalnya Jepun bekerjasama dengan Ibrahim Yaakub) terus mara walaupun dalam sdaat yang sama, pengasas –pengasas UMNO masih di bangku sekolah, anak-anak bangsawan masih di MCKK, serta ada yang masih bergelar anak istana dan sebagainya. Suara merdeka hanya berkumandang oleh penerus rantai ini iaitu golongan pendidik.


Ibrahim yaakub kemudiannya digelar pembelot oleh UMNO kerana mendengar nasihat British. Digelar pembelot kerana masih setia dengan perjuangan Indonesia Raya. UMNO hanya nampak tanah melayu sebagai asas melayu. Ibrahim Yaakub melihat gugusan kepulauan melayu sebagai asas rumpun melayu. Dr Burhanuddin yang masih rapat dengan Ibrahim Yaakub kemudiannay disyumbat ke ISA atas alasan menubuhkan kerajaan buangan. Sedangkan kepulauan Sumatera, Jawa dan sulewesi hanya dipisahkan dengan Tanah melayu selepas WW II atas usaha Jepun dan British. Sedangkan sebelumnya semua ini adalah rumpun Melayu.


Kemerdekaan terus dikumandang pula oleh kelompok wartawan dan penulis. Inilah rantaian yang bergerak serentak dengan rantaian kelompok pendidik tadi.


Jauh awal sebelum Lord Reid mencetuskan perlembagaan persekutuan, rakyat yang meneruskan perjuangan kemerdekaan ini yang digelar golongan kiri ini terus berbincang, bekerjasama untuk membentuk perlembagaan rakyat.


Di saat ini telah muncul labelan, dikotomi kiri dan kanan. Kerana UMNO baharu sahaja muncul. UMNO hanyalah suatu himpunan kerjasama dan perbahasan kaum melayu untuk menentang Malayan UNION bukannya berasaskan perbincangan menentang Bristish dan menuntut merdeka.


PKMM turut sama dengan penubuhan UMNO pada 1946. PKMM ditubuhkan setahun awal daripada UMNO. Ini menunjukkan PKMM lebih awal berjuang daripada UMNO.


Selepas UMNO mulai bergerak ke arah satu parti dan berjuang atas nama ras, PKMM mengundurkan diri walaupun PKMM tegar meneruskan usaha KMM untuk menubuhkan kerajaan Indonesia-Melayu raya yang walaupun berteraskan ras serantau melayu, namun tidak berpusat kepada perjuangan komunalisme/perkauman. Inilah dasar PKMM yang diteruskan rantaiannya.


Pendek kata, sejak munculnya UMNO, rantaian perjuangan merde3k atelah berpecah kepada dua iaitu rantaian PKMM+agamawan dengan UMNO.


Kemunculan Komunis pula bukan dengan usaha kaum melayu tetapi usaha Bristish juga. Mereka yang memberi lesen penubuhan PKM. Mereka juga yang melatih MPAJA untuk menentang Jepun. Merteka juga menjanjikan hak kepada PKM jika menang WW II. Siapa salah? Adakah pejuang PKMM dan PAS yang bersalah atas kemunculan komunis ini? Siapa pula yang mendokong British di saat itu?


Menurut tulisan Ishak Saat (USM), percaturan politik pelbagai kaum yang pertama di Tanah Melayu adalah antara PUTERA-AMCJA pada tahun 1947. Perkara ini cukup menggambarkan suatu kerjasama erat antara kaum. PUTERA telah mengadakan Persidangan Gerakan Kiri di ibu pejabat PKMM di Jalan Batu, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1947. Dalam gabungan tersebut majoriti pertubuhan yang menganggotai PUTERA datangnya dari negeri Perak ataupun berpusat di negeri Perak, seperti PKMM, API, AWAS dan Hizbul Muslimin. (Jebat: Malaysian Journal of History, Politics, & Strategic Studies, Vol. 37 (2010): 68 – 85)


Melalui persidangan ini, kesepakatan antara mereka telah melahirkan PUTERA. Gabungan ini dilahirkan untuk memperkasakan pergerakan kiri di Tanah Melayu. Perlu diingatkan kepada UMNO, bahawa PUTERA turut disertai oleh PKMM yang mana antara pemimpinnya adalah juga pemimpin PAS kemudiannya. Malah dalam PUTERA wujud pimpinan Hizbul Muslimin yang kemudiannya menjadi pejuang kepada penubuhan PAS.


Memandangkan waktu itu pergerakan politik Cina turut menentang penjajah British maka PUTERA berpendapat perlulah mewujudkan kerjasama politik dalam kalangan mereka. All-Malayan Council of Joint Action (AMCJA) merupakan gabungan pergerakan Cina berhaluan kiri. Ini jelas menunjukkan golongan Ulama', nasionalis agamawan negara ini telah lama menerima konsep persepakatan politik antara agama, antara ideologi atas alasan SAMA matlamat SAMA tujuan tertentu. Jelas, Hizbul Muslimin dan PKMM tidak pernah menggadai perkara asas walaupun pernah bersepakat dengan golongan sosialis mahupun komunis.


Atas matlamat untuk merdeka walaupun definisi merdeka yang PKMM dan PAS faham berlainan dengan komunis, golongan pro rakyat anti British ini bersatu. Mereka bersatu atas nama merdeka bukan untuk menubuhkan kerajaan Komunis. Walau apa pun matlamat DAP dan PKR, PAS tetap bekerja sama atas nama politik keadilan dan kesejahteraan selagi mana tidak bercanggah dengan perlembagaan parti PAS. Begitu juga suatu ketika dahulu.


PKMM bukan PKM. PAS bukan PKM. Hari ini juga sama, DAP bukan PAS, PAS bukan PKR. Adakah ini terlalu sukar difahami oleh rakyat yang rata-ratanya mengambil SPM?


Mengapa melayu memilih rejimen-10 PKM untuk menentang British? Bukan semua melayu bertindak memasuki PKM. Burhanyddin Al Helmi YDP PKMM juga tidak memasuki PKM. Beliau memilih PAS. Jadi apa dilema melayu saat itu?


Adakah benar mereka berikrar menolak agama dan berjuang untuk komunisme atau hanya sementara dan meninggalkan PKM selepas merdeka? Mengapa masih ada melayu yang bersama PKM bersembunyi di Selatan Thai walaupjun selepas merdeka. Adakah benar tawaran pengampunan oleh kerajaan kepada mereka selepas merdeka sedangkan hingga kini nama-nama seperti rashid Maidin, Abdullah CD dan Shamsiah fakeh dinafikan oleh UMNO sebagai gerombolan tegar anti British. Mereka dilabelkan sebagai musuh melayu dan anti keamanan. Tahuykah UMNO betapa sedih dan serba salahnya apabila setiap kali tentara tejimen-10 bertembung dengan askar melayu yang terdiri daripada anak-anak saudara mereka sendiri? Mengapa hal ini tidak dibongkar?


PKM yang disertai oleh melayu suatu ketika dahulu adalah hanya rejimen-10 iaitu rejimen khas untuk melayu islam. Penyertaan mereka adalah bersyarat. Mereka sertai komunis dalam keadaan pasca Perang Dunia II di mana komunis telah membantu British menentang Jepun, Itali dan Jermen. Komunis menjadi sahabat baik British sehinggalah tahun 1948 kemuncak pecahnya Perang Dingin. Pada awalnya pasca perang British berterima kasih dengan komunis dan membenarkan rakyat Malaysia menubuhkan PKM. Ditubuhkan serta dibenarkan rakyat Malaya termasuk kaum Islam menyertainya.


Ya, pelajaran ideologi pada ketika itu amat rendah. Rakyat masih tidak membicarakan hal komunis anti agama, atau komunis suatu pertembungan kelas. Yang banyak dibincangkan adalah hal revolusi menjatuhkan empayar yang zalim dan penjajah (walaupun komunis kemudiannya menjadi empayar yang zalim juga). Hal ini yang menarik perhatian kaum melayu kiri. Bukannya mereka sertai selepas mereka mengkaji isu falsafah komunisme. Dahulu tiada kelas ideologi khusus, tiada internet dan bahan bacaan berlambak seperti hari ini.


Jika ingin menghukum kaum melayu kiri tersebut, mengapa tidak hukum UMNO menolak agama apabila menganut fahaman kapitalisme. Kapitalis adalah fahaman dielektika dengan komunisme. Kapitalisme juga ideologi ciptaan Yahudi seperti mana komunisme. Kapitalisme juga memisahkan agama dengan perdagangan, politik dan corak kehidupan. Akibat menganut kapitalisme, UMNO menghalalkan judi,pemimpinnya menjadi pengerusi judi dalam pelbagai agensi. Malah UMNO juga terlibat kepada permulaan akta Judi di tanah Melayu sehingga ditegur oleh datuk kepada Abdullah badawi. UMNO juga berusaha memajukan industri arak sehingga menjadio negara 10 rangking arak terbesar dunia. Isteri Perdana Menteri UMNO menghalalkan fesyen tanpa aurat, menganjur festivel fesyen islam yang menghina Islam walaupun tidak atas nama UMNO.


Bukankah ini sama sahaja seperti menyertai komunisme? Komunis mencabut agama dengan kasar tetapi mudah dikesan. Kapitalis mencabut agama secara lembut melalui liberalisasi sosial sehingga sukar lagi masyarakat dipautkan dengan agama. Semasa Hobbes, Adam Smith dan John Locke melancarkan pemikiran kapitalisme, mereka juga cuba memisahkan agama dengan kehidupan malah banyak kenyataan mereka yang menghina Kristian. Jadi bukankah sama dengan komunis?


Sebagaimana ulama' sanggup menyertai UMNO walaupun jelas UMNO menghalalkan judi dan arak serta menganut fahaman kapitalisme, begitu juga tergamaknya melayu waruisan PKMM,API dan AWAS untuk menyertai PKM. Akhirnya kedua-dua pihak ini meninggalkan kolam najis masing-masing. Ulama' –ulama' mula meninggalkan UMNO dahulu menubuhkan PAS selepas kecewa dengan dasar sekular UMNO, begitu juga melayu Rejimen-10 kini telah lama meninggalkan PKM. Kedua-dua pemikiran yahudi ini telah dijauhi oleh melayu yang berkesedaran. Yang masih bersama Komunis atau kapitalis adalah melayu yang tidak sedar, masih jahil serta memerlukan bimbingan agama.

Muhammad Nuruddin Bashah

Tiada ulasan: