KUALA LUMPUR, 13 Sept: Jika bersetuju bahawa Malaya tidak pernah dijajah, Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar untuk mengakui bahawa Umno bukanlah pejuang kemerdekaan, cabar Dewan Pemuda PAS Pusat.
Ketua penerangannya Riduan Mohamad Nor berkata, kenyataan bekas perdana menteri itu yang menyokong kenyataan Datuk Zainal Kling bahawa Malaya tidak pernah dijajah oleh British boleh memberi maksud Umno bukan pejuang kemerdekaan.
"Apakah Dr Mahathir berani mengaku bahawa UMNO bukanlah pejuang kemerdekaan sebenar kerana negara tidak pernah dijajah.
"Apakah juga Dr Mahathir mahu menafikan sumbangan tokoh-tokoh kemerdekaan yang diangkat selama ini seperti Tunku Abdul Rahman, Dato’ Onn Jaafar, Datuk Panglima Bukit Gantang dan lain-lain," soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu beliau turut mencabar Tun Mahathir menyatakan pendirian sama ada British layak diangkat sebagai pejuang negara manakala Dr Burhanuddin Al Helmi, Ahmad Bostamam, Tok Janggut, Tuan Guru Abdul Rahman Limbong, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Mat Saleh, Rentap, dan lain-lainnya sebagai pengkhianat negara, atau sebaliknya.
Menurutnya, kenyataan Tun M kelmarin itu telah menambah kekusutan dalam pemikiran rakyat terhadap sejarah kemerdekaan negara.
Sebelum ini katanya, rakyat dikelirukan dengan kenyataan penuh kontroversi oleh Zainal yang juga Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) berhubung isu sama.
"Zainal Kling telah menimbulkan keserabutan dalam pemikiran rakyat Malaysia, Tun Dr Mahathir pula menambah lagi kekeruhan terhadap rakyat Malaysia.
"Banyak persoalan yang bermain di fikiran rakyat sekarang ini, jika Malaya tidak pernah dijajah, mengapa kita sambut Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos setiap tahun? Dan jika Malaysia tidak pernah dijajah, apakah UMNO boleh dianggap pejuang kemerdekaan," soalnya lagi.
|
1 ulasan:
jika pakar sejarah pun dah merapu, apalagilah DrM. dia bukan pakar apa pun, tapi pakar dalam menimbulkan pelbagai masalah negara. semua kericuhan yang berlaku sekarang kerana dia. dialah yang menebarkan virus bahaya dalam politik malaysia. dia yang menyebabkan orang turun ke jalan, dia yang menyebabkan para blogger tak senang diam jejarinya, dia yang menyebabkan undang-undang tak berguna, dia yang menyebabkan tesis PhD yang ditulis tidak dihormati oleh penulisnya sendiri, dia yang menyebabkan projek sana-sini dimiliki oleh taikun besar, dia yang menyebabkan syarikat besar jadi ular menelan syarikat kecik, dia yang menyebabkan bank-bank bertukar kulit, dia yang menyebabkan orang berani songlap duit, dia yang menyebabkan orang curi telu ayam (budak kampung) hukumannya lebih berat daripada curi berpuluh juta duit bank, dia yang menyebabkan keyakinan rakyat terhadap UBN merundum, dia yang menyebabkan PR menguasai negeri-negeri tertentu, dia yang menyebabkan kaum nasi kandar bongkak, dia yang menyebabkan imej melayu merundum, dia yang menyebabkan malaysia terkenal sebagai negeri gay (kes liwat), dia juga menyebabkan malaysia jadi kawasan pengganas (walau rekaan je), dia yang menyebabkan banyak MP UBN kaya raya, dia yang menyebabkan tak masuk politik pun jadi menteri, dia yang menyebabkan kalah p raya tak apa boleh jadi menteri penuh, dia yang menyebabkan banyak kebocoran duit, dia yang menyebabkan segala masalah yang kita tanggung hari ini. jadi apa kita nak buat dengan oraqng tua ini? fikir-fikirkanlah.
Catat Ulasan