Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 23 September 2011

Najib kena 'Culik' !!


oleh: Ajijoi

Kehadiran Najib keceruk Taman Song Choon yang dijadualkan pada hari Sabtu ini agak mengejutkan banyak pihak. Mengapa tiba-tiba? Mengapa disitu, seluas-luas pekan Ipoh, Taman Song Choon pula yang menjadi pilihan?

Maklumat yang diterima mengatakan bahawa ada agenda Hamidah disebalik program ini.

Najib Razak dikatakan bakal turun ke Perak hanyalah semata-mata untuk menghadiri majlis perkahwinan anak kepada sahabatnya. Kesempatan ini telah direbut oleh Hamidah untuk dijadikan program negeri melalui 'talian hayat' si Rosmah. Jika sebelum ini, Hamidah dikatakan menggunakan 'talian hayat' istana untuk bertanding di kerusi DUN Sg Rapat. Kini, Hamidah kerap bertenggek dicelah pelipat Rosmah untuk mendapatkan sesuatu hajat.

Berapa jutakah pula wang rakyat akan dihabiskan untuk mengadakan program tersebut. Yang pastinya, inilah masa untuk Hamidah 'memberi makan' anak-anak buah, para kroni dan juga 'jin-jin' peliharaannya bagi menghadapi kerja-kerja kempen pilihanraya umum akan datang. Ya, Hamidah berbelanja dengan duit kita.

Banyak perkara-perkara yang berkaitan dalam Hamidah menganjurkan program kehadiran Najib di Taman Song Choon Sabtu ini mengikut kata pemberi maklumat.

Pertama, sejak dahulu lagi Hamidah gagal untuk memasuki Taman Song Choon, terutamanya Surau Al-Falah yang digelarnya sebagai sarang pembangkang. Pengerusi surau dan ajknya terus dimusuhi oleh Hamidah.

Sekolah agama rakyat dengan usaha pihak surau yang sedang didirikan bersebelahan dengannya juga telah 'dilamar' oleh Hamidah untuk dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kader namun tidak dipersetujui oleh pihak pelaksana sekolah agama rakyat tersebut. Sebaliknya, sekolah tersebut bakal dirasmikan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Sekali lagi Hamidah gagal di Taman Song Choon.

Kali ini, bolehkah Hamidah dianggap sebagai berjaya memasuki Taman Song Choon dengan membawa seorang Perdana Menteri, Najib Razak bersamanya? Tidakkah taraf seorang Perdana Menteri diletakkan begitu rendah dengan membawanya diceruk sebuah taman perumahan semata-mata untuk menunjukkan kebesaran ego seorang wakil rakyat yang telah hampir kepenghujung karier. Mengapa dikatakan sebagai karier, bukan perkhidmatan? Kerana apabila jawatan itu dijadikan sebagai sumber pendapatan dan kekayaan, maka karier adalah ayat yang paling tepat sekali.

Apabila disebut penghujung karier, ini membawa kita kepada perkara kedua.

Hamzah vs Hamidah

Kedudukan Hamidah di Dun Sg Rapat kini teramat goyah. Sehinggakan Hamidah dikatakan telah berkira-kira untuk berpindah bertanding ditempat lain. Perhubungannya dengan masyarakat Dun Sg Rapat malah Umno Gopeng sendiri dikatakan renggang. Bekas pembantu peribadinya (PA) dikatakan bersedia untuk bertanding atas tiket bebas sekiranya Hamidah sekali lagi dipilih sebagai calon Dun Sg Rapat. Kerusi tersebut juga diidamkan oleh seorang bekas tentera daripada Umno Gopeng yang telah melobi untuk menggantikan Hamidah.

Ini diburukkan lagi dengan berita yang mengatakan bahawa BN Perak telah bersetuju untuk meletakkan Dato Hamzah, Ketua Bahagian Umno Gopeng untuk bertanding dikerusi Dun Sg Rapat pada PRU ke 13 nanti. Perebutan hebat diantara Hamzah dan Hamidah bukan rahsia lagi terutamanya dikalangan ahli-ahli Umno Gopeng.

Hamidah kini bagaikan tersepit untuk terus mempertahankan kerusi Dun Sg Rapat sebagai talian hayat untuk terus berkuasa dan menjaga kepentingan-kepentingan yang telah diatur dan yang sedia ada. Projek gas asli di Manjung yang bernilai RM5.8bilion perlu dijaga dengan mengekalkan kuasa.

Kini jeritan batin Hamidah bagaikan Ahmad Nisfu didalam filem P. Ramlee "Mintak nyawa, mintak nyawa", jelas kelihatan dengan gelagatnya 'menculik' Perdana Menteri, Najib Razak untuk tolong berkempen bagi pihaknya.

Perlukah Hamidah mengingatkan BN Perak dan Umno terutamanya akan peranan besarnya dalam merampas semula kerajaan negeri Perak daripada tangan Pakatan Rakyat.

Masa kian hampir untuk Hamidah sampai ke penghujung kariernya. Berjayakah Hamidah memujuk Rosmah untuk mengekalkan kedudukannya di Dun Sg Rapat?

Wallahualam.

1 ulasan:

yobrizab berkata...

ini petanda karier politik kak midah telah sampai ke penghujungnya!