Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 28 September 2011

PANAS!! - Blogger UMNO hentam Masyitah!

dipetik dari Blogger Upahan Hamidah ( Sungai Rapat Online )

Dari dulu lagi saya dah menduga perkara sebegini akan keluar daripada seorang ustazah cantik yang memegang potfolio timbalan menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam tetapi sayang mulut terlalu celupar.


Semasa menjadi Ahli Parlimen Baling dulu pun ramai rakyat Baling mengeluh kenapalah mangkuk ini jadi ahli parlimen kami sedangkan kami mempunyai ramai lagi pemimpin yang lebih berjiwa rakyat berbanding Mashitah Ibrahim.


Untuk selanjutnya sila baca disini

____________________________________________



Wahai Ustazah Masyitah.. jaga tingkah laku.. Andalah satu-satunya Ustazah harapan dalam UMNO.. siapa lagi nak jadi Ustazah UMNO... jaga adab tau... tau.. hehe..

Selasa, 27 September 2011

Kak Midah Perdaya Najib

oleh: Ajijoi

Gambar diatas adalah sebuah plak cenderahati yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Najib Razak kepada beberapa Sekolah Agama Rakyat disekitar Dun Sg Rapat sempena kunjungan beliau ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Taman Song Choon, Ipoh semalam. Sekali lagi diulang, DISAMPAIKAN OLEH Najib kepada Sekolah Agama Rakyat.

Cuba kita baca dan teliti, apakah yang tertulis diatas plak tersebut. Terdapat beberapa kemusykilan dan benda pelik yang terdapat disana. Sesiapa yang terjumpa, tahniah namun tiada hadiah yang ditawarkan.

Siapa yang terterima kasih kepada siapa

Yang pertama, mengikut seperti yang tertulis dan tertera pada plak tersebut adalah sebagai penghargaan Sekolah Agama Rakyat kepada Perdana Menteri kerana meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000. Jika mengikut logik akal sama ada yang waras ataupun putus wayar, sang penerimalah yang akan berterima kasih kepada sang pemberi, lalu suatu bentuk tanda penghargaan akan disampaikan.

Tetapi, apa yang berlaku semalam, sang pemberi (Perdana Menteri) telah menyerahkan plak sebagai tanda terima kasih itu kepada sang penerima (SAR). Sepatutnya yang berlaku adalah sebaliknya. Perdana Menterilah yang sepatutnya menerima dan menyimpan plak tersebut, bukannya sekolah agama rakyat.

Silap mata apakah yang dimainkan oleh Hamidah Osman, sebagai penganjur program ini dengan mempermainkan bukan sahaja Sekolah-sekolah Agama Rakyat sekitar Dun Sg Rapat malah Perdana Menteri Najib Razak sendiri. Wajarkah seorang Adun BN yang juga Exco kanan sebuah kerajaan negeri yang mewakili parti Umno menipu, memutar-belit, mempermain serta memperdayakan seorang yang berjawatan bukan sahaja Presiden Umno tetapi juga Perdana Menteri Malaysia. Amat memalukan malah menjijikkan permainan politik kotor Hamidah semata-mata kerana mahu dilihat sebagai seorang yang bekerja, berkhidmat dan prihatin kepada rakyat berbanding dengan lawannya iaitu musuh dalaman partinya sendiri.

Ahli-ahli Umno terutamanya daripada Umno Gopeng sepatutnya berasa malu dan jengkel dengan gelagat Hamidah yang mempermainkan Perdana Menteri tanpa disedarinya.

Mana wang RM100,000?

Perkara yang kedua berkenaan dengan pemberian plak tersebut adalah mengenai wang RM100,000 yang terpampang megah diplak tersebut.

Ramai penduduk di Taman Song Choon telah mula menanyakan mengenai wang tersebut dan berharap dengan sejumlah wang yang begitu besar, pembangunan Sekolah Agama Rakyat ditempat mereka akan pasti dapat disiapkan dengan lebih lengkap dan cepat daripada yang dijangkakan.

Sekali lagi Hamidah memperdayakan semua orang termasuk Perdana Menteri berkenaan dengan pemberian wang tersebut. Wang yang berjumlah RM100,000 diperuntukkan kepada Sekolah Agama Rakyat itu sebenarnya telah diberikan pada tahun 2005 dahulu. Ianya adalah cerita lama yang diungkit kembali melalui pemberian plak tersebut.

Mengapa sebuah Sekolah Agama Rakyat dihina sebegitu rupa dengan mempermain-mainkan seolah-olah mendapat peruntukan tambahan melalui pemberian plak tersebut sekarang. Kenapa tidak dahulu?

Tekanan kini dirasai oleh jawatankuasa pelaksana Sekolah Agama Rakyat tersebut apabila terpaksa menjelaskan kepada penduduk bahawa wang RM100,000 tersebut telahpun diberikan tahun 2005 dahulu, bukannya peruntukan tambahan.

Semakin dekatnya pilihanraya, semakin terdesak Hamidah untuk menaikkan semula namanya terutamanya di Dun Sg Rapat yang menjadi rebutan dalaman Umno sendiri.

Tetapi perbuatannya amatlah dikesali kerana demi untuk menyelamatkan air muka sendiri, air muka Perdana Menteri Malaysia pula yang sanggup dijatuhkan dengan membuat program celaru seumpama ini.

Isnin, 26 September 2011

Kes Baju BERSIH - Sdr Salleh bebas tuduhan



Pendakwa raya Majistret Batu Gajah telah membuat keputusan menarik balik pendakwaan tuduhan memiliki baju Bersih 2.0 pada pagi tadi.

Setelah mendengar reprentasi peguam tertuduh Sdr Zambry, pendakwa raya telah berpuas hati dan bersetuju untuk menarik balik pertuduhan ke atas Sdr Salleh.

Tertuduh Sdr Salleh telah ditahan sebelum Perhimpunan Aman BERSIH 2.0 kerana memiliki dan menjual baju BERSIH telah dibebaskan tanpa dilepaskan.

Beliau berasa sungguh gembira ke hadrat ilahi atas keputusan ini. " Semangat saya tidak pernah luntur malah bertambah kukuh. Saya akan terus berjuang walau apa jua cabaran yang akan ditempuh", katanya selepas keputusan mahkamah.

Antara yang hadir memberi sokongan ialah Ketua Penerangan PAS Perak Ustaz Nuri Al-Amin, Timbalan YDP Pas Gopeng yang juga Penyelia Pusat Khidmat DUN Sungai Rapat Ustaz Radzi Zainon, YDP Pas Batu Gajah Haji Ismail Ariffin dan beberapa penyokong Pakatan Rakyat.

Ahad, 25 September 2011

Pelbagai Kaum hadir memeriahkan Jamuan Hari Raya PR Perak


IPOH (23.9.11): Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pakatan Rakyat 2011 kali ini masih menjadi tumpuan kunjungan pelbagai kaum dan agama. Bersatu hati untuk bersama-sama didalam majlis jamuan ini.

Sdr Khalilul Rahman sedang melayani tetamu dari kalangan berbangsa India



YB Datuk Ngeh Koo Ham sedang menyampaikan ucapannya mewakili DAP Perak



Pelbagai gelagat orang ramai menjamu selera dapat disaksikan

Kesemua khemah yang disediakan penuh sesak dengan orang ramai


Para petugas Unit Amal juga tidak ketinggalan menikmati juadah yang disediakan



Penyediaan makanan yang panas dan segar

YB Chan Ming Kai tersenyum lebar, seorang je ke?








Unit Amal Gopeng makan bersama YDP Pas Gopeng, Haji Rahim

Jumaat, 23 September 2011

Najib kena 'Culik' !!


oleh: Ajijoi

Kehadiran Najib keceruk Taman Song Choon yang dijadualkan pada hari Sabtu ini agak mengejutkan banyak pihak. Mengapa tiba-tiba? Mengapa disitu, seluas-luas pekan Ipoh, Taman Song Choon pula yang menjadi pilihan?

Maklumat yang diterima mengatakan bahawa ada agenda Hamidah disebalik program ini.

Najib Razak dikatakan bakal turun ke Perak hanyalah semata-mata untuk menghadiri majlis perkahwinan anak kepada sahabatnya. Kesempatan ini telah direbut oleh Hamidah untuk dijadikan program negeri melalui 'talian hayat' si Rosmah. Jika sebelum ini, Hamidah dikatakan menggunakan 'talian hayat' istana untuk bertanding di kerusi DUN Sg Rapat. Kini, Hamidah kerap bertenggek dicelah pelipat Rosmah untuk mendapatkan sesuatu hajat.

Berapa jutakah pula wang rakyat akan dihabiskan untuk mengadakan program tersebut. Yang pastinya, inilah masa untuk Hamidah 'memberi makan' anak-anak buah, para kroni dan juga 'jin-jin' peliharaannya bagi menghadapi kerja-kerja kempen pilihanraya umum akan datang. Ya, Hamidah berbelanja dengan duit kita.

Banyak perkara-perkara yang berkaitan dalam Hamidah menganjurkan program kehadiran Najib di Taman Song Choon Sabtu ini mengikut kata pemberi maklumat.

Pertama, sejak dahulu lagi Hamidah gagal untuk memasuki Taman Song Choon, terutamanya Surau Al-Falah yang digelarnya sebagai sarang pembangkang. Pengerusi surau dan ajknya terus dimusuhi oleh Hamidah.

Sekolah agama rakyat dengan usaha pihak surau yang sedang didirikan bersebelahan dengannya juga telah 'dilamar' oleh Hamidah untuk dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kader namun tidak dipersetujui oleh pihak pelaksana sekolah agama rakyat tersebut. Sebaliknya, sekolah tersebut bakal dirasmikan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Sekali lagi Hamidah gagal di Taman Song Choon.

Kali ini, bolehkah Hamidah dianggap sebagai berjaya memasuki Taman Song Choon dengan membawa seorang Perdana Menteri, Najib Razak bersamanya? Tidakkah taraf seorang Perdana Menteri diletakkan begitu rendah dengan membawanya diceruk sebuah taman perumahan semata-mata untuk menunjukkan kebesaran ego seorang wakil rakyat yang telah hampir kepenghujung karier. Mengapa dikatakan sebagai karier, bukan perkhidmatan? Kerana apabila jawatan itu dijadikan sebagai sumber pendapatan dan kekayaan, maka karier adalah ayat yang paling tepat sekali.

Apabila disebut penghujung karier, ini membawa kita kepada perkara kedua.

Hamzah vs Hamidah

Kedudukan Hamidah di Dun Sg Rapat kini teramat goyah. Sehinggakan Hamidah dikatakan telah berkira-kira untuk berpindah bertanding ditempat lain. Perhubungannya dengan masyarakat Dun Sg Rapat malah Umno Gopeng sendiri dikatakan renggang. Bekas pembantu peribadinya (PA) dikatakan bersedia untuk bertanding atas tiket bebas sekiranya Hamidah sekali lagi dipilih sebagai calon Dun Sg Rapat. Kerusi tersebut juga diidamkan oleh seorang bekas tentera daripada Umno Gopeng yang telah melobi untuk menggantikan Hamidah.

Ini diburukkan lagi dengan berita yang mengatakan bahawa BN Perak telah bersetuju untuk meletakkan Dato Hamzah, Ketua Bahagian Umno Gopeng untuk bertanding dikerusi Dun Sg Rapat pada PRU ke 13 nanti. Perebutan hebat diantara Hamzah dan Hamidah bukan rahsia lagi terutamanya dikalangan ahli-ahli Umno Gopeng.

Hamidah kini bagaikan tersepit untuk terus mempertahankan kerusi Dun Sg Rapat sebagai talian hayat untuk terus berkuasa dan menjaga kepentingan-kepentingan yang telah diatur dan yang sedia ada. Projek gas asli di Manjung yang bernilai RM5.8bilion perlu dijaga dengan mengekalkan kuasa.

Kini jeritan batin Hamidah bagaikan Ahmad Nisfu didalam filem P. Ramlee "Mintak nyawa, mintak nyawa", jelas kelihatan dengan gelagatnya 'menculik' Perdana Menteri, Najib Razak untuk tolong berkempen bagi pihaknya.

Perlukah Hamidah mengingatkan BN Perak dan Umno terutamanya akan peranan besarnya dalam merampas semula kerajaan negeri Perak daripada tangan Pakatan Rakyat.

Masa kian hampir untuk Hamidah sampai ke penghujung kariernya. Berjayakah Hamidah memujuk Rosmah untuk mengekalkan kedudukannya di Dun Sg Rapat?

Wallahualam.

Isnin, 19 September 2011

Jamuan Hari Raya PAS Batu Gajah Meriah!!

Jamuan Hari Raya PAS Batu Gajah Meriah
Jamuan Hari Raya bersama Rakyat Anjuran PAS Kawasan Batu Gajah berlangsung dengan sungguh Meriah. Jamuan yang diadakan di Kampung Ara Payong itu dihadiri oleh pelbagai kaum terdiri daripada penduduk sekitar dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat dalam Kawasan Batu Gajah.

Antara tetamu undangan yang hadir ialah Ahli Parlimen Gopeng YB Dr Lee Boon Chye, Adun Tronoh YB V Sivakumar dan Timbalan YDP Pas Gopeng Ustaz Ir Radzi Bin Zainon. Program itu dimeriahkan lagi dengan acara cabutan bertuah yang menggamitkan suasana majlis tersebut.

Ustaz Radzi Zainon telah menyampaikan sumbangan lebih 20 orang golongan miskin yang terpilih. Dalam ucapannya, beliau menyeru supaya rakyat di DUN Sungai Rapat memberi sokongan padu kepadanya pada pilihanraya yang mungkin diadakan pada akhir tahun ini.

"Rakyat pada tahun sungguh beruntung kerana merayakan tiga raya iaitu Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha dan Pilihanraya," Ujarnya.