Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 11 Disember 2009

Nik Aziz Bimbang Kenaikan Mas Kahwin Tambah Bilangan Anak Dara Tua

demokrasi93.blogspot.com

http://writtenbyhim.files.wordpress.com/2009/08/nik-aziz-2.jpg

KOTA BAHARU: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju kadar mas kahwin dinaikkan kerana ialah boleh mengundang kepada ramai gadis menjadi anak dara tua.

"Kita tidak bercadang menaikkan kadar mas kahwin di Kelantan dan mahu mengekalkan peraturan sedia ada," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di sini hari ini ketika diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan Selangor menaikkan kadar mas kahwin di negeri itu daripada RM80 kepada RM300 berkuatkuasa 1 Januari tahun depan.

Nik Abdul Aziz berkata beliau sudah lama mengamalkan langkah tidak mengambil berat mengenai mas kahwin termasuk yang membabitkan perkahwinan anak-anaknya sendiri.

"Saya pun mengenakan tidak lebih RM1,000 bagi mas kahwin (yang termasuk hantaran) setiap anak saya sejak dulu," katanya.

Menurutnya langkah mengenakan mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi lebih bersifat riak dan menunjuk-nunjuk.

Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan tidak menetapkan jumlah tertentu berhubung kadar mas kahwin bagi pasangan yang ingin berumah tangga di negeri itu. BERNAMA

2 ulasan:

Aku Benci PAS berkata...

Kome ni pasal kahwin pun heboh. organg PAS cukup suka le ...

Tanpa Nama berkata...

BISMILAH HIR RAHMAN NIR RAHIM
AKU BENCI PADA ORANG YANG BENCI PAS
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Komen TG Nik Aziz pasal perihal mas kahwin bukan lah nak heboh cuma " BERPANTANG (CEGAH) SEBELUM PARAH " Kalau dari sekarang kita tak tegur perihal harga MAS KAHWIN ,takut takut nanti dari RM 80.00 naik RM 300.00 tok tok esok esok naik sampai RM 3000.00 ( tak termasuk duit hantaran RM 8000.00 hangus serba satu ) . Teguran ulamak seperti TG NIk Aziz ada baik "bercegah lah dahulu sebelum parah " So komentar "aku Benci Pas" , tolong cuci sikit otak UMNOBN kome tu jangan lah kata duit mas kahwin pun nak kecoh , orang macam kome ni ambil duit rasuah bolehlah berjoli sakan duit haram . So guna atok bila nak komen tu. hj jamaludin