Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 21 September 2012

Kak Midah kalah lagi! padan muka!



PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara menolak rayuan  Exco Kerajaan Negeri Perak dan juga ADUN Sungai Rapat, Perak, Hamidah Osman dengan kos bagi mengenepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang diberikan pada 1 Jun yang lalu.

Dalam keputusannya hari ini Mahkamah Rayuan yang dianggotai oleh Hakim Datuk Ramly Haji Ali, Datuk Zaharah Ibrahim dan Datuk Anantham Kasinather memutuskan bahawa mereka bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Mahkamah Sivil dan bukannya Mahkamah Syariah yang mempunyai bidangkuasa bagi mendengar kes tort.

Pada 1 Jun yang lalu Hakim Datuk Haji Zainal Azman telah menolak permohonan Hamidah bagi membatalkan saman Khalid Samad ke atas beliau atas  tulisan yang mengandungi tuduhan fitnah ke atas Khalid Samad di blog Hamidah http://hamidahosman.blogspot.com pada atau sekitar Januari 2010.

Antara lain di dalam blognya, Hamidah menyiarkan gambar super imposed Khalid Samad sebagaimana sebelah.

Dan beliau juga menulis antara lain “Golongan yang menyokong pengunaan ini terdiri daripada golongan Islam Liberal dan menariknya Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad menyokong kehendak Mubaligh Kristian mengantikan perkataan ‘God’ kepada didalam Bible kepada perkataan Allah. Kak Midah yakin kekesalan pasti bersarang jauh disudut hatinya dengan keputusan mahkamah ini.”
Beliau juga menulis “Sekalung tahniah buat parti PAS kerana melalui pembesarnya iaitu Khalid Samad, isu  penggunaan nama Allah ini tercetus dan menaikkan semangat pihak kafir untuk menjahanamkan iman umat Islam di negara ini."


Atas tulisan beliau di blog tersebut Khalid telah melalui peguamnya, Tetuan Mohamed Hanipa & Associates memfailkan writ saman ke atas Hamidah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas kausa tindakan fitnah.

Pada pendengaran rayuan hari ini Khalid Samad diwakili oleh Cik Azhana binti Mohd Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala Hamidah diwakili oleh Datuk Hafarrizam Haron dari Tetuan Hafarizam Wan & Aishah Mubarak.

Dengan keputusan Mahkamah Rayuan tersebut kes ini akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 20 dan 21 November 2012.


-Harakahdaily

8 ulasan:

LELA berkata...

ini ropanye pemfitnah berhati syaitan....

Tanpa Nama berkata...

Bodoh ini bukan keputusan, belum bicara lagi la bangang

Tanpa Nama berkata...

Batu gajah mari pun dalam senarai akan dihadapkan ke mahkamah sedikit masa lagi...stanby

Unknown berkata...

btul ke paeh

Tanpa Nama berkata...

cikgu wazir bila?

Tanpa Nama berkata...

MALAM INI DI ARA PAYUNG MIDAH BUAT JAMUAN HARIRAYA.KITA TENGOK GELAGAT JKKK DAN MIDAH,INI KAKILAH...

Tanpa Nama berkata...

opocot... inikalilah

Tanpa Nama berkata...

Mng la belum bicara lagi, dah bicara nanti sah kena saman punya.... kau nak tolong bayar ke... PENCACAI!!!!