Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 9 September 2012

Dato' Midah, tolong ambil perhatian hal ini


Dari seorang bapa yang kecewa..

ASSALAMMUALAIKUM

Pada 03/09/12 anak saya dan kawanya telah di langgar lari.keadaan anak muka2 pecah dah kering sikit...tapi kepala kadang2 pening.

kejadian langgar lari berlaku semasa anak saya dan kawannya tahun 2 balik dari tasmik sekolah sultan yussuf semasa melintas lampu isyarat di situ mereka berdua telah di langgar oleh motor disyaki ditunggang oleh budak india,saya terkilan juga dengan sikap ibu bapa atau orang awam yang sanggup membiarkan sahaja anak kami di situ sebelum ini...hanya melihat dari jauh.

ingatlah ALLAH MAHA KUASA DAN MAHA MENGETAHUI ingat anda juga ada anak di sekolah ini.Anak saya dan kawannya telah dihantar ke wad kecemasan oleh orang awam salah seorangnya penjual apam balik di pasar BG(terima kasih,hanya ALLAH yang akan membalas jasa baik anda)selepas itu mereka berdua telah di hantar ke wad Ipoh selama 2 hari,dan kini telah berada di rumah.

laporan polis telah dibuat dan no plet suspek telah diambil pada hari keesokkan setelah pelajar2 sekolah teringat itulah indianya,no plet adalah no anak taukey hotel di sini.setelah di kawad cam rupanya bukan dia yang terlibat kerana dia cukup bukti motornya ada di hotel bapanya pada waktu kejadian.

Sarjan india yang mengendalikan kes ini sangat gembira bila suspek bukanlah penjenayah yang dicari(kenapakah dia begitu gembira sedangkan penjenayah masih belum dapat lagi?)jadi kes belum selesai dan harap sesiapa dapat membantu.
Pada hari ini 09/09/12 bersama dgn keluarga yang anaknya kena langgar yg lagi sorang tu nak jumpa menteri kewangan ke2 Datuk Husni yg dtg ke batu gajah dan Pegawai Daerah,bukan nak minta duit tapi nak minta bagi ler peruntukkan untuk buat bonggol atau bayar rela atau ape saja untuk keselamatan anak2 serta orang untuk jaga kawasan sekolah/jalanraya sekitarnya.demi untuk anak2 semua.

Tapi jika tiada tindakan diambil terpaksa lah dibuat dengan saluran yang lain. Sebelum ini ada polis traffic yang jaga kawasan itu pada waktu puncak tetapi sekarang sudah tiada,bila saya bertanya pada guru besar sys katanya polis cakap tak cukup kakitangan,apabila saya tanya pihak polis katanya pula pihak sekolah yang kena tanggungjawap.

Tanya pihak sekolah kenapa tak buat bonggol atau jejantas,katanya tak diluluskan pulak sebab ini jalan utama,cuba lihat di ACS di Jalan Paser Putih kenapa jalan utama tapi ada bonggol???jangan nak tipu rakyat lah....

masing2 nak lepas tangan,kejadian kemalangan dah banyak kali berlaku di lintasan lampu isyarat itu dan sekolah convent siap ambil tandatangan ibubapa tapi masih lagi tiada tindakan pihak yang berwajib,mungkin bila kena pada anak YB atau anak cikgu dan anak polis baru lah sedar betapa pentingnya anak2 kita ini?barulah laju nak buat itu ini..masa tu semua dah terlambat,cuba anda sendiri rasa jika anak anda yang kena langgar...ingatlah hari ini anak kami yang kena dan tidak mustahil selepas ini anak anda pula jika perkara ini dibiarkan.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

selau macam tu bila kena kat anak orang yang ada sikit nama baru lah cepat nak buat tu nak buat ni

Tanpa Nama berkata...

betul tu kalau anak orang ada nama memang cepat tindakan diambil,saya hairan kenapa dah lama minta bonggol atau rela/polis jaga kat situ tapi semuanya hanya senyap sahaja?
jawapan nya:sebab semua tu anak orang biasa

Tanpa Nama berkata...

Tak tentu..kalau anak Nik Ajis yang kena langgar..pun cepat jugak ambil tindakan. Jangan cepat buat tuduhan. Bawak2 le jumpa Hamidah..insyaallah ada jalan penyelesaian.

Jangan biar perasaan benci & dendam menguasai fikiran & tindakan. Muhasabah (pikir2 la apa yang tuan telah lakukan dahulu - mingkin ini balasan tuhan daru mulut tuan)

Tanpa Nama berkata...

Kenapa nak salahkan Dato Midah saja? Kenapa tak pegi pada Fong Po Kuan, ahli Parlimen DAP? Ini nak menegakkan keadilan untuk budak ni or nak jadikan modal politik? aduhai...

Tanpa Nama berkata...

saya sebagai bapa anak ini tak kisah lah siapa yang dapat membantu janji masalah ini selesai,bukan kami nak minta duit untuk kami tapi hanya nak minta ada penyelesaian untuk keselamatan di sekolah dan luar sekolah apabila balik,memang betul kalau anak nik aziz pun akan jadi isu jika terjadinya kes ini...itulah saya katakan kalau anak orang ada nama maksudnya semualah yang ada nama dan terkenal.Benda ni dah lama tapi masih tiada perubahan,ini semua untuk kita dan anak2,harap faham lah yer

Tanpa Nama berkata...

aku sokong ayah budak nie seb ini untuk kepentingan semua
selama ini semua lepas tangan kan
bukan ker datuk midah disanjung si sekolah2 batu gajah ni oleh guru besar dan guru tak besar jadi takkan tak boleh nak minta kat dia walaupun DAP pegang Batu Gajah
sayang datuk midah.

Tanpa Nama berkata...

Sekolah hnya blh kemukan usul2 yg dicdgkan tp semua keputusan trletak pd pihak yg lebih brkuasa. Jln raya tu di luar bidang kuasa sekolah. Individu yg trlibat dlm meeting Tindakan Daerah harap dpt kemukakan isu ini.

Tanpa Nama berkata...

dah banyak kali minta tapi tak dapat tu yang heran bin ajaib

Tanpa Nama berkata...

tak patut ada yang kata ayah murid ada buat salah dan seb itu anaknya kena langgar...adaka patut ckp cmtu?
pasni aku rasa mesti ALLAH kenakan pulak pada org yg hina tu

Tanpa Nama berkata...

betul sepatutnya kesian bukannya tambah bebanan,apa punya manusialah terutama yg .....

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya lampu isyarat tu diletakkan di hadapan sekolah tu oleh pihak berkuasa utk keselamatan murid melintas. tak perlu nk fikir cara lain utk selesaikan masalah ini. TETAPI pengguna j/raya (penunggang @ pemandu)yg tak ada kesedaran sivik. Tak perlu la nk salah kan pihak lain. salahkan penunggang motosikal tu yg tk guna otaknya yg masih waras.