Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 10 September 2012

Dato' Mahfuz meriahkan Jamuan Raya PAS Batu Gajah

BATU GAJAH: Kehadiran Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar memeriahkan lagi Sambutan Aidilfitri PAS Kawasan Batu Gajah.

Kira-kira 2000 hadir ke majlis tersebut yang diadakan di PASTI Al-Munir, Kg Pisang Batu Gajah pada 8 September lalu.

Program yang berlangsung dengan santai itu dihidangkan dengan pelbagai menu dan juadah dan rata-rata yang hadir adalah penduduk tempatan.

Turut hadir ialah bakal calon PAS Dun Sungai Rapat, Ustaz Radzi Zainon yang ternyata gembira dengan sambutan masyarakat di program tersebut.

Hadir sama ialah Adun Tronoh, V Sivakumar; Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir; Ketua Penerangan PAS Negeri, Ustaz Misbahul Munir dan pimpinan PAS Batu Gajah yang diketuai oleh Yang Dipertuanya Ismail Ariffin.

Mahfuz dalam ucapannya berkata, PAS kini sudah bersedia untuk menghadapi PRU13 dan hamper kesemua agihan calon sudah selesai.

“Tidak seperti Umno, sampai sekarang belum berani ishtihar. Takut berpecah belah,” ujar beliau.


rakyat tidak melepaskan peluang bermesra dengan pimpinan


antara yang hadir




Dato' Mahfuz berucap




penuh hadirin di bawah khemah


Yang Dipertua berucap ucapan aluan


kehadiran Ustaz Misbah disambut


menikmati juadah


Sivakumar turut hadir




Bakal calon, Ustaz Radzi berucap


santuni rakyat.

1 ulasan:

RojakPasembor berkata...

Alahai.. awat cameraman tak snap gambag aku sekeping.