Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 22 April 2012

Midah oh Midah.. Kata nak jaga melayu.. ptuih!

Dipetik Dari: Perakite Daily

GOPENG: PAS Gopeng kesal dengan tindakan Adun Sungai Rapat, Dato’ Hamidah Osman kerana meminggirkan orang melayu tentang pemberian Skim Khairat Kematian di DUN tersebut.

Calon Pakatan Rakyat DUN Sungai Rapat, Ustaz Ir Radzi Zainan berkata, hasil tinjauan yang dibuat, pihaknya gagal mengesan penerima bantuan dari kalangan orang melayu.

Katanya, dakwaan tersebut dapat dikuatkan lagi dengan laporan Sinar Harian 4 Ogos 2009 dan 1 Oktober 2009 (lihat gambar dibawah) yang mengatakan hanya kaum India dan Cina sahaja yang menerima bantuan ini.





“Pihak kami hanya mengesan beberapa penerima terpilih dari kalangan orang melayu yang mungkin berkepentingan dalam Umno,” katanya ketika ditemui Team Perakite Daily 22 April lalu.

Tambahnya, beliau juga mempersoalkan adakah program kebajikan ini masih kekal sehingga kini.

"Adakah bantuan kepada kaum bukan melayu ini hanya untuk menutup kesilapan beliau yang pernah menghina kaum India yang mengatakan ‘jika jumpa ular dan seorang India, pukul india dulu’ di Dewan Undangan Negeri suatu ketika dulu?” ujar bekas calon PAS di DUN Sungai Rapat pada PRU12 lalu.

Tindakan ini juga katanya berkemungkinan kerana beliau terdesak untuk meraih undi bukan melayu.
“Mungkin beliau tidak yakin undi melayu sudah cukup untuk memberi kemenangan kepada Umno dalam PRU13 nanti,” jelasnya.

2 ulasan:

Alhamdulillah berkata...

Ini cerita sebenarnya jangan dok buat fitnah wahai PAS

http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2012/04/khairat-kematian-samada-radhi-zainon.html

Tanpa Nama berkata...

lidah rasmi hamidah dh bersuara weh!dh panas punggung nampak?