Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 23 April 2012

Kak Midah! jagalah orang melayu kawasan kamu!

Woi kak midah.. Apsai ko abaikan orang-orang melayu di DUN kamu.. Asyik sibuk nak jaga AC Mizal je.. dia bukan ngundi kt Sungai Rapat pon.. X cukup dengan tu, skrg dah jadi penaung puak-puak yang melalaikan orang Islam kat Malaysia ni iaitu Artis Barisan Nasional.. Ehh... Barisan Artis Nasional.. same la tu... hhehehe...

Macam-macam la kak midah oii...

Ni cerita pasai Penduduk Kampung Bendera. Bukan jauh pun dari rumah dia..kampung sebelah je.. midah laung pon dengo... hehe..

Udah berpuluh taun dia buat aduan.. langsung xda jalan penyelesaian.. Udah jumpa Zambry pon xde tindakan,.. jgn kerja nak jaga AC Mizal tu je... jaga pengundi kamu...

bace kt bawah ni..


Menyedari peri tingginya tanggung jawab yang digalas sebagai Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sungai Rapat saya memilih untuk meneruskan tugasan menjejaki isu-isu rakyat yang masih belum diselesaikan oleh pihak ADUN Sungai Rapat serta kerajaan negeri dan tempatan.

Pada 21 April 2012 Pusat Khidmat bersama rombongan PAS Kawasan Batu gajah serta Unit Penerangan MTD Sungai Rapat Setiausaha Kerja Lajnah penerangan PAS Negeri Perak telah berada di Kampung Bendera yang berada di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat untuk mendengar sendiri permasalahan keperluan asasi masyarakat kampung di sana.

Melalui tinjauan pihak kami ke rumah wakil penduduk Kampung Bendera yang dikenali sebagai Saudara Halil, beliau memaklumkan bahawa beberapa jalan penting di kampung tersebut belum disediakan lampu jalan walaupun telah puluhan tahun membuat permohonan. Malah lebih malang dan menyayatkan hati, beberapa penduduk membuat pendawaian sendiri dengan memasang lampu kalimantang di tepi pokok sepanjang jalan. Disebabkan kawasan rumah berkenaan yang gelap dengan hutan kecil dan pokok, menimbulkan kebimbangan beberapa warga emas yang turut menggunakan jalan itu pada awal pagi dan waktu malam.

Kemudahan jalan tar di beberapa jalan di kampung berkenaan juga seolah-olah dinafikan hak. Saudara Halil memberi tahu beberapa jalan di kampung itu tidak diturap semula atau dibaiki lebih 20 tahun. Jalan yang turut dilalui oleh bas sekolah turut menghadapi masalah dan ia boleh menjejaskan keselamatan para pelajar yang menggunakan kemudahan tersebut.

Tinjauan kami juga mendapati sistem perparitan di beberapa halaman rumah tidak memuaskan. Bayangkan keadaan longkang yang hanya layak wujud pada tahun 1960an kini masih kekal di kampung yang berada di sebuah negeri yang membangun pesat!

Persoalan kami adakah YB Dato’ Hamidah yang melihat DUN Sungai Rapat di sudut komersial sahaja sehingga hanya menumpu pemusatan pembangunan di Seksyen 18 dan Medan Gopeng sahaja. Sedangkan di kampung yang turut diwakili oleh beliau kawasannya cukup dhoif.

Menurut beberapa penduduk Kampung bendera YB Dato’ Hamidah tidak pernah turun meninjau sendiri 3 permasalahan utama yang kami gariskan ini. Malah janji untuk melihat sendiri kawasan berkenaan hanya bagaikan menanam tebu di bibir sahaja.

Penduduk kampung berkenaan bertekad untuk menukar undi mereka selepas kesal dengan layanan hening pihak berkuasa terhadap rayuan dan surat bertulis yang mereka kemukakan.

Pihak kami diberi peluang untuk melihat sendiri salinan surat kepada pihak ADUN malah ianya disertakan juga dengan himpunan tandatangan penduduk kampung berkenaan.

Adakah disebabkan tulisan mereka tidak berbahasa Melayu tinggi, ejaan yang tidak kemas menyebabkan pihak ADUN menyepi dan meminggirkan rakyat bawahan? Sedangkan suatu ketika dahulu pemerintahan Saidina Umar Al Khattab sanggup mendengar rintihan rakyat bawahan walaupun dinyatakan oleh rakyat yang berpendidikan rendah.

Kami bertekad untuk mendedahkan permasalahan ini serta mendesak kerajaan untuk menyelesaikan isu tertunggak berkenaan.

Janganlah kita hanya berselogan tidak meminggirkan seorang pun rakyat sedangkan hakikatnya kita hanya mementingkan kawasan rakyat yang memberi nilai ringgit dan nama sahaja kepada kita.

Pihak kami juga akan terus berjuang suara marhain sebegini waluapun tidak berada di kerusi eksekutif kerana inilah janji kami atas nama Parti Islam SeMalaysia.

Radzi Zainon

Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sungai Rapat







6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adakah ini yang dikatakan pemimpin bersama rakyat? Adakah ini yang dikatakan pemimpin membela nasib rakyat? Pemimpin naik kerana rakyat dan pemimpin jatuh juga kerana rakyat. Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Walau setinggi mana sekalipun darjat dan kemewahan seseorang pemimpin, tanggungjawab kepada rakyat janganlah diabaikan. Janganlah didiskriminasikan sekelompok manusia kecil yang masih dikenali sebagai rakyat dan berstatus sebagai warganegara Malaysia. janganlah kerana kera di hutan dusui, anak di pangkuan mati kelaparan. Wahai pemimpin rakyat, lihatlah kejatuhan beberapa pemimpin agung di dunia. Jadikanlah segala peristiwa tersebut sebagai pengajaran.

Tanpa Nama berkata...

Pembetulan untuk pemimpin rakyat (Barisan Nasional). Janganlah didiskriminasikan sekelompok manusia kecil yang masih dikenali sebagai rakyat dan berstatus sebagai warganegara Malaysia. Janganlah kerana kera di hutan disusui, anak di pangkuan mati kelaparan.

Warganegara Malaysia berkata...

Ketua Kampung sebagai pemimpin kecil yang paling dekat dengan penduduk kampung, di manakah peranan anda? Adakah anda pernah meninjau nasib penduduk di kawasan anda? Jadilah Ketua Kampung yang adil dan tidak berat sebelah. Jalankanlah amanah anda dengan penuh bertanggungjawab.

Tanpa Nama berkata...

tahniah kampung bendera daripada semua penduuduk ara payung.

Tanpa Nama berkata...

midah ooi kita jumpa pru13

Warganegara Malaysia berkata...

Ketua Kampung sepatutnya mesti ambil tahu tentang penduduk di kawasan anda. Jangan asyik makan dan tidur. Tinjau-tinjaulah masalah orang kampung. Jangan berat sebelah. Tak guna kalau sudah terantuk baru tengadah.