Ipoh, 22 April : Akibat janji kosong seorang Adun Umno/BN, seorang peniaga gerai makanan Melayu di Pengkalan Pegoh terpaksa menerima padahnya pagi ini.
Sepasukan penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh bertindak tanpa belas kesihan, merobohkan premis kedainya yang sudah bertapak di situ sejak 17 tahun yang lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancungan dan Hal Ehwal Wanita, Datuk Hamidah Osman sebelum ini telah menabur janji manis kepada beberapa orang pemilik kedai yang menumpang diatas tanah rizab jalan di sepanjang Jalan Pengkalan Pegoh-Simpang Pulai.
Hamidah berjanji bahawa satu tapak berniaga – Medan Selera akan diwujudkan berdekatan kawasan berkenaan untuk para peniaga yang terlibat.
"Tetapi, pagi ini, sepasukan petugas MBI datang lalu merobohkan bangunan kedai ini tanpa ada tolak ansur lagi atau rundingan,” kata pemilik kedai makan itu pilu bercampur geram.
Orang ramai sekadar bersimpati meliahat sebuah gerai makanan yang sudah lama bertapak di situ sejak 17 tahun lalu di robohkan oleh sepasukan penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh pagi ini.
Menurut suami pemilik gerai tersebut, En Lot bin Amin, dia telah membeli kedai tersebut dari pemilik asal yang juga pemilik rumah dibelakang gerai tersebut.
Kenapa hanya gerai ini sahaja yang dirobohkan?
"Tidak berapa lama kemudian, rumah di belakang itu telah dijualnya pula. Maka pembeli baru rumah itulah yang membuat komplen dan menimbulkan masalah kepada saya ,” terang Lot.
"Gerai saya ni menghalang pandangan rumahnya. Maka kini, kedai saya pagi ini telah dirobohkan,” beliau berkata dengan sedih.
Menurutnya, MBI ada memberi notis amaran, tetapi susulan telah dibuat dan notis tersebut telah ditangguhkan.
Ditanya samada beliau telah menghubungi Adun di situ, Hamidah Osman. Beliau menjelaskan sudah dibuat dahulu dan Hamidah telah berjanji akan memberikan tempat alternatif kepada mereka, peniaga-peniaga macam dirinya.
Akhbar Sinar 17 Oktober 2011 lalu, telah menyiarkan berita berkaitan isu ini dengan kepala tajuk, NOTIS DITANGGUH : HAMIDAH. (Klik Gambar Sinar untuk besarkan)
Menurut laporan tersebut, Hamidah telah mendapat persetujuan dengan pihah yang mengeluarkan notis iaitu Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Batu Gajah untuk menangguhkan sebarang tindakan ke atas premis yang terlibat.
Laporan Sinar tersebut turut menyebut janji manis Hamidah kepada pemilik-pemilik kedai di situ bahawa satu tapak berniaga akan diwujudkan berdekatan kawasan berkenaan.
"Saya mencadangakan agar kawasan seluas 0.8 hektar yang kini berpaya di kawasan berhampiran ditambak dan dibangunkan menjadi kawasan ganti kepada peniaga.”
Demikian janji-janji manis Hamidah Osman , untuk membangunkan sebuah medan selera khusus untuk para peniaga yang mendirikan gerai makan diatas tanah rizab jalan sepanjang jalan Pengkalan Pegoh.
Beginilah kerja Hamidah - tidak ambil berat masalah
rakyat. Mana kamu Hamidah? Tak mandang pagi tadi.
"Janji tinggal janji. Pada 28 Mac lalu Hamidah telah datang ke kedai ini dan menyuruh kami runtuhkan kedai ini atau akan dia akan runtuhkan nanti” adu pemilik kedai yang dirobohkan pagi ini. Pada 29 Mac kami dpt surat ini.” Sambil mengunjukan sekeping surat yang maksudkan.(lihat gambar atas)
Beginilah kerja Hamidah, Masanya habis dibuang dengan menyibuk mengganggu ceramah Pakatan Rakyat. Masalah rakyat diperlekehkan.Kalau Hamidah tunaikan janjinya, perkara buruk sebegini tentu dapat dielakan dan rakyat tidak akan teraniaya.

3 ulasan:
Jawapannya di sini
http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2012/04/roboh-gerai-haram-di-kg-pengkalan-pegoh.html
Salam.saya nk ulas skit.tolong la jangan politikan isu ini.tentu mbi mempunyai alasan utk merobohkan gerai itu.klo sh menggangu jalan n otg ramai.mmg wajar dikenekan tindakan.sama jgak ngan isu kerajaan pr merobohkan gerai di pulau pinng.tentu guan eng mempunyai alasan munasabah.korg suka ke umno mempolotikkan isu itu.tolong la matang skit dlm politik
bgm, coba kau tgk betol2 paper tu, ahad 17 okt 2010 la bukan 2011
Catat Ulasan