Senarai Blog Saya
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Woi BN!!!! Mohon Maaf la!!!!
IPOH – Pemuda Pas Pusat mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) memohon maaf secara terbuka kepada 125 orang yang dikenakan perintah tahanan kediaman terhad berikutan pemansuhan Akta Kediaman Terhad di Dewan Rakyat, kelmarin.
Naib Ketuanya, Raja Ahmad Al Hiss berkata, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak semalam mengenai pembebasan 125 orang tahanan dan dalam masa sama membatalkan sebanyak 200 waran perintah sama kepada individu berkenaan tidaklah mengejutkan dengan alasan mereka mengakui undang-undang tersebut sudah lapuk ditelan zaman dan tidak lagi relevan.
“Walaupun Perdana Menteri menafikan perubahan landskap sosiopolitik dan ekonomi negara menjadi faktor pemansuhan tersebut dan mengakui memahami undang-undang serta amalan yang tidak selaras dengan prinsip asas demokrasi dan keadilan, namun ianya disifatkan sebagai satu yang pelik.
“Beliau juga cuba menguatkan hujahnya dengan mengatakan tindakan BN seiring dengan semangat maqasid syariah dan prinsip usul fekah bahawa perkara yang yakin itu tidak akan diselindungi yang syak akhirnya mengakui bercanggah dengan agama Islam,” katanya.
Tegasnya, Najib juga mengakui bahawa hukuman yang selama ini dijalankan melalui akta yang ada tidak menepati hukum dalam Islam itu sendiri.
“Jika Kerajaan BN mengakui akan kesilapan yang telah dilakukan selama ini, kami mendesak agar BN memohon maaf secara terbuka kepada seluruh mangsa dikenakan tindakan zalim selama ini.
“Najib dan BN perlu ikhlas bagi membuktikan pengakuan dan kesalahan dalam menghukum mangsa yang tidak mendapat keadilan selama ini.
1 ulasan:
HAHAHAHAHA
IBARAT ANJING MENYALAK BUKIT,,,,SAPA HERAN SAMA LU....
SORYLA BN TAK HERAN PUN, BRAVO NAJIB BENTANG BAJET BUKAN MACAM PAKATAN HARAMJADAH....WAYANG JA KUAT
PAS BOLEH LA SANGGUP MELUTUT DENGAN DAP
Catat Ulasan