Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 17 Oktober 2011

PANAS! UMNO tayang Video lucah kepada kakitangan kerajaan!!!


KUALA KANGSAR : Satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar,Perak 17 Oktober lalu berhubung satu aduan mengenai tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang Ketua Penerangan Umno,Datuk Ahmad Maslan yang didapati telah menayangkan satu rakaman video seks kepada umum.

Majlis Penerangan Perdana anjuran Kerajaan Negeri Perak itu yang diadakan pada hari Sabtu,15 Oktober 2011 antara jam 9.30 pagi hingga 1 tengahari itu turut dihadiri kira-kira 2,000 orang daripada kakitangan kerajaan,pertubuhan NGO serta orang ramai dan pemimpin kerajaan Pusat dan Negeri antaranya Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir,Setiusaha Kerajaan Negeri,Datuk Abdul Rahman Bin Hashim serta beberapa Exco Negeri antaranya Datuk Mah Hang Soon.

Megikut beberapa saksi kejadian,semasa Majlis Penerangan Perdana itu,Ahmad Maslan ada membuat satu ucapan sambil menayangkan video seks yang dikatakan mirip Ahli Parlimen Permatang Pauh,yang juga Ketua Pembangkang,Dato Seri Anwar Ibrahim.

Beliau juga telah menuduh serta meyakinkan kepada tetamu yang hadir bahawa pelaku tersebut adalah Dato Seri Anwar.Tayangan tersebut juga di buat berulang ulang kali sehinggakan ada beberapa wanita yang hadir keluar dari dewan kerana rasa malu melihat tayangan video itu.

Berikutan kejadian tersebut pimpinan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Penerangan PKR Perak,Ustaz Zulkifli Ibrahim telah bergegas membuat satu laporan polis dan berharap polis dapat menjalankan siasatan dengan adil serta telus dan segera mendakwa beliau.

Menurutnya lagi,tayangan video seks tidak wajar ditontonkan kerana ianya menyalahi perundangan negara dan boleh disiasat mengikut seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Sumber berita dari PKR Cabang Tambun

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MEMANG SAH PUAK-PUAK UMPORNO NI TAK BERMARUAH..!!!DARI KETURUNAN SPECIS MANA MEREKA NI, TAK TAU LAH..!! YANG ANEH NYA TIADA MANA-MANA PIHAK YANG KATAKAN MEREKA NI KURANG AJAR..!! Oiii.. BENCI NYA AKU DENGAN PUAK-PUAK NI..!!!

Tanpa Nama berkata...

biasanya org yg perlakuan begini adalah anak haram, sama ada lahir tanpa ayah atau selepas maknya mengandung dulu baru dia kahwin. kalau dia anak halal sudah tentu kelakuannya tidak begini atau pun semasa maknya mengandung melantak benda2 haram disisi islam.