Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 4 Oktober 2011

Siapa punya kerja la ni??? Haram betul!!!



Banner Provokasi : PAS Buat laporan Polis.
Oleh: Muhammad Faeez

'Banner' yang tertera ‘DAP GANTI PAS’ didakwa bersifat provokatif telah digantung sekitar kawasan Batu Gajah semenjak beberapa hari lalu.
Ekoran perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu, Timbalan Ketua Penerangan PAS Perak, Sdr Rosdy Abdullah telah membuat laporan polis di Balai Polis Batu Gajah pada 4 September lalu kerana bimbang perbuatan itu boleh menggugat keharmonian antara kaum.

Ketika ditemui, selepas membuat laporan polis, Rosdy percaya perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab ini merupakan satu fitnah jahat yang berbaur hasutan dan berniat untuk memburukkan dan mengaibkan nama PAS.

“Saya berharap pihak berkuasa terutama polis membuat tindakan yang lebih tegas dan serius dalam menangani masalah ini,” katanya.

Pihak PAS mendapat maklumat daripada masyarakat sekitar Batu Gajah tentang banner provokasi ini dan meminta petugas PAS menurunkan dengan segera sebaik sahaja ianya dikesan.

Beliau yang juga Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Gajah turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab jangan sekali-kali bermain api perkauman kerana ia boleh mengundang bahaya.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kah... kah... kah...jangan marah nanti kena jual....

Tanpa Nama berkata...

UMNO yang kelemasan mencari rambut untuk berpegang.Apa pun boleh walaupun terpaksa menghalalkan yang fitnah

Kasihannyer.............


Joe Ngang

Tanpa Nama berkata...

Sanggup habis duit utk wat banner....semata2 nak membuat fitnah...Siapa boleh sangka...suatu hari nanti Allah swt buka hati cina2 ni masuk Islam...kita yg Islam ini belum tentu Islam sebenar...

TARANTULA berkata...

NAK MARAH APANYA BRO

PAS DENGAN DAP LEBIH KURANG JA AKU TENGOK

BEZA SATU JA, 'BARANG AHLI PAS SUDAH POTONG, BARANG DAP TAK POTONG

MUAH MUAH

MC_Shaharul berkata...

yg aku tgk sama umno ngan mca n mic,mic ngn mca tolak hudud umno pn tolak hudud...bini chua soi lek x pkai tdung,bini najib pn x pkai tudung...kahkahkah...mca mic perkauman,umno pn perkauman...mca mic nk lingkup...umno pn dah nk lingkup...kahkahkah lg xde beza pn aku tgk...

Tanpa Nama berkata...

Umno dan DAP ini sama taraf, masing-masing tak faham Hudud, tapi DAP kita boleh terimalah sebab mereka bukan Islam, masuk akal, tapi Umno ini Melayu Islam, pun tak faham juga,”
“DAP walaupun menentang, mereka tidak menghalang, sekadar menolak cadangan PAS kerana tidak mendapat kefahaman yang betul.
Umno bukan sahaja menentang, malah terus halang untuk melaksanakan undang-undang Islam

JAKA berkata...

apa lagi yg tinggal dalam umno selain dpd syaitan dan iblis serta jin hantu.

manusia yg waras semua sudah keluar dan bersama PR.

mereka tau org tk tengok tv atau baca utusan syaitan, sekarang buat banner pulak.

Rizal Ipoh berkata...

tak perlulah kita sesama agama dan bangsa bergaduh pasal politik...semua ini dinamakan politik..dan tak ada istilah dlm politik ni bersih sebersihnya.dan harus di ingat,baik umno ataupun pasa boleh dikatakan sama cuma prinsip perjuangan aje yg berbeza bagi mendapatkan kuasa pemerintah.yang memerintah selalunya akan dikritik dan dicarikan isu oleh pembangkang,dan yg membangkang akan menkritik apa sahaja yg dilakukan oleh pemerintah selagi tidak mendapat kuasa.memang mudah bg kita mengkritik org sedangkan jika kita ditempat yg sama,kadangkala kite akan lebih teruk dr org yg kita kritik dulu...menjadi penonton bola lebih mudah dr org yg bermain bola..so renung2kanlah...jgn la kerana kite menang sorak kampung tergadai...

Admin berkata...

LISTEN ONLINE RADIO AND WATCHING FREE
MOVIE ONLINE ,SPORTS ONLINE LIVE.
FOR WATCHING MOVIE ,NEWS ,AL JAZEERA ,SPORTS
VISIT LINK > CLICK TO WATCHING <
SINGAPORE RADIO >CLICK TO LISTEN <<
LISTEN HINDI RADIO VISIT LINK >>CLICK TO LISTEN <<
 WATCHING HINDI MOVIE CHANNEL VISIT LINK >>KLIK TO WATCHING<<
DI SINI ADA ,THR GEGAR,HOTFM,KLFM,JOHOR FM DAN MACAM MACAM LAGI,TERDAPAT LEBIH KURANG 175 BUAH STESEN RADIO YANG BEROPERSI DI MALAYSIA BOLEH DI DENGARI DI SINI SECARA PERCUMA >KLIK TO LISTEN<<
LISTEN INDONESIA RADIO ONLINE CLICK >> CLICK TO LISTEN <<
Teradapat juga siaran tv malaysis seperti pas tv ,tv selangor,tv kelantan, rtm1 ,rtm2,mobtv,dan banyak lagi.... >KLIK TO WATCHING<<