Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 30 Oktober 2011

PAS Perlu yakinkan Rakyat


Oleh: Muhammad Faeez

Bagan Serai, 30 Okt : PAS perlu bersedia untuk menggantikan UMNO bagi menghadapi PRU-13 nanti.

Timbalan Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu Berkata, PAS perlu memberi keyakinan kepada rakyat bahawa jika PAS menggantikan UMNO, agama Islam dan bangsa Melayu akan lebih berdaulat dan terbela.

“PAS akan menggantikan UMNO dari pelbagai sudut khususnya pembelaan terhadap Islam dan Melayu,” katanya ketika ucapan perasmian Majlis Sambutan 60 Tahun PAS dan Konvensyen Negara Berkebajikan Peringkat Negeri Perak di Masjid Tinggi pagi tadi.

Tambahnya lagi, PAS perlu kikiskan tanggapan orang melayu yang beranggapan nasib dan hak melayu akan terjejas dan tidak terbela jika PAS menggantikan tampuk pemerintahan daripada UMNO .

Justeru, jentera parti harus bekerja keras bagi meyakinkan rakyat bahawa PAS sudah bersedia untuk menubuhkan kerajaan yang adil dan berintegriti.

“Tiada gunanya PAS memerintah jika masalah rasuah dan ketidakadilan terus berleluasa di Negara ini. PAS bukan hanya ganti tempat UMNO, PAS mahu merubah cara pemerintahan bagi menyelamatkan Malaysia” tegasnya.

Dalam program perasmian tersebut, lebih 10 ribu dari seluruh Negeri Perak telah memenuhi Dewan Ustaz Abd Wahab Nor, Bagan Serai.
Turut hadir ke majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub, AJK Pas Pusat, Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin dan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain.

Pelbagai program dan aktiviti yang telah diadakan sejak daripada semalam. Acara kemuncak ialah Ceramah Perdana yang akan disampaikan oleh Presiden PAS, Dato’ Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan wakil daripada Kerajaan negeri Kedah pada malam ini.

Tiada ulasan: