Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 31 Ogos 2012

Rosmah dimalukan pelajar Tahfiz!


Dalam satu program.. Pelajar Tahfiz enggan bersalaman dengan Rosmah walaupun sudah dihulur tangan.

Rosmah oii.. Depa takot mati! Hang mana takut mati! first lady la katakan.. Kalau takut dia x pakai pakaian mcm tu.. Udah mcm cempedak dibalut!

Taubatlah!

Bodoh le kalau orang melayu masih percaya Utusan!

KUALA LUMPUR: Akhbar Umno, Utusan Malaysia, sekali lagi diperintah oleh Mahkamah Tinggi agar membayar ganti rugi ekoran saman malu. Kali ini kepada bekas MB Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin (gambar).

Peguam Nizar, Mohd Zamri Ibrahim berkata, mahkamah membuat keputusan 'interlocutary' hari ini apabila akhbar itu tidak diwakili oleh sebarang peguam.

Sehubungan itu, Pendaftar Mahkamah, Mazuliana Abdul Rashid meminta Zamri memfailkan anggaran gantirugi yang perlu dituntut dari utusan.

"Kita diarahkan agar memfailkan taksiran ganti rugi dan selepas itu barulah tarikh ditetapkan untuk pendengar taksiran berapa ganti rugi bagi kes tersebut," katanya kepada media di lobi mahkamah.

Menurutnya lagi pada waktu pendengaran tersebut barulah ditetapkan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh Utusan Malaysia.

"Penghakiman telah kami perolehi dan sekarang hanya perlu failkan taksiran ganti rugi," sambung beliau lagi.

Mahkamah juga akan membuat keputusan terhadap saman Nizar kepada TV3 dalam kes yang sama 19 September ini.

Nizar menyaman Utusan dan TV3 ekoran laporan tidak tepat berkaitan dengan isu pendaftaran kereta WWW 1.

Saman terhadap kedua-duanya difailkan ke Mahkamah Tinggi Julai lalu selepas tuntutan agar ianya ditarik balik tidak diendahkan oleh kedua-dua media itu.

Utusan pula sejak dari awal tidak mengendahkan saman yang dikemukakan oleh Nizar ini.

Ini menyebabkan hakim membuat keputusan hari ini selepas peguam Utusan tidak pernah datang untuk membelanya.

Peguam TV3 pula telah memfailkan afidavit pembelaannya dan akan diputuskan oleh Mahkamah 19 September ini.


Nizar Syukur



Nizar ketika dihubungi mengucapkan syukur atas kemenangan kes ini dan yakin ia adalah rentetan peristiwa yang membuktikan akhbar Umno ini tidak layak dibaca.

"Sebelum ini (Datuk) Mahfuz menang, Lim Guan Eng Menang, wartawannya minta maaf kepada Karpal.

"Jadi ada apa lagi pada akhbar ini sehingga ia perlu dibaca oleh rakyat negara ini.

"Saya akan mencadangkan kepada ulama kita agar meminta rakyat jangan lagi beli atau baca akhbar fitnah ini," kata Nizar kepada Harakahdaily.

Kes ini bagi beliau sesuai dengan kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa BN adalah syaitan yang dikenali.


RM50 juta


Nizar juga berkata, beliau akan berbincang dengan para peguamnya untuk menentukan ganti rugi dan kos yang patut dituntut dari Utusan.

"Semasa kita failkan kes ini, kini menuntut gantirugi RM50 juta. Selepas ini kita akan kajilah berapakan gantirugi yang sewajarnya selepas keputusan mahkamah ini," kata beliau.

Nizar diwakili oleh peguam Mohd Zamri Ibrahim dan Mohd Fitri Asmuni dari Asmuni & Co manakala Utusan tidak diwakili sebarang peguam sejak kes ini difailkan.

Ahad, 26 Ogos 2012

Fuh!! Jahatnya Umno!

Lenggongkite

(Tapak rumah ini diroboh kali pertama pada, 13 Ogos 2012.)
Oleh Lenggongkite

KG. LUAT - "Ibarat Belanda Mintak Tanah." Begitulah pepatah melayu yang layak diberikan kepada YB Lenggong.

Kata pemilik tanah, apabila tapak rumah yang dibina telah dirobohkan oleh pihak penguatkuasa pejabat tanah dan daerah Lenggong, pada 16 ogos lalu. Lihat Video Disini

(Tapak rumah musnah diroboh kali kedua pada 16 Ogos 2012)
Rentetan disebalik kejadian meroboh tapak rumah yang sedang dalam pembinaan itu, ianya menimbulkan banyak kontroversi diantara pemilik tanah dan pihak berkuasa. Berikutan status tanah pemilik asal (milik kekal) telah ditukarkan kepada tanah rizab kerajaan dalam jumlah yang luas dengan cara yang mengelirukan tuan tanah oleh campurtangan pihak ketiga.

Menurut tuan tanah, kontroversi ini bermula apabila arwah bapanya selaku pemilik tanah, menandatangani surat kebenaran bagi membolehkan kerajaan membina jambatan melintasi sungai Perak dan jalanraya menghubungkan kota Tampan, kg.Luat, kg.Beng dan kg.Chepor.

Menurut tuan tanah, perjanjian asal arwah bapanya sebelum menandatangani surat kebenaran untuk pembinaan jalanraya itu, hanyalah melibatkan sebahagian kecil jalan yang hendak dibina sahaja dan bukan sebahagian besar tanah milik beliau diambil menjadi tanah rizab kerajaan atau rizab jalan.

Tetapi apa yang berlaku selepas itu, 'khadam' atau penghantar surat pejabat tanah dan daerah disini, memanggil arwah bapanya kepejabat untuk menandatangani satu surat dihadapan pegawai daerah yang mengelirukan tuan tanah berkaitan kebenaran mengambil tanah untuk tujuan pembinaan jalanraya itu.

Menurutnya lagi, arwah bapanya yang sudah uzur pada ketika itu, tidak membaca isi kandungan surat perjanjian itu kerana, mengikut perjanjian bersama ketika majlis perundingan dengan jabatan-jabatan yang terlibat dengan pembinaan jalanraya itu, tuan tanah dengan jelas telah menyatakan bahawa hanya sebahagian kecil tanahnya (mengikut luas jalan sahaja) dibenarkan diambil pihak bertanggungjawab. Perkara ini telah disahkan oleh bapanya ketika bapanya masih hidup, semua surat serta gambar majlis perundingan dengan jabatan terbabit bersama tuan tanah pada masa itu masih ada dalam simpanan keluarganya.


Rentetan daripada peristiwa itu, campurtangan ahli politik. Wakil rakyat ahli Parlimen

Lenggong, bermula dengan tiket pembangunan diatas tanah yang menjadi kontroversi ini.


Selepas tamat pembinaan jalan dan jambatan sungai Perak, dua buah bangunan dewan dan sebuah padang futsal telah dibina diatas tanah yang tidak dibenarkan oleh tuan tanah. Sebelum pembinaan itu dimulakan, wakil rakyat berasal dari kg.Luat yang juga merupakan saudara-mara kepada waris pemilik tanah yang diambil itu, telah berjanji tidak akan mengambil atau membina apa-apa lagi diatas tanah itu dalam satu pertemuan pembinaan dua buah bangunan dewan dan sebuah padang futsal pada ketika itu.


Perundingan itu dibuat oleh ahli Parlimen dengan tuan tanah berikutan, status tanah berkenaan masih menjadi milik waris yang sah dan tuan tanah masih lagi membayar cukai hasil tanah berdasarkan perjanjian asal iaitu, tanah yang diserahkan kepada pihak kerajaan hanyalah sebahagian kecil untuk pembinaan jalanraya sahaja. Dan tidak melibatkan tanah yang hendak diambil oleh wakil rakyat untuk sebarang tujuan pembangunan.
Dan pada hari ini, wakil rakyat ini semakin ghairah untuk merampas kesemua tanah disepanjang jalanraya ini daripada tangan waris-waris yang berhak.

Buat kali keduanya, pihak pejabat tanah dan daerah kecil Lenggong meruntuh dan merampas sturuktur tiang tapak rumah pewaris tanah yang sedang dalam pembinaan setelah pihak berkenaan merobohkannya kali pertama pada 13 Ogos lalu.


Inilah usaha terakhir beliau sebagai ahli Parlimen sebelum BN tumpas dan rebah tersungkur disini.


Setelah tanah-tanah disini di gazetkan sebagai tapak warisan dunia, ada pihak yang sedang mengambil peluang dan mengidamkan prospek keuntungan melalui pembangunan bernilai berjuta-juta ringgit dengan mengenepikan perjanjian asal diatas tanah ini.

Pada hari ini juga rakyat disini dapat menyaksikan kerakusan sebuah kerajaan diwakili seorang wakil rakyat BN yang mendakwa rakyat didahulukan, juara rakyat, sebenarnya ialah pengkhianat rakyat, tidak menepati janji dan tidak dapat membela nasib bangsa dan saudara-maranya sendiri.

Sabtu, 18 Ogos 2012

Jom sokong BN!



Dipetik dari Malaysiakini

Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.

"MCA akan terus mempertahankan kepentingan orang Cina dan tidak akan membiarkan Selangor menjadi sebuah negara Islam," kata Pengerusinya, Datuk Donald Lim.

"Ini juga tidak akan berlaku di mana-mana negeri dan negara yang ditadbir oleh BN. Ini adalah janji kami kepada rakyat Selangor," kata Lim (kanan dalam gambar) dalam ucapan pembukaannya di konvensyen MCA Selangor hari ini

Satu contoh Islamisasi di Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sekarang, katanya, ialah percubaan Majlis Bandaran Kuala Selangor untuk mengasing tempat di pawagam mengikut jantina.

Lim menggesa semua ADUN keturunan Cina di Selangor, khususnya dari Pakatan Rakyat, supaya menyatakan pendirian mereka terhadap cita-cita PAS untuk mewujudkan negara kebajikan Islam dan undang-undang hudud.

Jumaat, 10 Ogos 2012

Pendedahan Khas Isu Rampasan Kuasa oleh Bekas S/U DUN Perak

oleh Perakite Daily



Kisah sebenar Rampasan Kuasa

Nama Abdullah Antong pernah dilanda kontroversi apabila dilihat menjadi dalang dalam insiden rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat pada tahun 2009. Beliau baru-baru ini telah mengisytiharkan diri menyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Tindakan tersebut telah membuatkan BN dalam keadaan sangat takut kerana beliau banyak mengetahui tentang krisis politik di Perak itu. Perakite Daily bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir telah mewawancara beliau untuk mengetahui lebih lanjut.

Misbahul Munir/ Perakite Daily :

Baru-baru ini Saudara telah mengiystiharkan diri menyokong PAS dan Pakatan Rakyat melalui satu program Hi-Tea yang dianjurkan oleh PAS Perak. Apakah faktor yang mendorong tindakan tersebut?

Abdullah:

Saya berkhidmat selama 29 tahun dengan kerajaan sebelum bersara November 2010, suasana politik yang tidak selesa pada saya, menyebabkan saya tidak berminat untuk menyambung khidmat dan bersara wajib pada umur 56 tahun. Di usia yang sudah mencecah 58 tahun saya tergerak hati untuk mengisyitiharkan diri sebagai penyokong PAS.

Faktor utama ialah Allah telah memberi saya hidayah untuk memilih PAS dan tindakan ini bukanlah disebabkan atas desakan mana-mana pihak dan individu, walaupun saya kenal rapat dengan beberapa pimpinan PAS.

Faktor lain ialah berdasarkan pemerhatian dan penilaian selama berkhidmat selama 11 bulan dengan Pakatan Rakyat, saya ikhlas menyatakan banyak perbezaan antara Pakatan Rakyat dengan BN terutama ketelusan, kesungguhan, keupayaan dan juga keperibadian kepimpinan yang tidak dapat ditandingi oleh pimpinan Umno-BN.

Walau bagaimanapun seperti kebanyakan rakan-rakan lain yang menyertai PAS adalah kerana mendapat hidayah dan kesedaran daripada Allah.

Saya menyokong PAS bukan ada apa-apa kepentingan, juga bukan mendapat imbuhan dan balasan. Saya tidak berniat langsung untuk menjadi pemimpin PAS atau menjadi calon. Saya hanya mahu bekerjasama dengan PAS dan Pakatan Rakyat untuk tumbangkan BN dalam PRU akan datang.

Misbahul Munir/ Perakite Daily:

Saudara pernah dilabel sebagai konspirator dalam insiden rampasan kuasa yang berlaku di Perak oleh blogger-blogger dan masyarakat khususnya penyokong Pakatan Rakayat yang mungkin tidak tahu situasi sebenar. Apakah perasaan Saudara apabila ditohmah sebegitu rupa, dan di waktu itu apakah kedudukan yang sebenar ?

Abdullah:

Secara peribadi saya berasa sedih kerana saya tidak boleh menjelaskan perkara sebenar ketika itu disebabkan tiada platform dan ruang untung menafikan dakwaan-dakwaan tersebut.

Sehinggakan jiran-jiran saya berpandangan serong kepada saya yang dianggap telah bersekongkol dengan BN untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Saya ingin jelaskan dan tegaskan bahawa saya tidak terlibat langsung dengan apa yang dipanggil konspirasi apatah lagi sebagai konspiratornya. Saya hanya pegawai kerajaan yang berjawatan Setiausaha Dewan Negeri, bertanggungjawab
ke atas perjalanan sidang dewan dan juga yang berkaitan dengannya dan juga bertanggungjawab ke atas perjalanan mesyuarat EXCO kerajaan negeri yang juga diberi tugas mencatat dan menyediakan kertas dan minit mesyuarat.

Dalam DUN Bos saya ialah Speaker Dewan Negeri, dalam mesyuarat EXCO bos saya ialah Menteri Besar dan dalam perkhidmatan kerajaan bos saya pula ialah Setiausaha Kerajaan Negeri. Ketika kemelut politik yang memuncak, saya menjadi serba salah antara amanah dengan kepentingan pekerjaan.

Di awal kemelut politik berlaku, tidak ada yang mengenali saya ketika itu. Nama saya hanya muncul apabila saya menyanggahi arahan Speaker DUN Perak.

Saya bertegas bahawa tindakan-tindakan adalah disebabkan tekanan dari pihak atasan, saya tidak upaya elak berbuat demikian kerana terpaksa menerima arahan pihak atasan.

Semua kenyataan berkaitan sidang dewan dan sebagainya saya perlu keluarkan dan perlu ditandatangan atas
kapasiti saya sebagai setiausaha DUN sehinggalah saya mengeluarkan satu kenyataan yang kontrovesi iaitu sidang DUN yang dipanggil oleh Speaker yang sah ketika itu, YB V Sivakumar sebagai tidak sah.

Atas sebab kenyataan saya itu, tercatat memori dan sejarah dunia apabila sidang DUN terpaksa diadakan di bawah pokok kerana Adun Pakatan Rakyat dihalang memasuki dewan.

Jadi kenyataan itu tidak ada kaitan dengan konspirasi rampasan kuasa oleh BN.

Saya mahu tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak terlibat dengan konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat termasuklah dalam urusan ‘membeli’ Adun dan sebagainya
.
Dalam kesempatan ini saya ingin bersihkan nama saya yang dianggap menjadi “conspirator” dalam insiden rampasan kuasa oleh BN itu.

Misbahul Munir/ Perakite Daily:

Kerajaan Pakatan Rakyat tumbang apabila Adunnya melompat parti tetapi Dato’ Seri Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat serta disokong oleh beberapa pakar perundangan bertegas bahawa Nizar tetap sebagai Menteri Besar yang sah. Jadi apa pandangan saudara ketika itu?

Abdullah:

Harus diingat, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, jawatan Menteri Besar gugur dengan tiga perkara iaitu disabitkan dengan salah laku tatatertib atau hilang kelayakan sebagai Adun, perletakan jawatan, dan apabila berlakunya pembubaran DUN.

Ahli Dewan juga boleh membuat usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar dan sekiranya majoritinya mengundi tidak percaya, Menteri Besar ketika itu mempunyai dua pilihan iaitu meletak jawatan ataupun memohon perkenan Tuanku untuk membubarkan DUN bagi pilihanraya semula diadakan. Ini tercatit didalam Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Dato’ Seri Nizar tidak pernah dijatuhkan undi tidak percaya oleh ahli dewan dan sebab itu saya tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi memutuskan beliau tdak terlucut jawatannnya sebelum Mahkamah Rayuan memutuskan sebaliknya.

Saya lebih chenderong untuk setuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi.

Misbahul Munir/ Perakite Daily:

Apa pandangan En Abdullah ketika insiden V Sivakumar diusung keluar yang ketika itu sedang menjalankan tugas sebagai Speaker?

Abdullah:

Apabila kerajaan Pakatan Rakyat ditumbangkan, BN ketika itu tidak nampak ada satu lagi institusi ataupun jawatan penting iaitu Speaker yang ketika itu masih lagi dari kalangan Pakatan Rakyat.

Tidak lengkap mendapat jawatan Menteri Besar jika belum mendapat menukar Speaker DUN kerana Speaker berkuasa penuh di dalam dewan bermakna Pakatan Rakyat masih berkuasa di Dewan Negeri.

Jadi jika inginkan kuasa sebenar kerajaan dalam sidang DUN, BN ketika itu perlukan kuasa sepenuhnya di dewan dan ini yang mereka terlepas pandang.

Semasa sidang DUN pada 7 mei 2009 yang berlaku dalam keadaan tegang itu, saya tidak nampak dan dengar speaker mengarahkan timbalannya mempengerusikan sidang DUN, pada masa yang sama V Sivakumar masih duduk di kerusinya.

Tiba-tiba Timbalan Speaker, YB Hee Yit Fong telah adakan satu sidang di hujung dewan untuk melantik Speaker baru dan saya sebagai Setiausaha DUN berasa pelik, saya baca buku perintah tetap tentang tindakan Hee itu namun saya tidak menjumpai satu fasal pun yang membenarkan keadaan itu berlaku, ini bermakna Peraturan Tetap Dewan telah dilanggar.

Saya tidak pasti siapa yang mengusung V Sivakumar ke luar dewan dan sudah pasti ianya bukan staff dewan kerana saya mengenali semua staff-staff tambahan yang dilantik bagi membantu Bentara Dewan.

Kejadian tersebut telah menjadi sejarah dunia kerana ianya tidak pernah berlaku di mana-mana Negara Komanwel mahupun negara lain.

Misbahul Munir/ Perakite Daily:

En Abdullah ada pengalaman yang lama dengan BN berbanding dengan Paktan Rakyat yang cuma 11 bulan, jadi apakah perbezaan yang ketara antara kerajaan Pakatan Rakyat dengan BN?

Abdullah:

Semasa mula-mula Pakatan Rakyat memulakan tugas, kami tertanya-tanya bagaimana corak pemerintahan dan adakah Pakatan Rakyat mampu memerintah. Saya sendiri tidak berapa yakin dengan gabungan tiga parti ini ketika itu.

Sebagai pegawai kerajaan, saya menjalankan tugas seperti biasa. Kami pegawai kerajaan hanya sebagai pelaksana terhadap dasar dan polisi kerajaan Pakatan Rakyat, apa yang mereka putuskan, kami wajib melaksanakannya asalkan tidak bertentangan dengan etika perkhidmatan.

Perbezaan yang sangat ketara ialah Adun-Adun Pakatan Rakyat terutama EXCO sangat mesra dan mudah mendampingi pegawai dan kakitangan kerajaan dan tiada kerenah birokrasi. Tidak pernah sebelum ini seorang Menteri Besar boleh turun makan tengah hari di kantin bersama pegawai-pegawainya melainkan Dato’ Seri Nizar.

Semua Exco Pakatan Rakyat termasuklah dari kalangan DAP cukup merendah diri dan tidak sombong ataupun egois.

Pemerintahan Pakatan Rakyat sangat telus sehinggakan Nizar sering menasihatkan kepada Exco-Exconya supaya tidak mengambil kepentingan parti melainkan kepentingan rakyat.

Dari segi ketekunan, saya dapati diperingkat awal mesyuarat EXCO mengambil masa panjang cuma berhenti untuk makan dan solat. Menteri Besar dan barisan EXCO begitu teliti terhadap semua kertas mesyuarat sama ada mahu melulus atau menolak.

Semua EXCO telah diberi peluang untuk memberi pandangan sebelum keputusan dibuat.

Menteri Besar dan Exco tidak pernah mengarahkan saya mendahulukan mana mana kertas, terserah kepada saya sebagai setiausaha memilih kertas yang akan dibawa.

Dalam soal penjimatan kos jamuan keraian anjuran kerajaan negeri juga dikurangkan termasuklah makanan sewaktu mesyuarat EXCO. Setiap kali mesyuarat EXCO kos makanan kurang daripada RM45 seorang berbanding dulu hanya untuk minum pagi sahaja RM 45 seorang.

Waktu solat, surau di pejabat SUK sangat meriah dan imarah tanpa paksaan untuk berjemaah . Dato’ Seri Nizar sendiri akan mengimamkan solat berjemaah seterusnya menyampaikan tazkirah. Ini sangat berbeza dengan pemerintahan BN.

Ketika bulan Ramadhan dihiasi dengan pelbagai program seperti tazkirah setiap pagi, semua EXCO, ADUN yang muslim serta beberapa pegawai kerajaan termasuk SUK, pegawai kewangan dan Mufti diberi peluang menyampaikan tazkirah Ramadhan selama 10 minit .

Ia sangat mengesankan sekali. Ada EXCO DAP beritahu saya mereka tiada masalah turut berminat mendengar tazkirah pagi.

Pemberian bubur lambuk yang dibuat sendiri oleh kakitangan SUK dan pimpinan Pakatan Rakyat serta pelbagai lagi program untuk mengimarahkan bulan Ramadhan.

Ini baru perkara-perkara kecil, belum sentuh bab lain seperti pemberian air percuma, pengecualian kompaun, pemberian tanah hak milik kekal kepada Kampung Tersusun dan Kampung Baru, bantuan RM 1,000 kepada pelajar-pelajar yang ke IPT, dan sebagainya.

Setiap kali mesyuarat EXCO, Dato’ Seri Nizar bersama barisan exco sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat dan ini menggambarkan betapa tekun serta bersungguh-sungguhnya kerajaan PR untuk membantu rakyat.

Misbahul Munir/ Perakite Daily:

Semasa pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan dahulu, PAS dan Menteri Besar sering dimomokkan sebagai "boneka" atau "kuda tunggangan" DAP, Dato’ Seri Nizar pula hanya ikut telunjuk EXCO DAP dalam membuat apa sahaja keputusan. Jadi apa pandangan Saudara?

Abdullah:

Saya lihat inilah yang menjadi modal utama BN bagi memberi persepsi buruk masyarakat terhadap PAS dan ini adalah tidak betul sama sekali.

Dalam mesyuarat Exco Pakatan Rakyat, mereka tidak langsung membawa kepentingan peribadi saperti saranan Menteri Besar supaya perkara dielakkan.

Tuduhan BN yang mengatakan DAP menguasai mesyuarat dan mengikut arahan DAP ternyata fitnah semata-mata. Semua perkara dibincangkan secara terbuka dan Dato’ Seri Nizar memberi peluang kepada semua ahli mesyuarat menyatakan pandangan mereka.

Saya mengambil contoh satu kes menggazetkan tapak surau di Sitiawan, Dato’ Ngeh Koo Ham selaku Adun kawasan tersebut pergi melihat sendiri keadaan surau tersebut.

Pada mulanya mesyuarat mewartakan setengah ekar untuk kawasan surau itu, Dato’ Ngeh mencadangkan untuk meluaskan lagi tapak surau tersebut kepada satu ekar bagi memudahkan parkir kereta umat Islam yang hendak beribadah. Ini membuktikan DAP tidak mempunyai sikap anti Islam dan perkauman.

Berlaku lagi satu kes meluluskan satu tapak tokong Cina di Tambun. Kawasan yang terletak di tepi gua tersebut sangat bahaya dan tidak sesuai untuk medirikan tokong. Ulasan dari Jabatan yang berkaitan tidak bersetuju dan menasihatkan tidak diluluskan.

Mesyuarat menerima cadangan syor tersebut, lalu menolak permohonan tapak tokong. Saya tidak lihat Exco dari kalangan DAP yang membantah keputusan itu atau mempertahan permohonan tersebut dan mereka semua setuju.

Saya lihat persefahaman antara Ecxo sangat baik dan menghormati Dato’ Seri Nizar sebagai Menteri Besar walaupun DAP majoriti.

Misbahul Munir/HARAKAH:

Selepas mengisytiharkan diri sebagai penyokong perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat, adakah terdapat kekangan-kekangan dan tawaran yang datang dari kerajaan BN Perak?

Abdullah:

Sahabat-sahabat saya tiada masalah dengan tindakan saya menyertai PAS, ada juga yang membantah. Ramai yang terkejut kerana tiba-tiba saya muncul kembali Mereka fikir, selepas pencen saya berdiam diri dan tidak peka dengan politik semasa.

Seorang bekas pegawai tinggi kerajaan ada berjumpa saya menasihatkan saya supaya membatalkan hasrat untuk menyertai PAS. Saya tidak pastilah, itu kehendak dia ke atau diminta oleh pemimpin Umno untuk memujuk saya.

Saya hairan kenapa mereka sangat terkejut dengan tindakan saya, adakah ianya isu hangat, adakah saya ini terlalu bahaya dan kemunculan saya akan meresahkan BN. Sedangkan ramainya bekas pegawai tinggi kerajaan menyertai PAS dan Pakatan Rakyat seumpama satu fenomena masa kini.

Kemungkinan juga kerana saya banyak mengetahui cerita dan rahsia. Saya tahu ada perkara yang boleh diceritakan, ada rahsia yang tidak boleh didedahkan. Perkara-perkara kecil yang tidak menjadi rahsia kerajaan bolehlah saya kongsikan.

Sampai sekarang ini, mereka masih memerhatikan saya dan mengikuti perkembangan ini. Saya juga diminta berjumpa dengan orang politik Umno-BN untuk kononnya ingin mentarbiah atau “brainwash” saya. Saya ucap terima kasih sahajalah kerana saya telah memilih halatuju sendiri.

Saya berharap mereka tidak mengganggu saya sebagai rakyat yang cintakan demokrasi. Saya pasti saya tidak akan memperolehi apa apa dari kerajaan negeri hatta sebidang tanah RPT pun selepas ini.

Misbahul Munir/HARAKAH:

Untuk yang terakhir ni, apa seruan En Abdullah kepada seluruh rakyat Perak dalam PRU akan datang.

Abdullah:

Saya nak beritahu,BN sekarang ini bukanlah kuat sangat, mereka dapat kuasa pun bukan dengan cara demokrasi. Pakatan Rakyat dapat mandat dari rakyat melalui PRU yang lalu sekalipun dengan majoriti yang kecil. BN dapat kuasa setelah 3 orang Adun mengkhianati mandat rakyat.

Oleh itu, saya rayu dan seru seluruh rakyat Perak buat perubahan dengan berani pada PRU akan datang. Kembalikan semula kuasa Pakatan Rakyat melalui kuasa rakyat. Saya yakin Insya Allah, Paktan Rakyat akan kembali memerintah Perak selepas ini. Percayalah saya telah mengalami pengalaman yang manis selama 11 bulan Pakatan Rakyat memerintah dan saya akan bersama- sama seluruh rakyat Perak untuk meraikan kemenangan dalam PRU13 akan datang.

Rabu, 8 Ogos 2012

Wow! mahalnya kereta rasmi baru BN beli!


Badan Perhubungan PAS Negeri Perak memohon penjelasan Kerajaan Negeri Perak yang dikatakan telah membeli tiga buah kereta ‘Nissan Fuga Hybrid’ untuk kegunaan rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri baru-baru ini.

Persoalan juga timbul, adakah Kerajaan Negeri pimpinan Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir tidak ‘patriotik’?

Jika isu pembelian kereta rasmi kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dahulu dikatakan tidak ‘patriotik’ kerana telah membeli 16 buah ‘Toyota Camry’ dengan kos sebanyak RM 167,000 sebuah ketika itu. Adakah perkara yang sama juga kini berlaku kepada Datuk Seri Zambry?

Adakah juga Datuk Seri Zambry menepati janji mahu berbelanja secara berhemah yang pernah dilontarkan juga kepada Datuk Seri Nizar ketika itu?

Jika dengan model Nissan tersebut, iaitu Infiniti M25 – 2.5-litre V6 / 7-speed automatic yang mencecah RM 350,000 sebuah, adakah kerajaan negeri berhemat di dalam kos pembelian?

Kami mendesak ketelusan dan keterbukaan Datuk Seri Zambry di dalam perkara ini kerana ianya melibatkan kewangan rakyat dan keyakinan rakyat.

Dan penting juga adakah ianya dibuat secara terus pembelian tersebut atau sebaliknya?

Selasa, 31 Julai 2012

Satu lagi Skandal di Dun Sungai Rapat

IPOH – Seramai 30 penternak dari Batu Gajah bertekad tidak mahu berpindah dari padang ragut di Sungai Terap setelah berbelanja hampir jutaan ringgit untuk membangunkan padang ragut berserta kandang lembu mengikut spesifikasi yang dikehendaki Jabatan Veterinar Negeri.

Sebelum ini, pada 2008 tanah seluas hampir 116.5 hektar di Sungai Terap, Batu Gajah telah diwartakan sebagai padang ragut untuk ternakan lembu tenusu.

Salah seorang penternak, R Elangovan, 45, berkata, mereka kecewa padang ragut yang diusahakan hampir empat tahun itu akan berakhir tidak lama lagi apabila syarikat swasta yang mengambil alih kawasan mengemukakan tawaran untuk menjalankan aktiviti penternakan di situ.

Menurutnya, pada 2009, pihak Jabatan Veterinar telah membawa mereka dari kawasan Kinta untuk mengusahakan padang ragut tersebut dengan memberi jaminan mereka akan diberi hak milik selepas kawasan itu dibangunkan mengikut perincian yang ditetapkan.

“Kami turut menerima subsidi lembu untuk menternak lembu tenusu selain membangunkan kawasan itu dengan perbelanjaan sendiri mencecah hampir RM2 juta dengan ternakan 300 lembu tenusu.

“Ada antara penternak sanggup menggunakan wang KWSP, menjual rumah dan juga barangan berharga semata-mata untuk merealisasikan lokasi itu menjadi padang ragut,” katanya ketika sidang media di Pejabat Pas Medan Istana, semalam.

Bagaimanapun, baru-baru ini pihak syarikat ada menemui penternak untuk menandatangani perjanjian tawaran dan perlu membayar RM770 sekiranya masih mahu mengusahakan ternakan di kawasan itu, jika tidak ia akan dibuka kepada sesiapa yang berminat.

Katanya, dalam pertemuan itu juga, mereka dimaklumkan b tiada pemberimilikan akan diberikan sebaliknya hanya sewaan ditawarkan.

“Kami tidak kisah membayar sewa atau apa sahaja kepada kerajaan tetapi kami tidak mahu bayar kepada orang tengah.

"Jika kami tidak bekerja, pendapatan akan terjejas dan bagaimana hendak menanggung keluarga.

“Jika diikutkan tempoh tawaran itu telah berakhir, kini kami masih mengusahakan ternakan di kawasan itu tanpa diganggu sesiapa,” katanya.

Sementara itu, Penyelaras Ahli Parlimen Ipoh Barat, RK Muthu berkata, pihaknya simpati dengan penternak yang terlibat dan curiga kerana tanah seluas itu hanya dimiliki oleh sebuah syarikat yang tidak mempunyai latar belakang ternakan.

“Satu laporan polis juga akan dibuat selain memohon pihak SPRM untuk menyiasat isu ini,” katanya.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang turut bersama dalam sidang media itu berkata, Pakatan Rakyat berpendapat perkara itu tidak patut berlaku dan akan membawa isu ini ke sidang Dewan Undangan Negeri atau ke Parlimen.

“Usaha gigih ini tidak boleh terbiar begitu sahaja. Mereka perlu dibantu kerana tanah yang diusahakan selama ini tiba-tiba diberikan kepada orang lain,” katanya.

Isnin, 30 Julai 2012

HARI PAHLAWAN: Rasulullah Pahlawan Ulung Tertinggi Ummah


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak mengucapkan Selamat Hari Pahlawan kepada seluruh perjuangan-perjuangan tanahair ketika era mereka agar menjadi kenangan dan teladan bagi membina kedaulatan negara yang kita cintai ini. Jadikanlah hari ini sebagai suatu hari kepada permulaan untuk kita menginsafi diri kepada para perjuang yang ikhlas berjuang dan telah berkorban apa jua demi memastikan keharmonian sistem bernegara kita dirasai hingga ke saat ini dalam semangat kemerdekaan daripada penjajahan kuasa asing.

Kepada umat muslim, hari pahlawan ini juga boleh diperluaskan skopnya kepada peringatan kita kepada Baginda Rasulullah SAW iaitu Pahlawan Ulung Tertinggi Ummah Islam dari dahulu sehingga akhir zaman yang banyak dikisahkan dalam sirah Nabi selama ini. Kita sewajarnya mengambil sempena hari pahlawan ini sebagai menunjukkan rasa kekaguman kita kepada Baginda dan para sahabatnya Baginda. Sudah tentu agama Islam mendidik umatnya agar menunjukkan adap seorang muslim yang sejati hatta di dalam medan berjuang sekali pun.

Akhirnya, kami doakan agar semoga roh-roh para pahlawan negara akan ditempatkan di tempat yang tertinggi di Akhirat kelak dengan keizinan Allah SWT. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosa para pahlawan negara yang telah kembali kerahmatullah. Dan kepada para pahlawan negara yang masih di medan agar mencontohi tentera-tentera yang pernah dipimpinan oleh Baginda Rasulullah SAW agar kekuatan dan iltizam mereka adalah pahlawan sejati yang dicorakkan oleh Islam yang sebenarnya.

DR RAJA AHMAD AL-HISS

Timbalan Ketua,

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

Rabu, 25 Julai 2012

Menjawab kembali respon Kak Midah isu Umno bedal tanah kubur


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/07/25/saayang-kak-midah-mmmuaaah/


Oleh: MSK

Terima kasih kat Kak Midah yang akhirnya membalas posting yang aku buat hari tu. Dan terima kasih juga bila tidak mengaitkan Setiausaha Tanah Perkuburan Masjid Sungai Terap, En. Musa b Ghazali.

Memang betui..bukan Encik Musa yang mula-mula bukak cerita ni. Encik Musa tak cakap apa-apa dan dia tak fitnah apa sebab dia tak tau apa-apa. Bila ditunjukkan notis cadangan untu memansuhwartakan tanah perkuburan tu pun dia tak tau.

Disebabkan dia tak tau apa-apa, maka dia tak cakap apa-apa. Tapi disitulah bermulanya masalah. Macam mana Setiausaha J/K pengurusan Tanah Perkuburan Sungai Terap tak tau apa-apa?

Dalam penjelasan Kak Midah, ada ditulis begini.

Komer antor kat sapa? Kat Jawatankuasa Pengurusan Tanah Kubor atau penghuni kubor? Kalau Setiausaha pun tak tau..komer bagi tau kat sapa?

Tapi tak ngape..tak payah jawab pun tak apa sebab Jawatankuasa pun tak ada!! He.he…macam mana boleh jadi macam tu?

Kalau ditengok kepada penjelasan Kak Midah, ada dua perkara besar disitu.

1. Ketika mula ditubuhkan pada 1998 , Jawatankuasa Pengurusan Tanah Kubor Sungai Terap mengurus tanah perkuburan seluas 63 ekar.
2. Jawatankuasa yang baru dibentuk tahun ini menguruskan tanah perkuburan seluas 10 ekar.
3. Semua urusan untuk membatalkan perizaban tanah kubur ini bermula sejak Mach 2010.

Itulah intipati isu ini. Akhirnya, pemimpin Umno berjaya juga mengurangkan penguasaan Jawatankuasa Tanah Kubor dari 63 ekar menjadi 10 ekar. Lagi 50 ekar, diusahakan atas nama pembangunan untuk orang miskin dan anak yatim. Apa yang berlaku diatas kertas..memang semunya boleh di halalkan mengikut undang-undang.

Projek pembangunan ini aku dah banyak kali dengor dah. Kat Padang Rengas pun macam tu, ambik tanah orang kononnya nak buat MRSM Chenderoh. Dari tahun 2004 sampai sekarang masih tak siap-siap. Kat Tanjong Malim pun macam tu, ambik tanah kerajaan untuk program bantuan mangsa banjir dan fakir miskin.

Tapi akhirnya, yang fakir miskin yang dapat bantuan dari Pejabat Agama atau Pejabat daerah ni, terdiri dari ketua Cawangan dan AJK Umno ataupun penyokong tegar Umno. Aku pun heran, bila tiba tang bantuan dan peruntukan untuk orang miskin, AJK Umno Cawangan yang banyak dapat. Dah 55 tahun memerintah pun, masih miskin jugak?

Apa pun, oleh kerana projek tu belum berjalan, aku bersangka baik bahawa projek ini betul-betul untuk orang miskin. Aku save jawapan tu dan aku akan ikuti perkembangannya.

Macam mana boleh jadi ribut pasai tanah kubor Sungai Terap ni? Mengapa sejak 1998 hingga 2009, tak ada sapa nak buat Sekolah Agama Rakyat dan projek untuk fakir miskin ni? Dan mengapa tiba-tiba tahun 2010, semuanya dibuat dengan begitu cepat? Adakah untuk menunjukkan kecekapan Kak Midah?

Dari tahun 1998 hingga 2008, Umno memerintah Perak. Tahun 2008, Umno tumbang dan Pakatan mengambil alih. Bila Pakatan mengambil alih, maka semua pentadbiran kerajaan bertukar, termasuklah Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung. Ketua kampung pun bertukar dan pengurusan masjid dan tanah kubur pun bertukar.

Bukan itu saja, ramai AJK yang dulunya Umno..juga bertukar kepada Pakatan Rakyat. Itu yang buat Kak Midah ngamuk. Bila Umno tumbang…baru demer sedor, kalau la orang Pakatan Rakyat menguasai kerajaan negeri, bankrap la demer.

Jadi, bila Umno merampas balik Perak pada tahun 2009, perkara pertama yang demer lakukan ialah menswastakan seberapa banyak projek kerajaan negeri yag boleh. Sebab kalau Umno tumbang sekali lagi..demer dah ada harta yang cukup. Tu pasal tanah Teh Lenggong pun demer swastakan, tanah Majuperak yang dekat Stesen Keretapi Batu Gajah tu pun demer swastakan.

Tanah kubor Sungai Terap macam mana? Lagipun tanah kubor tu bukan kecik..60 ekar, Yong!

Maka usaha pun dibuat supaya hanya 10 ekar diberikan kepada Jawatankuasa Pengurusan Kampung Sungai Terap. Selebihnya jangan harus bagi demer kontrol.

Awal tahun 2010..iaitu pada 5 Mach, MAIP mengambil alih pengurusan tanah kubur dan terus memohon untuk dipecahkan kepada dua bahagian. 30 ekar untuk Wakaf Am dan 33.48 ekar lagi untuk Wakaf Perkuburan dan Saraan. Keputusan ini tidak melibatkan orang kampung ataupun Jawatankuasa Pengurusan Tanah Kubur. Keputusan ini orang kampung tak tau.

Dalam bahasa mudah, kita boleh cakap kat orang kampung..”Tanah kubur tu besor sangat..kita pecah dua. Setengah kita buat tanah kubor..setengah lagi kita buat sekolah Agama Rakyat.” Sapa nak tentang? Aku pun setuju ini kerja bagus.

17 Mei 2010, MAIP memohon untuk mendapatkan kebenaran awal bagi cadangan membina penempatan fakir miskin. Orang kampung tak tau. Yang demer tau, Tanah Kubor Sungai Terap dah berhantu!!

Kalau takat hantu raya, pelesit dan jembalang tanah..yang tu demer tak takut. Tapi hantu ni datang dengan kren, backhoe dan lori. Bukan nak meratakan tanah…tapi mencuri pasir.

Tak percaya…komer pergi ke tanah kubor kat situ dan tengok la ada ke tempat yang diratakan? Tapi jangan tengok yang baru diratakan dalam dua tiga bulan ini. Tanya balik..dimankah kawasan yang diratakan dalam tahun 2010?

Dua bulan lalu, inilah rupa tanah perkuburan Sungai Terap..kesan orang mencuri pasir.

Orang kampung pergi Pejabat Tanah tapi Pejabat Tanah tak tau apa-apa. Macam mana Pejabat Tanah boleh kata tak tau? Memang demer tak tau sebab tak ada permit mengambil pasir dikeluarkan kat Tanah Kubor.

Orang kampung panggil pemberita Sinar dan keluar cerita kat Sinar. Pejabat Tanah dan Sinar menghubungi MAIP dan MAIP kata, kontraktor tu mendapat kebenaran MAIP. Lepas tu, pencuri pasir pun hilang. Kadang-kadang aku heran…pencuri yang mencuri empat lima ringgit polis boleh tangkap, tapi pencuri pasir yang bawak kren, backhoe dan lori..sapa pun tak tau.

Akhirnya pada 13 Jun 2011, Mesyuarat EXCO meluluskan pembatalan rizab tanah kubor ini. Kalau pada 5 Mac 2010 demer kata, “setengah untuk kubor..setengah untuk Sekolah Agama Rakyat..” sekarang tanah untuk kubor dikecilkan lagi menjadi hanya 10 ekar, manakala selebihnya untuk projek untuk fakir miskin. Sapa yang miskin?

Yang ni aku tinggalkan kat member-member di Kg. Sungai Terap. Komer perhatikan la. Jangan-jangan dah difaraidkan untuk ahli-ahli cawangan.

Oopsss.ada sikit lagi. Sapa dapat kontrak untuk meratakan tapak projek penempatan fakir miskin tu? Sapa pulak yang dapat kontrak membina 11 buah rumah?

Jangan la makan sorang-sorang.

Isnin, 23 Julai 2012

Pendedahan Skandal Tanah Kubur di DUN Sungai Rapat: Hamidah belum jawab!

Oleh MSK

Pada 21 May lalu, Mediaperak menyiarkan kisah bagaimana Umno Perak menyapu tanah kubur. Satu masa dulu, Umno Pulau Pinang bising tentang tanah kubur yang “hilang” di Pulau Pinang tapi bila Kerajaan Pulau Pinang membeli tanah bernilai RM20 juta untuk dijadikan tanah perkuburan orang Islam, Umno tak kata apa.

Di Perak, penemuan warta kerajaan negeri tentang bagaimana Umno memansuhkan pewartaan tanah kubur berlaku secara tak sengaja apabila salah seorang warga Mediaperak membuat carian tentang jumlah hutan simpan yang telah dimansuhkan oleh Umno sejak Zambry memerintah.

Dalam artikel “Tanah kubur pun Umno sapu” itu, kami sendiri tidak tahu dimana lokasi tanah tersebut dan mengapa pewartaan sebagai tanah perkuburan orang Islam itu ditarik balik.

Semalam, salah seorang pembaca Mediaperak telah menghubungi kami untuk menunjukkan lokasi tanah perkuburan tersebut dan apakah yang telah berlaku.

Tanah perkuburan yang dimaksudkan terletak di Mukim Sungai Terap dalam daerah Kinta. Dengan lebih tepat, ia terletak di Batu Gajah.

Tanah perkuburan seluas 25.69 hektar (63 ekar) ini dikenali sebagai Tanah Perkuburan Islam, Kampong Ara Payong, Batu Gajah. Pengistiharan sebagai Tanah Perkuburan Orang Islam telah diwartakan pada 12 Februari 1998.


Mengapakah pewartaan tanah kubur ini ditarik balik? Ini yang menjadi tanda tanya dan yang paling mengejutkan, tidak ramai yang tahu tentang hal ini…termasuklah penduduk sekitar.

Kes ini hampir sama dengan banyak lagi kes menyapu tanah yang dilakukan oleh Umno. Modus operandinya sama dimana-mana. Kerajaan yang dikatakan membela orang Melayu ini merampas tanah milik orang Melayu dan memberikannya kepada cukong-cukong MCA. Ini yang berlaku di Kg. Redang Sawa dan banyak tempat lagi.

Sebelum kita menuduh atau mendakwa, tengok dulu lokasi tanah perkuburan tersebut. Dalam peta jalan diatas, mungkin tidak banyak yang boleh kita nampak. Cuba lihat peta dibawah ini pula.

Tanah perkuburan seluas 60 ekar ini terletak dikawasan prime area. Hanya sekitar 2-3 km dari lebuhraya Ipoh-Lumut dan betul-betul diatas bukit di belakang satu projek baru yang dikenali sebagai Batu Gajah Sentral. (BG Sentral). Jalan masuk ketanah perkuburan ini boleh diakses melalui Taman Mewah dan juga disebelah Sek. Keb Sultan Yususf.

Kedudukannya diatas bukit dan betul-betul dibelakang BG Sentral menjadikanya ia satu kawasan yang cukup menarik untuk dijadikan kawasan perumahan. Tambahan pula, BG Sentral akan menjadi pusat bandar Batu Gajah yang baru di mana sebuah stesyen bas akan dibina.

Sekali pandang, tidak ada yang istimewa tentang isu ini. Mungkin ia hanyalah satu kes biasa demi pembangunan…tapi apabila melihat kepada papantanda projek dibawah ini menimbulkan banyak tandatanya.

Apa istimewanya Keris Properties?

Tanah Perkuburan Islam Kg. Ara Payong ini diuruskan oleh Qariah Masjid Sungai Terap. Sungai Terap terletak didalam DUN Sungai Rapat dimana ADUN nya ialah Hamidah Osman. Keris Properties merupakan sebuah syarikat yang dimiliki oleh bekas ADUN Tronoh dari MCA, Datuk Lee Kon Yin.

Seperti yang selalu diperkatakan…Dibelakang seorang ahli politik Umno, terdapat seorang cukong MCA. Pemimpin Umno akan mencari kekayaan dengan menggunakan cukong MCA dan disokong oleh orang-orang Melayu yang bangang.

Datuk Lee Kon Yin sudah banyak kali mendapat tanah-tanah kerajaan dengan harga yang murah. Pada tahun 2001, Lee Kon Yin melalui syarikat Panglima Bangsa Sdn Bhd telah memperolehi sebidang tanah di Pusing, Batu Gajah, dengan harga yang cukup murah.

Lee Kon Yin pada masa itu merupakan ADUN Tronoh dan juga Pengarah Syarikat Panglima Bangsa Sdn Bhd. Syarikat tersebut telah mendapat satu kawasan tanah kerajaan seluas 2.3 ekar untuk dimajukan. Tanah yang seluas 2.3 ekar tersebut, sebelum ini merupakan tanah kerajaan yang terdiri daripada dua keping tanah.

Satunya, adalah bekas kuarters JKR yang didiami oleh bekas penyewa daripada JKR dan dua orang warga tua yang tidak berkemampuan. Kuarters tersebut telah dirobohkan dan penghuninya disuruh meninggalkan tempat tersebut dengan bayaran kos “perpindahan” di antara RM1,000 – RM2,000 sahaja pada bulan Disember tahun 2010.Tanah tersebut kemudiannya dipecahkan menjadi 29 lot.

Syarikat Panglima Bangsa Sdn Bhd hanya perlu membayar premium tanah yang rendah, iaitu, lebih kurang RM 226,000 untuk kesemua 29 lot tanah komersial. Jika dibandingkan dengan penduduk yang menetap di Kampung Baru Bukit Merah, Lahat, ketika permohonan tanah mereka diluluskan, mereka dikenakan RM40,000 premium tanah bagi tanah kediaman di kampung, adalah lebih tinggi daripada yang kena dibayar secara purata oleh Syarikat Panglima Bangsa ke atas setiap lot tanah komersial di Pusing ini.

Apa kaitan Hamidah Osman dengan Lee Kon Yin? Tunggu dulu. Pejabat Agama Islam Batu Gajah dan Pejabat Tanah dan Galian sedang sibuk bermesyuarat sekarang tentang tanah perkuburan ini.

Tunggu selepas mereka selesai bermesyuarat.

Sabtu, 21 Julai 2012

Sungai Rapat Online (Sahak) produk Utusan

Oleh: MSK

Semalam, sorang kawan bagi tau aku pasai apa aku tak respon kepada blog Kak Midah yang melabelkan Mediaperak sebagai bangsat.

Aku memang tak baca Blog Kak Midah tu sebab kebanyakan isinya hampas. Tapi oleh kerana dia dah bagi label bangsat kepada Mediaperak, aku terpaksa juga baca juga blognya.

Intro posting tersebut saja dah merapu.

Media Perak, sebuah laman yang ditubuhkan hasil persepakaran pakatan Rakyat negeri Perak yang diketuai oleh pemimpin Cina DAP. Media Perak akan bergerak aktif dalam program-program yang mampu menggugatkan pemimpin cina DAP.

Mediaperak dikatakan diketuai oleh pemimpin Cina DAP..dan bergerak aktif untuk menggugat pemimpin Cina DAP!!. Budak UPSR pun buat karangan lebih baik dari Kak Midah.

Para kedua dan ketiga, Kak Midah marah pasai Mediaperak tayang video dia menghalau rakyat. Dia kata Mediaperak buat fitnah. Hangpa tengok sendiri video tu, dan buatlah andaian sendiri. (Disini)

Lepas tu, Kak Midah juga tuduh Mediaperak buat kacau kat program Ustaz Kazem di Taman Aman dengan memotong dan membuang 22 banner ceramah. Apa la punya turrr!! Kerja-kerja potong banner, koyak poster ni .. tak ada masa la nak buat.

Tapi nak buat macam mana? Sebab blogger-blogger yang makan gaji dengan Kak Midah ni sudah dilatih oleh Utusan.

Kemudian baru dia masuk cerita sebenar yang dia bagi tau. Cerita tu dia ambik dari blog lain tentang Manjongmari dengan Ustaz Kazim Alias.

Aku cuba cari apa yang ditulis oleh Manjongmari yang menyebabkan Kak Midah pun minat sama. Rupanya pasai gambar Ceramah Ustaz Kazem. Jadi, Balaci kak Midah menggunakan isu Manjungmari dengan Ustz Kazem untuk membangsatkan Mediaperak.

Manjongmari buat posting..tapi yang bangsat ialah Mediaperak. Aper citer ni?

Semuanya berkait dengan dua keping gambar dalam blog Manjongmari.

Gambar-gambar tersebut mempunyai watermark mediaperak. Dan oleh kerana itu, balaci Kak Midah mempunyai alasan untuk membangsatkan Mediaperak. Macam mana kalau aku ambik gambar dari blog Papagomo…aku spin sikit dan aku bangsatkan Sungairapatonline? Boleh tak?

Mediaperak mempunyai ahli keluarga seramai lebih 60 orang diseluruh Perak. Bukan semua blogger. Ada yang jadi photographer, videographer, Facebookers dan ada jugak yang buat kerja-kerja teknikal.

Dalam kes ini, ia berkaitan dengan gambar. Dua keping gambar diatas mempunyai watermark mediaperak. Setiap watermark mempunyai kod yang unik untuk mengenali siapa yang mengambil gambar tersebut.

Dalam dua keping gambar diatas, ia adalah milik Hadie Manchester. Hadie mengambil gambar tersebut dan menghantar ke Facebook Mediaperak. Adakah Hadie membuat laporan palsu atau fitnah?

Hadie merungut pasal program tersebut masih belum berjalan walaupun dah pukul 9.45 malam sedangkan sepatutnya bermula jam 9.00 malam. Malah Hadie menulis bahawa penganjur memainkan CD. Gambar di Skrin dalam gambar bawah adalah gambar yang mainkan melalui CD.

Cuba tengok waktu gambar ini dimuatnaik oleh Hadie. Satu pada 9.50 malam dan satu lagi jam 9.52. Dengan lain perkataan, gambar-gambar ini diambil sebelum program bermula. Hadie tak bohong atau buat fitnah.

Oleh kerana majlis lambat sangat bermula, Hadie meninggalkan program tersebut. Jam 10.13 malam, dia dah ada kat kedai mamak.

Semua editor Mediaperak tak minat dengan cerita ceramah Ustaz Kazim ni. Jadi..tak ada sapa pun yang membuat posting tentang ceramah Ustaz Kazim ni dalam Mediaperak.

Kalau Mediaperak membuat posting tersebut dan menulis bahawa tak ramai orang yang hadir dalam ceramah Ustaz Kazim, aku boleh terima kalau Sungairapatonline kata Mediaperak ni bangsat. Tapi kalau Manjongmari yang tulis dan balaci Kak Midah membangsatkan Mediaperak..yang tu pun aku masih boleh terima!! Sebab dah memang itu kerja balaci Kak Midah. Balaci-balaci Kak Midah dilatih oleh Utusan…jadi la macam Utusan.

Apa pun..terimakasih la kerana mempromosikan Mediaperak.