Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 26 Ogos 2012

Fuh!! Jahatnya Umno!

Lenggongkite

(Tapak rumah ini diroboh kali pertama pada, 13 Ogos 2012.)
Oleh Lenggongkite

KG. LUAT - "Ibarat Belanda Mintak Tanah." Begitulah pepatah melayu yang layak diberikan kepada YB Lenggong.

Kata pemilik tanah, apabila tapak rumah yang dibina telah dirobohkan oleh pihak penguatkuasa pejabat tanah dan daerah Lenggong, pada 16 ogos lalu. Lihat Video Disini

(Tapak rumah musnah diroboh kali kedua pada 16 Ogos 2012)
Rentetan disebalik kejadian meroboh tapak rumah yang sedang dalam pembinaan itu, ianya menimbulkan banyak kontroversi diantara pemilik tanah dan pihak berkuasa. Berikutan status tanah pemilik asal (milik kekal) telah ditukarkan kepada tanah rizab kerajaan dalam jumlah yang luas dengan cara yang mengelirukan tuan tanah oleh campurtangan pihak ketiga.

Menurut tuan tanah, kontroversi ini bermula apabila arwah bapanya selaku pemilik tanah, menandatangani surat kebenaran bagi membolehkan kerajaan membina jambatan melintasi sungai Perak dan jalanraya menghubungkan kota Tampan, kg.Luat, kg.Beng dan kg.Chepor.

Menurut tuan tanah, perjanjian asal arwah bapanya sebelum menandatangani surat kebenaran untuk pembinaan jalanraya itu, hanyalah melibatkan sebahagian kecil jalan yang hendak dibina sahaja dan bukan sebahagian besar tanah milik beliau diambil menjadi tanah rizab kerajaan atau rizab jalan.

Tetapi apa yang berlaku selepas itu, 'khadam' atau penghantar surat pejabat tanah dan daerah disini, memanggil arwah bapanya kepejabat untuk menandatangani satu surat dihadapan pegawai daerah yang mengelirukan tuan tanah berkaitan kebenaran mengambil tanah untuk tujuan pembinaan jalanraya itu.

Menurutnya lagi, arwah bapanya yang sudah uzur pada ketika itu, tidak membaca isi kandungan surat perjanjian itu kerana, mengikut perjanjian bersama ketika majlis perundingan dengan jabatan-jabatan yang terlibat dengan pembinaan jalanraya itu, tuan tanah dengan jelas telah menyatakan bahawa hanya sebahagian kecil tanahnya (mengikut luas jalan sahaja) dibenarkan diambil pihak bertanggungjawab. Perkara ini telah disahkan oleh bapanya ketika bapanya masih hidup, semua surat serta gambar majlis perundingan dengan jabatan terbabit bersama tuan tanah pada masa itu masih ada dalam simpanan keluarganya.


Rentetan daripada peristiwa itu, campurtangan ahli politik. Wakil rakyat ahli Parlimen

Lenggong, bermula dengan tiket pembangunan diatas tanah yang menjadi kontroversi ini.


Selepas tamat pembinaan jalan dan jambatan sungai Perak, dua buah bangunan dewan dan sebuah padang futsal telah dibina diatas tanah yang tidak dibenarkan oleh tuan tanah. Sebelum pembinaan itu dimulakan, wakil rakyat berasal dari kg.Luat yang juga merupakan saudara-mara kepada waris pemilik tanah yang diambil itu, telah berjanji tidak akan mengambil atau membina apa-apa lagi diatas tanah itu dalam satu pertemuan pembinaan dua buah bangunan dewan dan sebuah padang futsal pada ketika itu.


Perundingan itu dibuat oleh ahli Parlimen dengan tuan tanah berikutan, status tanah berkenaan masih menjadi milik waris yang sah dan tuan tanah masih lagi membayar cukai hasil tanah berdasarkan perjanjian asal iaitu, tanah yang diserahkan kepada pihak kerajaan hanyalah sebahagian kecil untuk pembinaan jalanraya sahaja. Dan tidak melibatkan tanah yang hendak diambil oleh wakil rakyat untuk sebarang tujuan pembangunan.
Dan pada hari ini, wakil rakyat ini semakin ghairah untuk merampas kesemua tanah disepanjang jalanraya ini daripada tangan waris-waris yang berhak.

Buat kali keduanya, pihak pejabat tanah dan daerah kecil Lenggong meruntuh dan merampas sturuktur tiang tapak rumah pewaris tanah yang sedang dalam pembinaan setelah pihak berkenaan merobohkannya kali pertama pada 13 Ogos lalu.


Inilah usaha terakhir beliau sebagai ahli Parlimen sebelum BN tumpas dan rebah tersungkur disini.


Setelah tanah-tanah disini di gazetkan sebagai tapak warisan dunia, ada pihak yang sedang mengambil peluang dan mengidamkan prospek keuntungan melalui pembangunan bernilai berjuta-juta ringgit dengan mengenepikan perjanjian asal diatas tanah ini.

Pada hari ini juga rakyat disini dapat menyaksikan kerakusan sebuah kerajaan diwakili seorang wakil rakyat BN yang mendakwa rakyat didahulukan, juara rakyat, sebenarnya ialah pengkhianat rakyat, tidak menepati janji dan tidak dapat membela nasib bangsa dan saudara-maranya sendiri.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semoga Allah membantu waris pemilik tanah ini kembalikan yang hak