IPOH – Seramai 30 penternak dari Batu Gajah bertekad tidak mahu berpindah dari padang ragut di Sungai Terap setelah berbelanja hampir jutaan ringgit untuk membangunkan padang ragut berserta kandang lembu mengikut spesifikasi yang dikehendaki Jabatan Veterinar Negeri.
Sebelum ini, pada 2008 tanah seluas hampir 116.5 hektar di Sungai Terap, Batu Gajah telah diwartakan sebagai padang ragut untuk ternakan lembu tenusu.
Salah seorang penternak, R Elangovan, 45, berkata, mereka kecewa padang ragut yang diusahakan hampir empat tahun itu akan berakhir tidak lama lagi apabila syarikat swasta yang mengambil alih kawasan mengemukakan tawaran untuk menjalankan aktiviti penternakan di situ.
Menurutnya, pada 2009, pihak Jabatan Veterinar telah membawa mereka dari kawasan Kinta untuk mengusahakan padang ragut tersebut dengan memberi jaminan mereka akan diberi hak milik selepas kawasan itu dibangunkan mengikut perincian yang ditetapkan.
“Kami turut menerima subsidi lembu untuk menternak lembu tenusu selain membangunkan kawasan itu dengan perbelanjaan sendiri mencecah hampir RM2 juta dengan ternakan 300 lembu tenusu.
“Ada antara penternak sanggup menggunakan wang KWSP, menjual rumah dan juga barangan berharga semata-mata untuk merealisasikan lokasi itu menjadi padang ragut,” katanya ketika sidang media di Pejabat Pas Medan Istana, semalam.
Bagaimanapun, baru-baru ini pihak syarikat ada menemui penternak untuk menandatangani perjanjian tawaran dan perlu membayar RM770 sekiranya masih mahu mengusahakan ternakan di kawasan itu, jika tidak ia akan dibuka kepada sesiapa yang berminat.
Katanya, dalam pertemuan itu juga, mereka dimaklumkan b tiada pemberimilikan akan diberikan sebaliknya hanya sewaan ditawarkan.
“Kami tidak kisah membayar sewa atau apa sahaja kepada kerajaan tetapi kami tidak mahu bayar kepada orang tengah.
"Jika kami tidak bekerja, pendapatan akan terjejas dan bagaimana hendak menanggung keluarga.
“Jika diikutkan tempoh tawaran itu telah berakhir, kini kami masih mengusahakan ternakan di kawasan itu tanpa diganggu sesiapa,” katanya.
Sementara itu, Penyelaras Ahli Parlimen Ipoh Barat, RK Muthu berkata, pihaknya simpati dengan penternak yang terlibat dan curiga kerana tanah seluas itu hanya dimiliki oleh sebuah syarikat yang tidak mempunyai latar belakang ternakan.
“Satu laporan polis juga akan dibuat selain memohon pihak SPRM untuk menyiasat isu ini,” katanya.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang turut bersama dalam sidang media itu berkata, Pakatan Rakyat berpendapat perkara itu tidak patut berlaku dan akan membawa isu ini ke sidang Dewan Undangan Negeri atau ke Parlimen.
“Usaha gigih ini tidak boleh terbiar begitu sahaja. Mereka perlu dibantu kerana tanah yang diusahakan selama ini tiba-tiba diberikan kepada orang lain,” katanya.
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
1 ulasan:
Tahniah! Satu lagi FITNAH pakatan. Seperti biasa umno/BN akan jadi mangsa dan dipersalahkan.
Catat Ulasan