Kira-kira jam 5.15 petang rombongan kempen Radzi Zainon hadir dengan
diiringi petugas PAS Batu gajah dan aktivis PAS Ara Payung ddi MTD New
Village Batu gajah.
Kehadiran rombongan ini disambut sekitar 30 penduduk kampung baru yang terdiri daripada kaum Cina dan India.
Dialog dan diskusi yang diadakan berjaya menarik perhatian kaum Cina
terhadap kesediaan Radzi untuk memimpin pelbagai kaum di DUN Sungai
Rapat.
Menurut Fauziah Ketua Jentera Pilihanraya Batu Gajah (Muslimat), terlalu
ketara sambutan kaum Cina dan India terhadap radzi berbanding terhadap
Datuk hamidah terutama di sekitar Ara Payung akhir-akhir ini.
Pengabaian
ratusan isu mustadhafin di Ara Payung dan perlakuan penyokong UMNO yang
masih menganut fahaman perkauman menyebabkan rakyat yang kini tidak
mahu hidup dalam komunalisme ingin cuba meninggalkan part-parti lapuk
yang membawa agenda perkauman chauvinisme penjajah.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sungai Rapat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan