Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 24 April 2013

Kak Midah nak jadi samseng ke?


IPOH: Timbalan Pengerusi PKR Perak, Dr Lee Boo Chye mendakwa Calon BN Dun Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman menyerang beliau semalam.

Kejadian itu berlaku di Bilik Gerakan PKR di Taman Tasek Permai, Batu Gajah yang dikatakan berpunca disebabkan rasa tidak puas hati penyokong BN terhadap PKR yang mendirikan bilik gerakan kira-kira 500 meter daripada Pejabat Pusat Khidmat Dun Sungai Rapat yang dijadikan bilik gerakan BN.

Katanya, beliau bergegas ke tempat tersebut selepas menerima panggilan dari petugas bahawa sekumpulan penyokong BN datang membuat gangguan di bilik gerakan PKR itu.

“Apabila Datuk Hamidah hadir, dan kami pun berunding tapi keadaan bertukar kecoh apabila Hamidah bertindak liar dengan merampas perakam video petugas PKR lalu mencampakannya.

“Tidak lama kemudian, Datuk Hamidah bertindak di luar jangka dengan mencekak kolar baju saya,” jelasnya pada sidang medianya di Pejabat PKR Gopeng, Taman Soon Choon Ipoh, hari ini.

Hadir sama ialah Naib Pengerusi PKR Perak, Chang Lih Kang, dan Yang Dipertua PAS Gopeng,  Abdul Rahim Ariff.

Dr Lee yang juga Calon PKR parlimen Gopeng berkata, beliau rasa sangat terkejut dengan tindakan Hamidah yang disifatnya satu perkara diluar jangkaannya.


Satu laporan polis juga telah dibuat berhubung kejadian itu.

Sehubungan itu beliau menggesa Hamidah memohon maaf kepadanya secara terbuka atas kejadian tersebut dan berharap pihak polis yang turut berada di tempat kejadian dapat menjalankan siasatan secepat mungkin.

Dalam perkembangan berkaitan, calon PAS Dun Sungai Rapat, Ustaz Radzi Zainon melahirkan rasa kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh calon Umno itu.

Katanya, Hamidah tidak sewajarnya berbuat demikian kerana beliau adalah bekas Exco kanan Kerajaan Negeri Perak ditambah lagi beliau adalah seorang wanita.

“Sepatutnya kita dapat berbincang bagi menyelesaikan masalah ini, bukan dengan tindakan yang tidak sewajarnya ini.

“Salahkah kami untuk mendirikan bilik gerakan di premis persendirian, kami adalah parti berdaftar yang akan bertading pada pilihanraya ini,” jelas Timbalan Yang Dipertua PAS Gopeng itu.

2 ulasan:

Awee Poyo berkata...

Kak Midah nak buktikan bahawa UMNGOK/BN saja yang berkuasa sampai bila-bila walaupun Parlimen dah dibubarkan. Beliau lupa bahawa tampok pemerintahan pada masa berlakunya kejadian terhadap pemimpin PEMBANGKANG pada ketika itu, beliau adalah orang biasa-biasa dan sama dengan PARTI lain yang bertanding dalam PRU13. Kalau itu lah kelakuan seorang WANITA yang barangkali bergelar IBU atau Isteri, alangkah malunya nak mengaku dia sebagai IBU atau Isteri...... Barangkali juga beliau Jan kot sebab tu perangai mengalahkan haiwan. Menyeru kepada semua rakyat terutama orang IPOH maka tolak lah UMNGOK/BN dan jadikan lah PAKATAN tampok baru pemerintahan selepas PRU13 nanti. Ini kali lah, Insyaallah...... Takbir! 3x.

Tanpa Nama berkata...

haha 500 meter lah sangat . Esok panggil pengukur tanah suruh kira betul ke 500 meter ? dah sah Pas PENIPU ! PEMBOHONG ! x percaya pergi panggil pengukur tu sendiri .