14 April 2013- DUN Sungai Rapat
Konvoi Tawan DUN Sungai Rapat disertai puluhan motor dan beberapa biji
kereta cukup meriah hari ini. Himpunan bikers motosikal berkuasa rendah
dan berkuasa tinggi bermula jam 8.00 pagi dan selesai pada jam 2.00
petang di Ara Payung dengan agenda santapan tengahari.
Bendera besar dan kecil diedarkan. Para peserta disediakan sarapan pagi di hadapan Pejabat PAS Gopeng Taman Soon Choon.
Menarik, tiada saguhati atau wang disediakan tetapi keikhlasan peserta
ketara sanggup berpanas dan mengeluar duit minyak sendiri.
Jika UMNO bukan sekadar duit poket dan duit minyak, minyak hitam moto
juga ditukar untuk mengumpan anak muda yang tiada fahaman politik untuk
menjulang bendera dacing. Perkara ini jelas diketahui umum tetapi BN
adalah parti tiada rasa malu dan bermuka tembok terus menganjurkan
konvoi berbayar.
Semasa lawatan Radzi Zainon ke Pasar Batu Gajah, sambutan cukup hangat,
malah rakyat yang selama ini hanya mendiam diri mengaku akan mengundi
PAS. Batu Gajah hanya kubu topeng UMNO. Hakikatnya rakyat mulai membuat
tekad untuk berubah.
Pemimpin UMNO pasti 'mati keras' melihat keputusan undi kali ini. Hal
ini dinyatakan oleh beberapa peniaga pasar Batu gajah sambil meminta
namamereka dirahsiakan.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sungai Rapat
1 ulasan:
Calon bebas yang tak tercalon oleh BN? Lihat sini
Catat Ulasan