Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 26 Februari 2013

Rezeki keluargaku di tangan Allah, bukannya kamu wahai Kak Midah!





Semalam Adun Sungai Rapat kesayanganku, Kak Midah yang dah nak habis perkhidmatannya datang ke kedai aku bersama gerombolan-gerombolannya terdiri daripada beberapa ketua kampung dan ketua cawangan.

Aku respon twitternya minggu lepas, dia kata boleh ke nak tanya kedai mak aku, aku kata datang la.. Yelah, xkan aku kata jangan datang.. Xde masalah..

Pagi semalam dia twitt lagi kt aku dan dia kata nk datang kedai. Aku cakap kt dia mintak maaf la sebab aku x dapat bersama kerana ada program di KL.


Dalam blog Kak Midah tu dia kata kalau xde Umno, Kedai Mara tu yang bagi rezeki keluarga aku x wujud.. Memang hebat depa ni..

Keluarga aku yakin, segala rezeki hanya diberikan oleh Allah, bukannya daripada kedai Mara, dan jauh sekali daripada Umno!

Hebatlah Umno kerana mengatakan Mara yang memberi rezeki, bukannya Allah!

Yang bayar sewa bulan-bulan tu bukan duit midah. Duit mak bapak aku... tu kome perlu tahu.

Dah memang tugas kerajaan untuk menyediakan prasarana kepada rakyat menggunakan dana duit rakyat. Bukan duit Midah. Kalau xnk sediakan jangan jadi kerajaan!

Yang paling aku x tahan, dalam blog tu kata Hamidah sudi bergambar dengan keluarga aku, padahal dia yang terhegeh-hegeh nak bergambo.. Kalau ikut logik, xhingin aih bergambo dengan dia.. hihi..

Terima kasih Kak Midah atas kunjungan. Harap politik matang dan terbuka ni dapat diteruskan. Sudah-sudahlah dengan politik dan gangguan ala samseng kebudak budakan.

Bergambo dengan adik aku.. Kak Midah teringin beno.. biokan.. Layan le warga emas.. hehe...


26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

midah dah meroyan tahap 10.

Tanpa Nama berkata...

Bior kan lah...
Itu adalah gambor2 terakhir beliau semasa jad YB ni.
Kang, kempunan pulok Kak Midah tu....

Tanpa Nama berkata...

Ingat ker hebat sangat berniaga tapi menumpang di bangunan mara juga

Tanpa Nama berkata...

Orang bukan kata rezeki ditangan UMNO bodoh, tulah bekerja dengan Harakah bodoh tak boleh diajar langsung, orang kata keluarga ko benci kerajaan tapi masih memerlukan pertolongan kerajaan untuk hidup. kalau handal sangat berniagalah atas bangunan sendiri mcm orang lain

Tanpa Nama berkata...

Angkuh dan jahil merupakan ciri-ciri tetap yang terdapat kepada pecacai PAS. Mereka ini kurang mengaji agama. Kalau mengaji pun, setakat mengaji alif, ba ,ta, kemudian lari ponteng di belakang kelas untuk menghisap rokok atau melepak kat mana-mana. Bila dah tua sikit, barulah nak belajar mengenal agama.

Malangnya, tersalah pilih. Ingat bila dah cekup kepala dengan kepiah putih, dah cukup beragamalah tuh!

Rezeki di tangan Allah!

Kalau nak diperdebatkan bab MUTASYABIHAH nih, sampai pagi lusa pun takkan habis...

Kita beralih ke perkara rezeki...

Dalam Islam, agama yang Allah Taala anugerahkan dan merupakan rahmat buat umat manusia, diajarkan bahawa setiap perkara mempunyai ASBAB dan MUSABAB. Tidak akan berlaku sesuatu perkara itu mengikut konsep TONGKAT SAKTI HARRY PORTER.

Dek kerana itulah, Allah Taala mengajarkan kita agar tidak mendurhaka kepada ibu bapa walaupun Nabi Adam a.s diciptakan tanpa ibu dan tanpa bapa. Kalau ikut konsep dan kepercayaan pecacai PAS bahawa REZEKI DI TANGAN ALLAH, maka tidak perlulah kita kepada ibu bapa kerana kita semua adalah ciptaan Allah Taala. Bahkan di dalam diri manusia ADA RAHSIA ALLAH TAALA yang akhirnya menyebabkan Iblis laknatullah menerima laknat buat selama-lamanya.

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tirmizi yang dikelaskan sebagai hasan sahih yang bermaksud:

"Barangsiapa yang tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak bersyukur kepada Allah."

Bongkak benarlah dalam kes seorang pecacai PAS cuba menolak ASBAB kepada rezeki yang dialirkan Allah Taala menerusi GERAI MARA kepada keluarganya dan kemudahan yang diperolehi oleh ahli-ahli keluarganya untuk mendapatkan rezeki.

Berkata al-Khattabi : “Hadis ini boleh dita’wil dalam dua bentuk. Pertamanya, sesiapa yang mana kebiasaannya mengkufuri nikmat (yang dia peroleh-pent) dari manusia, dan meninggalkan bersyukur (berterima kasih) atas kebaikan mereka, adalah kebiasaannya dia juga akan mengkufuri nikmat Allah dan meninggalkan bersyukur kepada-Nya”

Dan apa yang lebih utama disini adalah barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia bermakna dia tidak bersyukur kepada Allah dan sekaligus dia tidak memenuhi tuntutan agar bersyukur seperti yang telah disebutkan, dia juga tidak akan mendapat kelebihan orang yang bersyukur kepada Allah.

Diriwayatkan daripada sahabat Usamah bin Zaid bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا فَقَدْ أَبْلَغَ فِي الثَّنَاءِ

Yang bermaksud : “Barangsiapa yang dibuatkan (diberikan) kepadanya kebaikan, maka katakan kepada orang yang berbuat baik itu “Jazakallahu khaira” semoga Allah membalas kapadamu dengan kebaikan. Sesungguhnya hal tersebut telah bersungguh-sungguh dalam berterima kasih” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Dalam riwayat Imam at-Tabrani pula sabda Nabi s.a.w :
إذا قال الرجل لأخيه جزاك الله خيرا فقد أبلغ في الثناء

Yang bermaksud : “Apabila berkata seorang lelaki kepada saudaranya “jazakallahu khaira” maka sesungguhnya dia telah bersungguh-sungguh dalam berterima kasih (memberi penghargaan)”
Konon-kononnya nak sangat tunjuk hebat dan konon-kononnya tak mahu sekutukan Allah Taala dengan manusia sehingga tidak perlu berterima kasih dan bersyukur dengan nikmat Allah Taala yang diberikan menerusi ASBAB dan MUSABAB sehingga akhirnya menampakkan diri sebagai bukan sahaja ANGKUH bahkan TERLALU JAHIL MURAKKAB.

Tanpa Nama berkata...

Angkuh dan sombong sungguh penyokong Pas ni ya. Ini belum berkuasa, kalo berkuasa entah macam mana lagi lagak dan bongkak mereka.

Macam kat Terengganu, satu penggal dah kena humban. Mereka ini tak pernah belajar dari kesilapan.


Bila kita berniaga, apa salahnya merendah diri dan bersyukur kepada pelanggan tak kira siapa dan apa motif mereka. Ini tidak, bersangka buruk jadi makanan dan hidangan orang2 Pas.

Tanpa Nama berkata...

kalau tak da omno gerai lain akan ujud pihak lain yang akan buat apalah besar nya omno tu dah sampai masa untuk ditukar pada pru 13
dibumi Allah nak jadi pemerintah hukum Allah selalu bantah apa nak jadi

Tanpa Nama berkata...

Ostaz ubn ceramah la bab rezki. I help u u help me. I bribe ops br1m u u vote me..okey..are u ready gangnam stye ostad...

Tanpa Nama berkata...

Opp gangnam stye...

ore kota bharu berkata...

Ingat qada dan qadar .. jangan lupa ..
Takut serupa hok lepas... dok baring ramai atas jalanraya..

Tanpa Nama berkata...

Tambah pendapatan sambil layari internet. Modal Hanya Rm20 dan anda diberi sisyem promosi automamatik 100% Dapatkan segera disini sekadar berkongsi peluang.

Tanpa Nama berkata...

nak tny pd anon 5:03,mike ada berterima kasih pd pihak Inggeris ke?Sebelum merdeka Inggeris ada jg membuat pembangunan sprt sekolah dn hospital utk rakyat.Kebanyakan pembangunan di Batu Gajah di buat sblum merdeka sprt Sekolah Sultan Yusuf,Kompleks Mahkamah BG dn jg Hospital BG.Dh bersyukur kpd pihak Inggeris ke?Knp pula menuntut kemerdekaan dn menghalau mereka keluar dr negara ini?Krn mereka mengguna kn syarikat2 sprt Kinta Kellas,MTD,SMTD,Pengkalen Limited,Osborne & Chappel dll utk mengaut hasil bumi negara ini dn di bawa ke England.Knp mereka yg mengaut kekayaan negara padahal ia ada lh hak rakyat negara ini?Perkara yg sama masih berlaku di negara kita cuma kali ini bkn oleh Inggeris tp oleh mereka yg memegang tampuk pemerintahan negara dr kalangan org2 kita sndri.Apa tk nampak ke semua itu.Kedudukan mereka dlm politik di guna kn utk mengkaya kn diri,keluarga dn kawan2 tk kn kita nk tengok shj.Jgn lh guna kn NAS dn DALIL utk mempertahan kn benda yg tk betul.

Tanpa Nama berkata...

alahai yb midah tak perasan ke!?,teruna yang bergambor ngan dia pakai t-shirt listen,listen,listen.yb ooii!!bebanyaklah listen suara rakyat kamu tu.buat sekarang ni,listen,listen ngan jawapan no,no,no tu dah sampai kemelaka.yb dah ready ke!?.

Tanpa Nama berkata...

ARE YOU READY..........NO MIDAH BODOH...

adjiemassaid berkata...

Kebodohan puak gerombolan ni dah sampai tshap gaban, hingga tak bolih nak bezakan apa itu kerajaan dan apa itu parti.
Bila dah dipilih jadi kerajaan tu kenalah berkhidmat untuk rakyat, bukan hanya untuk ahli parti.
Susah nak ajar ahli2 Umno ngok ni.

hadi berkata...

Inilah kata org kaki putar belit.. guna hadis untuk menafikan pada hakikat sebenarnya memang dan semestinya REZKI itu dari Allah.. bukankah lahirnya anak adam telah ditentukan padanya jodoh pertemuannya, REZKINYA, ajal mautnya??? asbab musabab itu hanyalah cara gaya Allah melaksanakan hukum hakamnya mentadbir alam ini... dengan kata lain dinamakan SUNNATULLAH... ITULAH tauhid namanya... kalau lojik yang kamu gunakan berterima kasih kepada manusia itu bermakna sama dengan bersyukur kepada Allah, maka yang TERLEBIH AFDAL sepatutnya berterima kasih ialah kepada junjungan Nabi s.a.w. iaitu dengan mengikut dan melaksanakan sunnahnya... Apakah puak-puak umporno bersungguh-sungguh melaksanakan itu semua??? Takkan kerana dapat BR1M, PR1MA, dan lain-lain 1M lagi hingga kita lupa ajaran Rasul supaya hukum hakamnya dipatuhi... Ini macam santa claus.. tiba-tiba jadi baik .. semua demi rakyat.. bagi duit, bagi subsidi dll... ada lebih baik puak-puak demo turunkan harga barang yang semakin membebankan rakyat supaya rakyat dapat hidup selesa...RM500 apa sangat orang yang macam aku ni kalau setiap bulan harga barangan keperluan harian naik melambung...tak boleh pulak sentuh yang itu kerana yang berniaga kebanyakannya kroni...oleh itu kalau puak-puak umporno tak mau berterima kasih kepada Allah dengan mengikut segala Perintah-Nya dan meninggalkan semua larangan-Nya, carilah dunia lain untuk kamu hidup dan carilah TUHAN lain untuk kamu dapatkan rezki darinya....

Tanpa Nama berkata...

Mana satu gaun designer yang paling sesuai dengan gincu merah?

Tanpa Nama berkata...

Korang tak tahu ke..orang UMNO di Penang, Kelantan, Selangor dan Kedah semuanya bersyukur kepada kerajaan yang memerintah. ASBABnya kerajaan itu yang dipilih oleh rakyat yang menjadi MUSABAB untuk mereka menjalankan amanah menjaga kepentingan rakyat...sedikit ulasan dari ustaz Asbab Musabab (muka sembap)

Tanpa Nama berkata...

Apa kata ko pindah jer dr kedai skrg (kedai MARA) ko cari kedai lain. Rezeki Allah yg bagi jgn lah jd pengecut. Ko ingat adek ko tu handsome ker? YB Hamidah tu org yg tau adat bukan mcm pork nick ko tu!!!

mohd berkata...

Tara jalan hukum Allah kalu... Tuhan lain carilah.. jangan hidup ini dunialah kerana ini dunia Allah punyalah......bukan kerajaan Be End punya.. itu wang kasi punya pun bukan najib punyalah...bukan UMNO punyalah... itu memang rakyak punya jugaklahhh....

Tanpa Nama berkata...

Ooo..ini yang orang PAS duk cerita sampai ke Melaka ni. Gua baru jumpa dan baca.

Kalau gua, gua dah pindah kedai dah ni..bikin malu sama pembangkang..

Lu blogger kutuk BN / UMNO tapi family lu sendiri dgn lu gi layan Kak Midah ni ape pasal?? ni kes blogger bodoh macam lu ni la sbb pembangkang jadi makin bodoh.

Lu tutup jer la lu punya blog ni.
bikin panas cybertropper / blogger PR. adios!

Sudin berkata...

Tanpa Nama 26 Februari 2013 5:36 PG...mike faham ke apa yang mike tulis tu......???

Nafi isbat tu apa...?
Beza Kerajaan dan parti politik tu apa...?
Jangan ingat diri hebat dengan menjadi burung kakak tua....!!!
Udah pandai sangat menafsir...???

Sudin berkata...

Tanpa Nama 26 Februari 2013 8:56 PTG...batang kayu buruk pun semut nak meniti....???
Lu nak jadi semut tu....???

Sudin berkata...

Tanpa Nama 26 Februari 2013 5:03 PG...mike faham ke apa yang mike tulis tu......???

Nafi isbat tu apa...?
Beza Kerajaan dan parti politik tu apa...?
Jangan ingat diri hebat dengan menjadi burung kakak tua....!!!
Udah pandai sangat menafsir...???
Tuhan subuh mike dah jadi burung kakak tua ke....???
Pelita hati di mana...???
Udah kamu beriman...???
Jawab soalan di atas....teman tunggu.....!

Tanpa Nama berkata...

Kenapalah puak sokong Pas tak tahu..Hudud yang Nik Ahjis antar pd Mahathir dulu tu mmg byk salah nye.

ada ke umur aqil baligh lelaki 18 tahun!!

Suami boleh meliwat isteri masa haid!!

Meme la Mahathir masa tu tolak Hudud Pas. tp Nik Ahjis cakap " Mahathir tolak Hudud!! " kan dah menipu tu namanya.

Sebenarnye ada 17 kesalahan dalam Hudud tu. Saya dah baca.memalukan..

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa bukan soal bayar sewa sangat, biasa la sewa dibayar kerana menggunakan premis itu, kalau dah perangai macam iblis ni baik keluar daripada bangunan tu dan pi meniaga tempat lain,perangai hidu-hidu salak ni tak habis-habis..