Oleh: MSK
Pada 21 May lalu, Mediaperak menyiarkan kisah bagaimana Umno Perak menyapu tanah kubur. Satu masa dulu, Umno Pulau Pinang bising tentang tanah kubur yang “hilang” di Pulau Pinang tapi bila Kerajaan Pulau Pinang membeli tanah bernilai RM20 juta untuk dijadikan tanah perkuburan orang Islam, Umno tak kata apa.
Di Perak, penemuan warta kerajaan negeri tentang bagaimana Umno memansuhkan pewartaan tanah kubur berlaku secara tak sengaja apabila salah seorang warga Mediaperak membuat carian tentang jumlah hutan simpan yang telah dimansuhkan oleh Umno sejak Zambry memerintah.
Dalam artikel “Tanah kubur pun Umno sapu” itu, kami sendiri tidak tahu dimana lokasi tanah tersebut dan mengapa pewartaan sebagai tanah perkuburan orang Islam itu ditarik balik.
Semalam, salah seorang pembaca Mediaperak telah menghubungi kami untuk menunjukkan lokasi tanah perkuburan tersebut dan apakah yang telah berlaku.
Tanah perkuburan yang dimaksudkan terletak di Mukim Sungai Terap dalam daerah Kinta. Dengan lebih tepat, ia terletak di Batu Gajah.
Tanah perkuburan seluas 25.69 hektar (63 ekar) ini dikenali sebagai Tanah Perkuburan Islam, Kampong Ara Payong, Batu Gajah. Pengistiharan sebagai Tanah Perkuburan Orang Islam telah diwartakan pada 12 Februari 1998.
Mengapakah pewartaan tanah kubur ini ditarik balik? Ini yang menjadi tanda tanya dan yang paling mengejutkan, tidak ramai yang tahu tentang hal ini…termasuklah penduduk sekitar.
Kes ini hampir sama dengan banyak lagi kes menyapu tanah yang dilakukan oleh Umno. Modus operandinya sama dimana-mana. Kerajaan yang dikatakan membela orang Melayu ini merampas tanah milik orang Melayu dan memberikannya kepada cukong-cukong MCA. Ini yang berlaku di Kg. Redang Sawa dan banyak tempat lagi.
Sebelum kita menuduh atau mendakwa, tengok dulu lokasi tanah perkuburan tersebut. Dalam peta jalan diatas, mungkin tidak banyak yang boleh kita nampak. Cuba lihat peta dibawah ini pula.
Tanah perkuburan seluas 60 ekar ini terletak dikawasan prime area. Hanya sekitar 2-3 km dari lebuhraya Ipoh-Lumut dan betul-betul diatas bukit di belakang satu projek baru yang dikenali sebagai Batu Gajah Sentral. (BG Sentral). Jalan masuk ketanah perkuburan ini boleh diakses melalui Taman Mewah dan juga disebelah Sek. Keb Sultan Yususf.
Kedudukannya diatas bukit dan betul-betul dibelakang BG Sentral menjadikanya ia satu kawasan yang cukup menarik untuk dijadikan kawasan perumahan. Tambahan pula, BG Sentral akan menjadi pusat bandar Batu Gajah yang baru di mana sebuah stesyen bas akan dibina.
Sekali pandang, tidak ada yang istimewa tentang isu ini. Mungkin ia hanyalah satu kes biasa demi pembangunan…tapi apabila melihat kepada papantanda projek dibawah ini menimbulkan banyak tandatanya.
Apa istimewanya Keris Properties?
Tanah Perkuburan Islam Kg. Ara Payong ini diuruskan oleh Qariah Masjid Sungai Terap. Sungai Terap terletak didalam DUN Sungai Rapat dimana ADUN nya ialah Hamidah Osman. Keris Properties merupakan sebuah syarikat yang dimiliki oleh bekas ADUN Tronoh dari MCA, Datuk Lee Kon Yin.
Seperti yang selalu diperkatakan…Dibelakang seorang ahli politik Umno, terdapat seorang cukong MCA. Pemimpin Umno akan mencari kekayaan dengan menggunakan cukong MCA dan disokong oleh orang-orang Melayu yang bangang.
Datuk Lee Kon Yin sudah banyak kali mendapat tanah-tanah kerajaan dengan harga yang murah. Pada tahun 2001, Lee Kon Yin melalui syarikat Panglima Bangsa Sdn Bhd telah memperolehi sebidang tanah di Pusing, Batu Gajah, dengan harga yang cukup murah.
Lee Kon Yin pada masa itu merupakan ADUN Tronoh dan juga Pengarah Syarikat Panglima Bangsa Sdn Bhd. Syarikat tersebut telah mendapat satu kawasan tanah kerajaan seluas 2.3 ekar untuk dimajukan. Tanah yang seluas 2.3 ekar tersebut, sebelum ini merupakan tanah kerajaan yang terdiri daripada dua keping tanah.
Satunya, adalah bekas kuarters JKR yang didiami oleh bekas penyewa daripada JKR dan dua orang warga tua yang tidak berkemampuan. Kuarters tersebut telah dirobohkan dan penghuninya disuruh meninggalkan tempat tersebut dengan bayaran kos “perpindahan” di antara RM1,000 – RM2,000 sahaja pada bulan Disember tahun 2010.Tanah tersebut kemudiannya dipecahkan menjadi 29 lot.
Syarikat Panglima Bangsa Sdn Bhd hanya perlu membayar premium tanah yang rendah, iaitu, lebih kurang RM 226,000 untuk kesemua 29 lot tanah komersial. Jika dibandingkan dengan penduduk yang menetap di Kampung Baru Bukit Merah, Lahat, ketika permohonan tanah mereka diluluskan, mereka dikenakan RM40,000 premium tanah bagi tanah kediaman di kampung, adalah lebih tinggi daripada yang kena dibayar secara purata oleh Syarikat Panglima Bangsa ke atas setiap lot tanah komersial di Pusing ini.
Apa kaitan Hamidah Osman dengan Lee Kon Yin? Tunggu dulu. Pejabat Agama Islam Batu Gajah dan Pejabat Tanah dan Galian sedang sibuk bermesyuarat sekarang tentang tanah perkuburan ini.
Tunggu selepas mereka selesai bermesyuarat.
1 ulasan:
Siap kau Midah. Kamu kena kebumi di sana.
Catat Ulasan