Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 20 Julai 2011

Terkencinglah hang Najib oii!!

Peguam hak asasi manusia Perancis, William Bourdon (gambar), dijangka menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam esok di Pulau Pinang.

Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu di sebuah hotel malam esok di Pulau Pinang.

Keesokan harinya pula, Jumaat mulai jam 8 malam, beliau dengan disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, akan berucap di majlis kutipan dana untuk membiayai kes ini di Dewan Sivik MPPJ, Petaling Jaya.

Hari Sabtu pula, Bourdon akan ke Ipoh dan akan berucap di satu majlis forum di sebuah tokong Cina di sana.

Bourdon dijangka akan mendedahkan maklumat terkini perkembangan siasatan mahkamah Perancis terhadap pembelian Scorpene itu.

Kedua-dua kapal kapal selam ini yang melibatkan wang rakyat sebanyak RM7.3 bilion dinamakan KD Tuanku Abdul Rahman dan KD Tun Razak. Kedua-duanya mempunyai masalah tersendiri termasuk tidak boleh menyelam di lautan tropika.

Pada 23 Disember 2009, Suaram melalui rangkaian mereka di Perancis telah melantik sekumpulan peguam hak asasi manusia di sana untuk memfailkan aduan kepada sistem keadilan Perancis dengan harapan satu siasatan awal dibuat mengenai pembelian Scorpene ini.

Langkah ini dibuat untuk membolehkan mereka menyiasat bukan sahaja kematian wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu yang dibunuh dengan kejam di Puncak Alam tetapi juga amalan rasuah yang berlaku dan peranannya dalam pembelian kapal selam itu sehingga membawa kepada pembunuhannya.

Altantuya mati dibunuh dengan kejam mengguna peledak C4 oleh dua pegawai polis pengiring yang bertugas dengan Datuk Seri Najib. Razak juga didakwa tetapi terlepas.

Pada bulan April 2010, peguam yang mewakili Suaram memaklumkan, mahkamah Perancis telah menerima permohonan penyiasatan aduan rasuah yang melibatkan pembayaran sebanyak Euro114 juta (USD151.1 juta) yang dibayar oleh syarikat Perancis, DCNS kepada Perimekar, syarikat yang dimiliki rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda.

Peguam Perancis berkenaan telah datang ke Malaysia April lepas untuk mengumpulkan bukti.

Perimekar adalah syarikat Malaysia yang dipercayai dibuka pada tahun 2001, iaitu sebelum kontrak pembelian kapal selam itu ditandatangani. Ia dibuka hanya untuk menerima komisyen dari Malaysia dan juga Perancis.

Isteri kepada Abdul Razak Baginda, Mazlinda, adalah antara yang tersenarai sebagai pengarah syarikat yang dimiliki kawan baik Perdana Menteri ini.

Baru-baru ini, menurut pasukan peguam Perancis ini, wang dari dalam akaun Perimekar telah dipindah ke akaun lain yang tidak diketahui ke mana lagi sehingga kini.

Malam esok, Bourdon dijangka akan memaklumkan kepada rakyat Malaysia apakah status kes ini sekarang.

Menurut sumber Suaram ketika dihubungi Harakahdaily, kes ini dijangka akan dibawa ke mahkamah terbuka Perancis seawalnya bulan Ogos tahun ini.

"Ia bergantung kepada majlis kutipan dana untuk membiaya kes ini beberapa malam ini," kata pegawai Suaram ketika dihubungi.

Mohamad Sabu dijadualkan akan turut berucap di Pulau Pinang malam esok tetapi oleh kerana lutut beliau yang dibedah masih belum sembuh sepenuhnya, dia hanya akan menyetai majlis Jumaat ini di Dewan Sivik MPPJ.

Lutut Mohamad cedera apabila motosikal yang dinaikinya dirempuh oleh sebuah land rover polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu di ibunegara. Rempuhan ini menyebabkan beliau jatuh dan lututnya cedera.

Beliau menjalani pembedahan ke atas ligamen lututnya yang koyak semasa insiden itu dan mendapatkan rawatan di Hospital Pakar di Shah Alam.

“Saya keluar hospital semalam. Doktor telah menanam 2 1/2 skru disebabkan ligamen saya yang terkoyak. Saya masih sakit dan tidak boleh berjalan….tapi keadaan saya beransur pulih,” kata Mohamad.

Di samping Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua juga akan berucap di samping kartunis Zunar akan membuat lakaran kartun secara langsung malam itu.

"Semua kutipan dari jualan meja dan lelongan kartun ini adalah untuk membiayai kes ini," kata wakil Suaram itu. -HD

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Najib ka Anuar yang akan terkencing nanti ha ha, bodoh punya orang, anuar yang terang-terang ada kes hampa buat pejam mata, tapi najib yang tiada kes hampa cuba buat fitnah, buat apa panggil peguam perancis tu, hampa dah tak ada peguam ke yang nak dakwa najib. mengaku islam konon tapi hati busuk macam bangkai...sanggup menghina ketua kaum sendiri yang seagama tapi menjulang kapir untuk menjadi ketua, bodoh punya orang..

Tanpa Nama berkata...

Najib lah terkencing...bodoh betul pencacai UMNOPORNO ni. Bodoh tahap bodoh sombong!

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata..7:27,Haiyaa..lu ni bodo ka gila ka..gua rasa elok lu gua kasi anta bunga maa..pergi mati laa,baru bunga gua anta sama luu..cakap bodo srupa talak skola punye olang..ini macam punya olang haa..dia makan sambil BERAK maa....hahaha

Tanpa Nama berkata...

TERKENCING AMENDE

TATAK HELAN LA ITU KECIK PUNYA KES

NUAR PUNYA KES LAGI BESAR TIBAI PUNGGONG LO

HAHAHAHA

Tanpa Nama berkata...

Ia bergantung kepada majlis kutipan dana untuk membiaya kes ini beberapa malam ini," kata pegawai Suaram ketika dihubungi.

FUH... KUTIP DERMA LAGI. TAK PA. PECACAI HAMPAS DAN PKR DAN DAP BOLEH BELI MANYAK MEJA WOOO..

Namapun pembangkang, tentu nak spin macam-macam untuk burukkan kerajaan. Satu Malaya dah tau woo..
Peguam ni walaupun tak laku di sana tetapi diusung sana sini di Malaysia kerana dia akan bekerja untuk pembangkang.

Tanpa Nama berkata...

Sepandai2 tupai melompat...akhirnya Najib ke tanah jua....Hukum Karma.....

Tanpa Nama berkata...

jeng!jeng!jeng! kat malaysia bole la tutup jeng!jeng!jeng! tungguuuu...peguam sudah mari semuanya akan terbonggeng..