Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 3 Julai 2011

Batu Gajah: Seorang penjual Baju Bersih ditahan!


pejuang sejati!!!


Peguam Pemuda PAS, Sdr Zamri diberi tugas oleh PAS untuk mengelola kes ini


Penyokong PAS hadir ke balai polis memberi semangat.

Batu Gajah: Seorang penjual akhbar Harakah telah ditahan di Ibu Pejabat Polis tengah hari tadi. Beliau di tahan di sebuah gerai menjual Harakah di Pasar Besar Batu Gajah. Beliau yang dikenali sebagai Salleh telah ditahan kerana menjual baju kuning BERSIH 2.0 .

Gerainya digelodah oleh pihak polis kira-kiran pukul 1.00 tengah hari dan polis merampas 13 helai baju BERSIH .20 . Motosikal miliknya juga turut dirampas.

Pimpinan PAS Batu Gajah yang diketuai oleh YDP Pas Batu Gajah, Sdr Ismail Ariffin telah bergegas ke tempat kejadian. Turut Hadir Ketua Penerangan PAS Perak yang juga Timbalan YDP Batu Gajah Ustaz Nuri Al-Amin dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat.

PAS telah menghantar seorang peguam untuk mengelola kes tersebut. Beliau masih ditahan di balai polis. Kes tersebut akan dibicara di Mahkamah Majistret Batu Gajah 9.00 Esok.

Semua dijemput hadir ke Mahkamah Majistret Batu Gajah esok untuk memberi semangat kepada Sdr Salleh.

5 ulasan:

pasulukinta berkata...

semua yang hadir ke mahkamah, pakat pakai baju BERSIH, amacam

Tanpa Nama berkata...

Kalau berani pakaila kot-kot Ambiga datang jamin, Bodoh otak macam kepala lutut

otai berkata...

kepada tanpa nama....awat nama x ada ka?????hang anak sapa....setahu saya semua orang ada nama...kalau x ada nama tu anak %$$!*...ya kot...

S.U UMNO berkata...

Tanpa nama..hang nk tau..org bodoh lg siol ja yg melarang orang memakai baju kuning.Kalau buta perlembagaan,jahil perundangan jgn buat komen bodoh.Mereka yg kluar arahan tu yg otaknya mcm kepala lutut.

Tanpa Nama berkata...

umbn tak da telor tak ikut perlembagaan undang2 tertinggi. akta2 dibawah perlembagaan. perlembagaan yg tertingi itu sbb dlm rukun negara ada disebut perlembagaan