Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 17 Julai 2011

Pemuda merencana pelbagai program







Dewan Pemuda PAS Batu Gajah merencana pelbagai program untuk mendekati golongan masyarakat khususnya gologan muda. Ketuanya Ustaz Abdullah Adam berkata,” Dewan Pemuda haruslah perlu bergerak lebih aktif lagi dalam gerakan dakwah ini untuk memastikan seruan Islam sampai ke segenap lapisan masyarakat.



Aktiviti-aktiviti yang berkesan serta boleh menarik minat golongan muda perlu diadakan dengan lebih kerap supaya mereka mendekati PAS. Baru-Baru ini, Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Gajah telah mengadakan perlawanan futsal persahabatan dengan anak muda Batu Gajah. Dewan Pemuda telah diwakili oleh ahli jawatankuasa dan turut disertai oleh Ketua Penerangan PAS Perak Ustaz Nuri Al-Amin dan Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Gajah Haji Ismail Ariffin.



Ustaz Abdullah Adam berkata “ golongan muda masa kini mudah didekati melalui aktiviti sukan seperti mengadakan pertandingan dan perlawanan persabatan.” “Pada masa yang sama, strategi dakwah mudah digerakkan dan lebih berkesan.” Ujarnya lagi.

Tiada ulasan: