Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 2 Ogos 2010

Pas terus misi bantu golongan susah


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiquzY4tXbQkxei420n-HV1FQa7gKmpFg6-q4NY3XyjeeDkEmJ7p2zM2FSc7pvTeLVok4-QmqpOu1NEH81C9eTdavP3CrKn_K9gpFlOHqUDAYmwdur11T4Nn4KuJ9cBOAcE8XtEmx6njiU/s1600/DSC_7332.JPG
BATU GAJAH – Sempena menyambut kehadiran bulan Ramadhan yang bakal menjelma, golongan fakir miskin terus mendapat perhatian dari Pakatan Rakyat (PR) melalui Pas di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat.

Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Gopeng, Ir Radzi Zainon berkata, bantuan barangan keperluan yang diberikan adalah salah satu daripada aktiviti kemasyarakatan Pas.

Menurutnya, walaupun PR tidak mentadbir kerajaan negeri dan mempunyai dana yang terhad namun keperitan hidup rakyat peringkat akar umbi terus diberi perhatian sewajarnya.

“Diharap sumbangan yang dihulurkan dapat menggembirakan mereka dan sebagai pemimpin masyarakat, kami merasa terpanggil menghulurkan bantuan.

“Golongan ini tidak boleh dipinggirkan malah perlu diberi lebih prihatin agar mereka tidak merasa terabai,” katanya kepada Sinar Harian selepas menyampaikan bantuan kepada ibu tunggal dan warga emas di Kampung Ara Payung, semalam.

Radzi berkata, program itu juga adalah salah satu daripada program ziarah di mana pihaknya dapat berjumpa dan beramah mesra dengan penduduk.

“Kita galakkan ahli pergi ke semua peringkat supaya masyarakat akan lebih dekat dengan PR dan dapat meyakinkan mereka apa yang diperjuangkan oleh PR itu sendiri.

“Walaupun PR tidak lagi mentadbir kerajaan negeri namun usaha kebajikan akan diteruskan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedih kerana masih ada rakyat yang hidup seolah-olah tidak mendapat pembelaan.

“Kita tidak perlu pergi jauh ke pedalaman kerana di tempat kami ini masih ramai keluarga miskin dan perlu dibantu," katanya.

Katanya, mungkin nasib mereka itu terlepas pandang oleh pihak berkenaan namun golongan terbabit perlu diambil berat dan dibela.

“Kami hadir membawa barangan keperluan harian namun, ramai di antaranya yang menyuarakan pelbagai masalah,” katanya.

Tiada ulasan: