Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 24 Ogos 2010

PAS minta pemimpin Pakatan hentikan debat hudud

Ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad menggesa pemimpin Pakatan Rakyat supaya menghentikan perbalahan mengenai ura-ura hukum hudud akan dilaksanakan jika mereka membentuk kerajaan persekutuan.

Menurut Dzulkefly sekiranya perbalahan umum itu berterusan, maka sejarah akan berulang yang menyaksikan pakatan pembangkang menumbangkan sesama mereka. Kali terakhir, kejadian seumpama itu berlaku pada 2001 apabila DAP meninggalkan pakatan Barisan Alternatif .

Katanya, pemimpin Pakatan sepatutnya menggunakan rangka kerja polisi umum (CPF) yang digubal pada Disember lalu sebagai panduan.

"Pakatan harus faham apa yang perlu mereka dilakukan dalam politik campuran kerana setiap parti mesti mendukung polisi dan objektif umum yang sama,” kata Dzulkefly, yang juga adalah anggota urusetia kepimpinan Pakatan ketika dihubungi.

"Dalam Pakatan, kita mempunyai alasan yang lebih daripada mencukupi untuk merangka polisi umum yang dapat diterima semua pihak.”
Sejarah mungkin berulang?
Pada 2001, DAP meninggalkan Barisan Alternatif secara tergesa-gesa apabila PAS berkeras mempertahankan bahawa parti itu akan menubuhkan negara Islam yang berpaksikan undang-undang Islam dan hukum hudud jika berkuasa.

Dzulkefly berkata pemimpin Pakatan mesti belajar dari sejarah dan mengelakkan pergeseran yang mungkin memecah-belahkan mereka sekali lagi.

Katanya, sekutu Pakatan - PAS, DAP dan PKR perlu fokus terhadap rangka polisi umum (CPF) dan matlamat mereka untuk pilihan raya umum akan datang, di samping menghormati ideologi masing-masing.

Dzulkefly menggesa rakan-rakan parti lain supaya menerima hakikat bahawa PAS adalah “parti Islam demokratik” yang beroperasi dalam rangka kerja demokrasi.

"PAS pula mesti fahami bahawa apa yang kami lakukan, kita mesti lakukan dengan mandat orang ramai. Kita tidak boleh paksa orang ramai terima Islam. Ini akan timbulkan kegelisahan dan ketakutan di kalangan bukan Islam dan ada kalanya orang Islam sendiri.”

Beliau menjelaskan hudud dan penubuhan negara Islam bukan sebahagian dari CPF dan jika ditakdirkan PAS memenangi semua kerusi parlimen yang ditandinginya pada 2008, parti Islam itu masih tidak berupaya melasanakannya tanpa sokongan daripada sekutu mereka di Pakatan.
Bertelagah sampai kiamat
"Bagi pilihan raya ke-13, agenda ini bukannya relevan kerana kita bukan berlawan sesama sendiri. Selagi BN mengeksploitasi dikotomi ini, ia menjadi tumit Achilles bagi Pakatan.
"Dan selagi hudud dan penubuhan negara Islam menjadi satu momokan untuk DAP manakala PAS pula menentang negara sekular, maka kedua-dua mereka akan bertelagah sehingga hari kiamat, maka BN dan Umno akan terus menguasai negara ini dan kita boleh lupakan hasrat mengambil-alih kerajaan persekutuan.”

Pengerusi DAP Karpal Singh dan penasihat parti itu, Lim Kit Siang, baru-baru ini sekali lagi bertikam lidah dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mencadangkan hukum hudud dilaksanakan jika ditakdirkan Pakatan mengambil-alih kerajaan persekutuan.

Menurut Nik Aziz undang-undang Islam diperlukan bagi membanteras gejala sosial, tetapi Karpal dan Lim bertegas, perlembagaan Malaysia menentukan bahawa negara ini akan ditadbir oleh undang-undang dan konvensyen sekular.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

eh apa ni????????kita islam mesti menegakkan hukum allah...kenapa perlu menjadi dayus??????nak jadi mcm umno jugak ke????jgn sia2 kan perjuangan kami selama ini semata-mata nmengikut ckp org lain yg sealiran politik dgn kita!!!!jgn jadi bacul!!!!

fs-86 berkata...

Orang Pas banyak yang marah bila orang dok marahkan Hudud. Tapi aku yakin 70% ahli PAS terutamanya yang dok di kampung2 masih tak tahu lagi apa itu Hudud.

Aku rasa cukuplah PAS nak pejuangkan Hukum Hudud ini. Nak berjuang kena bijaksana beb. Lupakan nak melaksanakan Hudud tapi berusaha meng'Hudud'kan secara halus undang-undang yang ada.

Aku rasa satu kemenangan besar sekiranya Undang2 yang sedia ada memperuntukkan sebat 100 kali maksimum keatas pesalah rogol atau zina. Yang lain tu pelahan2 lah dulu. Klau PAS dan orang Islam pandai mudah jer nak buat hudud ni. Islam ni bukanlah sekali gus. Nabi pun amik masa puluhan tahun sebarkan Islam inikan kita manusia biasa.

Nama Hudud tu tak penting janji rohnya ada...

Tanpa Nama berkata...

fs86 apa ko cite ni bengong!roh hudud pala otak ko.org kg xphm?ko jgn ckp mcm xde mata la..ni aku nak bgtau ko akibat sikap mcm ko ni lah ko tungu pa akan jadi pada parti pas.aku juga penyokong pas tapi i nsyallah lepas ini aku akan pasti kan u ndi dri kwn2 dan saudara mara aku akn beralih kpd lwn.ko tungu..hampa betul dgn sikap org mcm fs ni dan pemimpin2 yg lemah dlm menegakkan islam!

fs-86 berkata...

pengkomen kat atas ni tak faham..kite kena bijaksana dalam hal ni..nama hudud tu dah busuk kat Malaysia ni bukan saja kalangan kafir tapi melayu tu sendiri..Ubah pendekatan la beb..arak nabi tak haramkan serta merta tapi amek bertahun beb..

Wes berkata...

Kalau betul PAS nak tegakkan humum hudud, kenapa tak buat di Kelantan dulu. Kita tengok perlaksanaannya. Tapi aku takut orang Kelantan pun tak sanggup terima termasuk orang-orang PAS sendiri.