Tengok sendirilah. Kalau bagitau kata orang PAS suka memfitnah.    Derhaka Sultan. Jahil, tak ikut mufti dan macam-macam lagi. Tengoklah    gambar-gambar pemimpin UMNO yang ‘kencing’ muftinya sendiri.
 
Berak  merata ditengah jalan. Bukannya mengaku tetapi sibuk menuduh orang    lain.! UMNO sila cermin muka tu dulu. Jangan lebih sudu pada kuah.
 
Cukuplah.  Terlalu banyak sangat. Semuanya bagaimana tanda UMNO-BN cakap   tak  serupa bikin. Bagi Pas Islam tidak boleh dipisahkan. Tiada istilah    politik suku agama suku.
1.  Datuk Seri Najib Tun Razak berceramah di Masjid Kampung Sungai Miang,  Pekan, Pahang. Takkan dalam Masjid PM? Hormatlah sikit fatwa Tan Sri  Harussani tu.
2.  Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri  Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (kiri) menyampaikan  sumbangan kepada orang-ramai di Masjid Kampung Kepayang Fair Park, Ipoh.  Aik, takkan kat Perak sendiri tak hormat fatwa Tan Sri Harussani. Ini  bukan politik kot Cuma dihadiri saje oleh orang politik. Takde niat  politik pun!
3  . HISHAMMUDDIN pada sidang media di Masjid Jumhuriah, Taman Datuk  Harun, Petaling Jaya, semalam. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana  Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Dalam Negeri,  Datuk Wira Abu Seman Yusop. Bercakap tentang ibadah ke pentadbiran  negara? Tak politik ke tu?
 
4.  Gambar yang kelihatan YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Ketua UMNO Bhg  Jelebu sedang berucap dalam Masjid Amar Penghulu, Jeleb. Kelihatan juga  duduk bersila dari kiri ke kanan ialah: YBhg Datuk Haji Jalaluddin Haji  Alias, Timbalan Ketua UMNO Bhg Jelebu; Tuan Stapa (Ketua Polis Daerah  Jelebu); Tuan Imam Masjid Amar Penghulu: Tuan Habibbullah (Pegawai JASA  Daerah Jelebu / Ketua Penerangan UMNO Bhg Jelebu); dan Tuan Abd Hamid  Othman (Pengarah JASA NS / Setiausaha UMNO Bhg Jelebu). Menteri yang  jaga undang-undang siber ni. Kena tangkap ke ni?..lihat di SINI...
5.  Saudara Khairy Jamaluddin Abu Bakar selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia  merangkap Ahli Parlimen Rembau telah hadir dan memberi ceramah di Masjid  An-Nur Pekan Rembau. Aik tak cukup lagi TV dan Radio?
Sdr. Khairy di Taman Rembau Utama. Berkempen ke?
 
6  . Turut dihadiri Pengerusi Perhubungan UMNO Johor selaku MB Johot  bersama isteri. Beliau memberi ucapan kepada orang miskin sempena majlis  penyampaian golongan miskin, pelajar yatim dan ibu tunggal melalui 138  cawangan UMNO dari seluruh parlimen Ledang. Majlis itu adalah anjuran  UMNO di Masjid al-Taqwa Tanjung Gading Barat, Ledang.
Datin  Paduka Prof Dr Jamelah Ariffin isteri MB Johor turut serta memberi  sumbangan. Kalau ye pun tutuplah aurat elok-elok dalam masjid tu. Dah le  tak ikut mufti, lawan syariat lagi.
7  . Datuk Khaled Nordin menghadiri majlis anjuran Biro Agama UMNO  Bahagian Pasir Gudang diadakan dalam Masjid Al-Muhajirin Bandar Masai.  dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al-Muhajirin.
8.  Program UMNO Merbok di Masjid Taman Ria Jaya. Ucapan Dato' Haji Tajul  Urus B. Hj. Mat Zain yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Merbok
9. YB Shahidan Kassim turut berceramah. Macam baru balik Mekah. Tazkirah bab arak dan judi haram ke?
10.  Di PETAGAS, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin  (gambar atas) menyerahkan bantuan bakul makanan kepada 70 warga tua,  miskin dan sakit dari Mukim Petagas di Masjid Al-Jannah. Siap dengan beg  lambang UMNO dan Dacing. Ini guna masjid ke?
11.  Aik Puteri UMNO pun tak ketinggalan. Aurat pun tak tertutup elok. Orang  bukan Islam tau menutup auratnye apabila mengunjungi rumah ibadat orang  Islam. Maaf! Mungkin non muslim kot. Program kemasyarakatan bertempat  di Masjid al-Falah Karamunting, Sandakan.
12.  Felda Tunggal, YB Dato Sri Dr Azalina Dato Othman Said Ahli Parlimen  Pengerang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pengerang telah menghadiri  majlis anjuran bersama UMNO Bahagian Pengerang, Unit Seranta Felda  Negeri Johor, FELDA Wilayah Johor Bahru, JKKK FELDA Tunggal dan Badan  Kebajikan Surau FELDA Tunggal di masjid Felda Tunggal. Istiqamah tidak  menutup aurat. Tak berani tegur ke?
13.  Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berucap dalam majlis  anjuran Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di Masjid Salahuddin  Al-Ayyubi, Taman Melati, Wangsa Maju. Menurutnya, UMNO senantiasa  menggalakkan kerja-kerja ibadat seperti menyalurkan bantuan pada mereka  yang susah serta mengatur aktiviti membela sesama Islam di bulan  Ramadhan ini dan memuji UMNO Wilayah Persekutuan kerana membelanjakan  RM130 ribu bagi membantu mereka yang memerlukan di seluruh bahagian UMNO  dalam Wilayah Persekutuan. Dalam pada itu, beliau yang juga Naib  Presiden UMNO Malaysia mengucapkan terima kasih pada Badan Perhubungan  UMNO Wilayah Persekutuan kerana membantunya sehingga dapat menduduki  salah satu kerusi Naib Presiden UMNO dalam pemilihan lalu.
Hampir  3000 orang membanjiri kawasan masjid itu. bersama para pemimpin UMNO.  Kelihatan bersama di majlis itu, Ketua Badan Perhubungan UMNO Wilayah  Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique, Timbalan Badan Perhubungan Senator  Datuk Kamarudin Ambok, Setiausaha Senator Datuk Rizuan Abd Hamid, Ketua  Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Paduka Mohd Norza  Zakaria, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, Ketua Puteri  Azlinda Mohd Rashad dan ketua-ketua UMNO Bahagian, Pemuda, Wanita,  Puteri serta ahli-ahli jawatankuasa masing-masing. Turut hadir Datuk  Bandar Kuala Lumpur Datuk Ruslin Hasan dan Pengarah Jabatan Agama Islam  Wilayah Persekutuan Haji Che Mat Che Ali. Pengerusi Badan Perhubungan  UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique ketika berucap  melahirkan rasa syukur beliau kerana kejayaan Datuk Seri Shahrizat Jalil  menganjurkan majlis tersebut.
14.  Majlis anjuran UMNO Bahagian Bagan telah diadakan di Masjid At Taqwa,  Mak Mandin. Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Abdul Latiff Mirasa  kelihatan bersama orang-ramai. YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua  Menteri Melaka dan ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, saudara Norman  Zahalan juga turut hadir. 15. Hingga ke Sarawak, Program “Jom Berambeh”  YB Datuk Hjh Rohani Hj Abdul Karim, Timbalan Menteri Pertanian dan  Industri Asas Tani Malaysia dan diadakan untuk mendekatkan dan  memudahkan penduduk di kawasan Parlimen Batang Lupar. Siap salam sama  Tok Imam ke? macam nak angkat nikah je YB?