demokrasi93.blogspot.com

Soalnya, wajarkan Dato' Dr.Hassan Ali diambil tindakan oleh PAS dalam hal ini. Kesalahan beliau ialah mengeluarkan pendapat selepas ditanya oleh wartawan ketika Majlis Rumah Terbuka MB Selangor. Jika beliau tidak menjawab soalan itu, sudah pasti isu ini tidak panas seperti sekarang ini. Makanya, sebelum mengambil apa-apa tindakan terhadap beliau kita juga harus melihat dan mengkaji kesan-kesan dan impaknya terhadap Pakatan Rakyat itu sendiri. Hassan Ali adalah satu nama yang cukup dihormati oleh segenap lapisan rakyat sebenarnya. Oleh itu, jika beliau dikenakan tindakan maka ia akan lebih membuka ruang yang luas kepada perpecahan sebenarnya. Maka, eloklah kes ini ditangani secara berhemah seperti krisis yang berlaku antara Presiden PAS, Hj.Hadi Awang dengan Timbalannya Nasharuddin Mat Isa satu ketika dulu. Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Nescaya semuanya dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin. Pandangan dan pendapat memang ada kalanya akan menyinggung perasaan orang lain. Namun, tidak wajar pimpinan PAS sendiri menuduh Hassan cuba bermain tarik tali dan bersekongkol untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat di Selangor. Tuduhan tidak berasas dengan mengatakan beliau kononnya akan bergabung dengan UMNO dan Barisan Nasional untuk mengambilalih tampuk kepimpinan kerajaan negeri adalah satu provokasi jahat yang bakal mengeruhkan lagi keadaan sebenarnya.
[Mentaliti pemimpin Pakatan Rakyat perlu diubah, tidak semestinya mempertikaikan sesuatu keputusan itu bermakna ingin menyertai UMNO. Bukan semua tindakan yang dilakukan itu dapat diterima oleh sekalian rakyat. Tambahan pula Selcat diadakan secara terbuka dan disiarkan secara langsung menerusi saluran media alternatif. Langkah terbaik ialah meneruskan kaedah siasatan seperti biasa secara terbuka, tetapi Selcat tidak membenarkan mana-mana pihak menyiarkan siaran langsung prose siasatan menerusi media online di internet. Inilah puncanya yang menyebabkan ia memalukan pegawai yang berkenaan. Maka adalah wajar, siasatan terbuka yang dijalankan tidak disiarkan secara langsung selepas ini. Nescaya kes ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan