Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 29 September 2009

Ibrahim ‘lawan tauke’, pakar lompat parti




KUALA TERENGGANU - Setiausaha Pas Terengganu, Yahaya Ali meminta Ibrahim Ali mencermin dirinya terlebih dahulu sebelum menyuruh pemimpin tertinggi parti itu meletak jawatan dengan alasan sudah terlalu uzur untuk memimpin.

:Yahaya berkata, Ahli Parlimen Pasir Mas itu langsung tidak berhak meminta Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletak jawatan kerana beliau bukan berada dalam kalangan barisan kepimpinan tertinggi parti itu.

“Siapa dia (Ibrahim) untuk suruh Tok Guru (Nik Aziz) lepaskan jawatan, dia langsung tidak ada kena mengena dengan Pas, selain individu mengambil kesempatan,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini, semalam.

:Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ibrahim meminta Nik Abdul Aziz melepaskan jawatan dan memberi laluan orang baru menerajui parti itu dengan alasan kesihatan serta umur Menteri Besar Kelantan itu sendiri.

:Ibrahim yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas memberi reaksi itu selepas Nik Abdul Aziz mengulangi pendirian Kerajaan Negeri Kelantan bahawa beliau perlu lepaskan jawatan kerana tindakan yang dilihat tidak sehaluan dengan parti berkenaan.

:Mengulas lanjut Yahaya berkata, kenyataan Ibrahim secara jelas menggambarkan sikap ‘kacang lupakan kulit’ dan ‘melawan tauke’ selepas Pas memberi peluang bertanding atas tiket parti itu di kerusi Parlimen Pasir Mas.

Sehubungan itu katanya, krisis antara Pas dan Ibrahim harus dijadikan teladan kepada parti supaya perkara sama tidak berlaku pada masa akan datang.

“Kita jadikannya sebagai sempadan, dalam politik banyak perkara boleh berlaku dan Pas mempunyai banyak pengalaman berharga apabila menjalinkan kerjasama dengan ramai pihak termasuk UMNO, kini pakatan pembangkang.

“Walau apa pun yang terjadi, kita tidak boleh berasa kecewa sebab itu dinamakan politik, selain menjadikannya sebagai pengajaran,” katanya yang turut menganggap Ibrahim sebagai pakar lompat kerana kerap kali bertukar parti.

Tiada ulasan: