(Radzi [kiri sekali] sangat disenangi masyarakat Tionghua)
IPOH: Biarpun sebelum ini tidak pernah dikenali,
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rapat, Radzi Zainon tiba-tiba
menjadi buah mulut masyarakat di Perak.
Kejayaan beliau
menumpaskan calon ‘kontroversi’ BN iaitu Datuk Hamidah Osman di Dun
Sungai Rapat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu menjadi
puncanya.
Kejayaan menumbangkan Hamidah yang juga ‘wanita besi’
bagi BN di Perak memberi kekuatan kepada Radzi yang kini dianggap
sebagai ‘giant killer’ di sana.
Malah, Timbalan Pesuruhjaya PAS
Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin beranggapan, kekalahan Hamidah di Dun
Sungai Rapat memberi sedikit sinar kegembiraan tatkala Pakatan Rakyat
gagal mengembalikan kemenangan di Perak.
Ikuti laporan penuh mengenai beliau dalam Harakah Jumaat ini)
2 ulasan:
Kena ingat bahawa sokongan rakyat kerana Pakatan Rakyat.....bukannya kerana namanya PAS, PKR atau DAP..jika tidak kerana atas nama PR besar kemungkinan PAS tidak mampu menang di mana2 kerusi pun....so, mulai sekarang elakkan dari taksub kepada parti masing2...lebih kuat dan namapak hebat jika bercakap ata nama Pakatan Rakyat....barulah rakyat daan pengundi bertambah yakin untuk tumbangkan BN yg tidak pernah bertanding atas nama UMNO, MCA dan MIC.....
Inilah punca sebenar yang menyebabkan ROS tidak pernah mahu meluluskan nama PAKATAN RAKYAT.....bukan PR sengaja nak befrtanding atas tikit masing2......BN menang kerana menipu orang Melayu jika PR menang maka orang China jadi PM walhal dalam BN lebih ramai calun bukan Melayu yg bertanding.......
Catat Ulasan