Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 20 Jun 2013

Bawa Misi Kebajikan Rakyat ke Sidang DUN; Agenda Besar Radzi Zainon

Bawa Misi Kebajikan Rakyat ke Sidang DUN; Agenda  Besar Radzi Zainon

Sememangnya YB Radzi Zainon yang cukup akrab dengan rakyat melalui panggilan Ustaz Radzi ini kekal diingatan rakyat melalui agenda kebajikan berterusan yang beliau lakukan selama ini.

Malah stamina besar yang beliau peruntukkan untuk meneliti permasalahan asasi rakyat ini juga menggerunkan pesaing beliau daripada kalangan pimpinan UMNO Gopeng mahupun pihak bekas ADUN iaitu Datuk Hamidah Osman.



Semasa ditemuramah, YB Radzi menyatakan dalam siri sidang yang akan datang beliau akan terus mengotakan janji kepada rakyat untuk membawa isu kebajikan dan keperluan rakyat terutama kawasan DUN yang diwakilinya.

Selain itu untuk memastikan pencapaian KPI beliau menangani isu rakyat, beliau akan bersama-sama pihak ADUN Pakatan Rakyat lain bertindak memantau polisi dan agenda kerajaan negeri BN agar cocok dengan keadilan dan kesaksamaan kepada rakyat.
Beliau yang cukup serius serta cakna dengan isu tanah dan penyelewengan juga akan terus menjadikan sidang DUN sebagai medium terbaik untuk menjalankan tugas check and balance kepada polisi pentadbiran kerajaan BN Perak.

“Mana-mana kerajaan dan forum kepimpinan negara dunia memerlukan pembangkang atau suara alternatif agar sesuatu keputusan itu dilaksanakan secara adil dan tepat. Kerajaan yang menafikan suara pembangkang atau menjadikan pembangkang sebagai YB kelas kedua atau mendiskriminasikan rakyat di kawasan pembangkang adalah tidakan anti undang-undang manusia yang sihat. Politik perlu matang dan politik kita adalah untuk menjamin keamanan dan kesentosaan negeri melalui pengagihan kekayaan yang adil serta penumpuan kepelruan rakyat melebihi aspek picisan yang membazir”, jelas beliau semasa temubual berkaitan misi dan visi beliau kali ini.

Beliau juga memandang serius hal persidangan DUN yang hanya dijadikan medium stamping order (pengesahan arahan) semata-mata tanpa perbahasan yang sihat. Sidang yang terlalu pendek kadangkala sehingga hanya separuh hari cukup tidak logik dan hanya sesuai untuk negeri kecil seperti Perlis misalannya.

Ruang selama 3 hingga 7 hari adalah optimum untuk perbahasan adil semua ADUN Perak seramai 59 itu berucap bagi mewakili rakyat masing-masing.

Muhammad Nuruddin Bashah

Unit Penerangan MTD Sungai Rapat

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mari kawan2 jamu mata hahaha Lihat disini