14 Mac 2013- Ara Payung
Isu ibu tunggal yang masih terabai di DUN Sungai Rapat bukan pertama
kali didedahkan walaupun kerajaan negeri giat berkempen berkenaan
kejayaan agenda kebajikan BN dan UMNO negeri Perak.
Di Ara Payung masih ada ibu tunggal yang memiliki dapur yang cukup dhaif
dan uzur malah bumbung rumah yang tidak mampu melindunginya dan
anak-anaknya daripada hujan lebat.
Puan Maimunah Mohd Nor yang menetap di setinggan Ara Payung sejak tahun
1980an hanya kini menerima geran beralamat PT 22341 RPT Ara Payung
walaupun dengan hak milik sementara 99 tahun.
Bumbung rumahnya hanya kelihatan 'normal' selepas dibantu secara gotong
royong oleh pihak PAS Kawasan Batu Gajah pada tahun 2012 yang lalu.
'Makcik kerap menonton TV dan meilaht mudahnya bantuan di terimaoleh
insan di negeri lain..katanya dibantu oleh perdana menteri, bagaimana
keadaan makcik ini, hingga kini YB ADUN tidak pernah menjengah..hanya
usaha ketua kampung sahaja yang ada itu pun tiada usaha pihak tertentu
bantu makcik sekeluarga menggantikan dinding dan bumbung yang uzur ini ", luah Puan Maimunah semasa kunjungan Penerangan MTD dan Ketua Pilihanraya Muslimat Batu Gajah Puan Fauziah.
Antara masalah lain beliau adalah air yang kerap bah apabila hujan lebat
di hadapan rumahnya. Semasa kunjungan dibuat, tiang-tiang rumah beliau
reput dimakan anai-anai, dapur tiada dinding, dan beberapa papan dinding
yang mampu rebah dengan hanya ditolak dengan tangan.
Usaha pihak PAS Batu Gajah hanya sekadar kemampuan sebuah parti
pembangkang yang tiada dana tetap membantu rakyat. Namun ia bukan alasan
untuk PAS tidak membantu rakyat. Sikap proaktif PAS Batu Gajah perlu
diteladani oleh UMNO yang hanya ghairah merebut kerusi tetapi
mangabaikan rakyat sendiri.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat
Bumbung yang diganti oleh PAS Batu Gajah. Jika ianya peruntukan kerajaan pasti lebih sempurna dan berkualiti.
1 ulasan:
mana peginye biro kebajikan kg ara payung.........
Catat Ulasan