Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 17 Disember 2012

Dongeng Setinggan Sifar Kak Midah: Kes Setinggan di Ara Payung masih wujud!

Oleh: Nuruddin Bashah (http://landskapsiasah.blogspot.com/)


DUN Sungai Rapat- Ahad, 9 Disember 2012
PAS Kawasan Batu Gajah telah bertidak proaktif  dengan melancarkan operasi Skuad Basmi Setinggan Batu Gajah kali kedua. Pada sekitar bulan Februari yang lalu, skuad ini telah banyak membantu Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat  (PAS) yang diterajui oleh bakal calon PAS Ustaz Radzi Zainon.
Melalui kunjungan mereka ke Kampung Muhibbah Ara Payung kali ini mereka berjaya mengesan dua kes setinggan yang juga belum menerima apa-apa geran daripada kerajaan walaupun YB Hamidah Osman memberi janji akan menyelesaikannya sekitar 2 bulan seleps pendedahan pertama dibuat. baca di sini

Janji ADUN Sungai rapat kian diperbicarakan di peringkat akar umbi masyarakat kerana selepas lawatan pihak ADUN dibuat di beberapa rumah di Telok Pedang dan Ara Payung untuk menunjukkan respon atas pendedahan pihak Skuad Basmi Setinggan Batu gajah, YB Datuk Hamidah belum menunaikan janji untuk menyelesaikan kesemua isu setinggan di sini.

Menurut En Mokhyi bin Mukhlis beralamat  Lot 273 beliau telah menetap di kawasan sekitarnya semenjak 1980-an lagi .
Sekarang beliau menetap di Kg Muhibbah, Ara Payong di mana tanah tersebut tidak mempunyai geran.Tanah tersebut terletak bersebelahan dengan Taman Bersatu-Kg. Ara Payong.
Rumah beliau sebelum ini terletak di kawasan Taman Bersatu ,apabila pembangunan Taman Bersatu dilaksanakan,beliau telah berpindah pula ke rumah yang beliau menetap sekarang. Keadaan beliau kelihatan diperkotak katik dan tidak menentu. 
Justeru, beliau tidak putus-putus berusaha untuk memohon geran tanah tetapi tidak mendapat layanan yang sewajarnya atau dalam ertikata lain,tidak diluluskan permohonan tersebut.
Difahamkan permohonan telah dibuat setelah beliau berpindah ke tapak rumah beliau sekarang dan dari dokumen Pembayaran Permohonan Tanah Kerajaan Mukim Sungai Trap bertarikh 8 Januari 1993.
 Manakala En Ramasamy A/L Kamachi beralamat  Lot 275 merupakan menantu kepada En. Baskar A/L Krishnan yang menetap di Lot 276. Mereka bermustautin selama  hampir 40 tahun.
Adalah difahamkan permohonan telah dibuat setelah beliau berpindah ke tapak rumah beliau sekarang dan  dokumen Pembayaran Permohonan Tanah Kerajaan Mukim Sungai Trap beliau bertarikh 8 Jun 1990.
Pihak Skuad yakin bahawa Pihak ADUN Sg rapat pasti akan hadir ke rumah-rumah berkenaan selepas siri pendedahan ini kerana itu sahajalah yang mampu dilakukan oleh UMNO Gopeng yang dipimpin oleh Datuk hamidah iaitu hanya responsif kepada setiap kerja amal PAS dan Pakatan rakyat sahaja tanpa idea bernas mempelopori tugasan membantu rakyat.
Mereka telah menyatakan kesediaan mereka untuk menerima bantuan Pakatan Rakyat jika ditakdirkan Pakatan Rakyat mentadbir semula negeri Perak. Malah kelesuan dan kehampaan terserlah di wajah mereka menandakan putusnya harapan mereka terhadap janji manis para pemimpin UMNO yang tidak berjiwa rakyat.
Skuad Basmi setinggan berazam untuk melakukan beberapa siri pembongkaran lagi selepas ini. 

Muhammad Nuruddin Bashah
MEDIA Sungai Rapat.

Resit Akaun Terima Wang PTD bagi Permohonan Tanah Mokhyi bin Mukhlis 08/01/1993
Borang Permohonan Mokhyi bin Mukhlis
Kedudukan Lot Tanah
Resit Akaun Terima Wang PTD bagi Permohonan Tanah Ramasamy A/L Kamachi 08/05/1990
Borang Permohonan Ramasamy A/L Kamachi

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah orang ara payung,tahniah wak mokhyi pendedahan yg berani!!!!!

Tapa Hamid berkata...

Wak Mokhyi seorang wira. Tahniah kerana mendedahkan sesuatu yang tidak pernah dibongkar atas dasar kebenaran untuk menyedarkan golongan yang masih tidak sedar dan mudah terpedaya dengan janji manis. Midah memang tiada tempat di hati penduduk Kampung Ara Payung kerana banyak penipuan dan putar belit yang disemaikan di hati penduduk. Jangan bimbang, nama Midah tiada dalam senarai calon PR13 berdasarkan sumber orang kuat dalam UMNO sendiri. Hidup Wak Mokhyi. Boleh belanja makan rendang tok nanti.

Tanpa Nama berkata...

Wira kepala bapak mu bila diminta berada bersama setinggan yang lain untuk dibincangkan lari entah kemana tetapi bila sivakumar datang bukan main kalau boleh nak jilat jubor Sivakumar

Tapa Hamid berkata...

Kita berada di sebuah negara demokrasi. Kita mempunyai hak untuk memilih pemimpin yang sedia memberikan bantuan bukan pemimpin yang menekan rakyat dengan memberikan janji-janji kosong. Jangan marah-marah.

Tanpa Nama berkata...

jangan patah semangat wakmokhyi....pemuda ara payung sentiasa memberikan sokongan khas utk wak!!!!!

Tapa Hamid berkata...

Kita sokong Wak Mokhyi. Hidup Wak Mokhyi.

Tanpa Nama berkata...

Ini Jawapannya
http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2012/12/pembangkang-hanya-mencetuskan-masalah.html

Tanpa Nama berkata...

Ini jawapannya
http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com.2012/12/umnongok-hanya-pandai-bercakap.html

abdul jabar berkata...

pengundisetiasungairapat dah tak ade modai oi...

Tanpa Nama berkata...

wak,pejabat tanah dalam proses nak bagi geran. takbir.....

Tanpa Nama berkata...

Mengapa bila isu setinggan timbul baru nak beri geran? Sebelum ni tak mau beri geran pun. Midah ronggeng dah termalu. Beri geran kerana PR13 ke?

Tanpa Nama berkata...

kah..kah...kah...hidup wak mokhyi!!!!!

Tanpa Nama berkata...

wak mokhyi wira otai...

Tanpa Nama berkata...

Wak Mokhyi wira otai rock kapak. Jom pergi konsert. Bawa gitar Fender. Hidup Wak Mokhyi.

UMNO PARTI PENJARA berkata...

UMNO dan BN sudah memerintah Terengganu hampir 50 tahun..... Tapi Kenapa Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Wanita UMNO dan Pemimpin2 UMNO Terengganu tetap memilih jadi bodoh?

2013 - Tahun Paling Malang Rakyat Terengganu........ Lihat sendiri bukti kalau tak percaya...

~ BUKTI 1 ~

~ BUKTI 2 ~

~ BUKTI 3 ~

~ BUKTI 4 ~

Saya mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah kurang 5 tahun, hutang berkurang. Bandingkan dengan Terengganu yang diperintah BN sejak 50 tahun dulu... Kat mana hebatnya Pemimpin UMNO yang menafikan kewibawaan Pemimpin Pakatan Rakyat? Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul.. ( Buktikan kalau saya bercakap bohong)

Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.

Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR....

~ (( Budaya Samseng )) - Ahli2 Mahu Lari Dari UMNO ~

Biarkan UMNO bersendirian... Mereka tidak mahu bersatu, kita boleh bersatu sesama kita... Mereka pentingkan perpecahan... Biarkan mereka... Mereka lebih mengutamakan keganasan untuk mengekalkan kuasa... Biarkan mereka..... Mereka hanya mahu jadi samseng... Biarkan mereka samseng selamanya....

Biarkan pemimpin2 UMNO memperbodohkan ahli2 mereka selamanya...

Tanpa Nama berkata...

hidup wak mokhyi...............TAKBIR...............sum

Unknown berkata...

Ini ramasamy cerita mesti 40 tahun.. ce kome dtg kampo.. kompom lebih 100 kes boleh dpt.. hehe