Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 9 Disember 2012

Kaum Tionghua majoriti tak sokong Kak Midah

Sebelum tu aku nak kabo sikit pasai posting sebelum ni pasai program Fiesta tu. Yang suruh aku bantai tu blogger Umno, Ahli PCT.. tapi dia cakap jangan bagi tau identiti dia. dia suruh rahsiakan... x main la fitnah2.. janganlah samakan aku dengan Umno... Hahaha...

____________________________________________________________________


SUNGAI RAPAT: PAS Kawasan Gopeng telah berjaya menganjurkan program ramah mesra bersama kaum tionghua hasil kerjasama dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Perak yang diwakili oleh Naib Ketuanya, Richard Wong.

Program yang turut disertai oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Gopeng, Ustaz Radzi Zainon tersebut diadakan di sekitar Taman Taufik, Sungai Rapat pada 3 Disember lalu.

Program edaran risalah dan santuni rakyat ini mendapat sambutan baik daripada penduduk setempat yang majoritinya berbangsa Tionghua.


Ketua Penerangannya, Omar Nasarudin Din berkata, dalam program kali ini, pihaknya fokus kepada sasaran kaum Tionghua iaitu bangsa kedua teramai di DUN Sungai Rapat yang ditandingi oleh PAS.

Menurutnya, dalam situasi sekarang, sokongan Tionghua terhadap PAS semakin meningkat berbanding semasa pilihanraya ke 12 yang lalu.

Kata beliau, setiap kali menganjurkan program bersama kaum tersebut, sudah pasti akan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dan ini menjadikan Umno sangat risau dengan sokongan pengundi cina yang semakin berkurang terhadap mereka.

Sementara itu, Richard Wong ketika ditemui berkata, kaum Tionghua tidak lagi takut kepada PAS dan ini sangat berbeza daripada situasi dahulu.

Beliau yang juga AJK DHPP Pusat berkata, kaum Cina tidak lagi menganggap PAS sebagai ancaman kerana mereka sudah lagi tidak tertipu dengan dakyah Umno yang cuba menakutkan orang bukan Islam terhadap PAS.

“PAS wajib menerangkan apa itu PAS, dan apa sebenarnya perjuangan Islam kepada Mereka.

“Mereka mahu mengenali Islam dan ini adalah tanggungjawab ahli PAS untuk berdakwah kepada mereka,” katanya kepada Harakah yang turut bersama-sama dalam program tersebut.

2 ulasan:

Abdul Karim berkata...

Man Jawa tu hidup lagi ke? Dengo-dengo dia ni banyak penyakit. Salay satu penyakitnye suka songlap duit. Bukan ke dia ni yang selalu ambil duit surau dan duit more bulan puasa orang kampung? Insaf Man Jawa. Rumah kata pegi kubo kata mari. Takkan Tok Penghulu buat-buat tak tau aje. Jangan bersubahat udah le. Orang Kampung Ara Payung dak bijak kome oi! Jangan tipu!

UMNO PARTI PENJARA berkata...


UMNO dan BN sudah memerintah Terengganu hampir 50 tahun..... Tapi Kenapa Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Wanita UMNO dan Pemimpin2 UMNO Terengganu tetap BODOH?

2013 - Tahun Paling Malang Rakyat Terengganu........ Lihat sendiri bukti kalau tak percaya...


~ BUKTI 1 ~

~ BUKTI 2 ~

~ BUKTI 3 ~

~ BUKTI 4 ~


Saya mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah kurang 5 tahun, hutang berkurang. Bandingkan dengan Terengganu yang diperintah BN sejak 50 tahun dulu... Kat mana hebatnya Pemimpin UMNO yang menafikan kewibawaan Pemimpin Pakatan Rakyat? Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul.. ( Buktikan kalau saya bercakap bohong)

Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.

Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR....

~ (( Budaya Samseng )) - Ahli2 Mahu Lari Dari UMNO ~

Biarkan UMNO bersendirian... Mereka tidak mahu bersatu, kita boleh bersatu sesama kita... Mereka pentingkan perpecahan... Biarkan mereka... Mereka lebih mengutamakan keganasan untuk mengekalkan kuasa... Biarkan mereka..... Mereka hanya mahu jadi samseng... Biarkan mereka samseng selamanya....

Biarkan pemimpin2 UMNO memperbodohkan ahli2 mereka selamanya...