Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 24 Disember 2012

Ceramah di Batu Gajah esok mungkin kecoh!

Ceramah bersama Bekas Naib Presiden Felcra, Dato Ramli Buyong di Kg Sri Indah, Sungai Terap Batu Gajah esok mungkin kecoh apabila anak kepada tuan rumah tempat ceramah yang juga bekas AJK Umno Gopeng, Cikgu Nazri telah dihubungi oleh seorang individu.

Menurutnya,  beliau dikatakan telah diugut jika meneruskan hasrat untuk mengadakan ceramah di kawasan itu. individu itu kata tanggung sendiri jika berlaku kekecohan esok.

ianya menggambarkan seolah olah ada perkara yang akan berlaku esok.

cikgu Nazri yang baru menyertai PAS kemungkinan akan membuat laporan polis tentang ugutan itu.

Pihak PAS sudah pun memohon permit dan memaklumkan tentang program tersebut. sebentar tadi Naib YDP Sudah pun menghubungi OCPD utk memaklumkan berita ini.

Esok jom kita turun beramai ramai tunjukkan kekuatan kita. ternyata kak midah gentarrrr!


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak do koje lain ugut ugut tak kan semua orang nak jadi makturutpakturut
puak yang dikenali

Intan berkata...

Kisah 2 orang budak yang sadis disini adakah anda tersentuh?