Dipetik dari blog Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss'
Dr Raja Ahmad Iskandar l-Hiss
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak mengalu-alukan kesudian Kerajaan
Negeri Perak dengan kenyataan yang dibuat oleh Datuk Mohammad Zahir
Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber
Manusia, Sains dan Teknologi Negeri Perak untuk memberikan penjelasan
berhubung pertikaian pengiktirafan program pengajian dan kesahihan
penandatangan pada sijil graduan dan transkrip Kolej Islam Darul
Ridzuan (KISDAR) melalui media massa baru-baru ini.
Merujuk muka surat depan akhbar Sinar Harian pada 13 Oktober yang
lalu, Datuk Zahir jelas mempelawa mana-mana pihak untuk bersemuka bagi
mendapatkan penjelasan di atas beberapa persoalan yang hangat
diperkatakan.
Ahkbar Sinar Harian jelas memetik kenyataan Datuk Zahir mempelawa mana-mana pihak untuk tampil bersemuka dengan pihaknya.
Jesteru, kami bersedia untuk mengutarakan persoalan-persoalan dan
mendapatkan maklum balas serta kepastian timbulnya masalah yang
dihadapan tersebut.
Kami tuntas menyambut ruang untuk mendapat
penjelas terus daripada pihak yang bertanggungjawab termasuk Datuk Seri
DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir sendiri.
Kami inginkan penjelasan berikutan timbul isu yang diperkatakan dan kami sememangnya menunggu penjelasan yang ingin diberikan.
Kami menyerahkan kepada pihak Kerajaan Negeri sama ada melalui Datuk
Seri Zambry ataupun Datuk Zahir bagi menetapkan tarikh yang sesuai bagi
maksud memberikan penjelasan tersebut.
Kami berharap Kerajaan
Negeri benar-benar serius dan ikhlas untuk memberikan penjelasan dan
bukannya mempolitikkan isu pendidikan ini semata-mata.
Kami bertegas, jika pihak Kerajaan Negeri enggan atau memberikan
pelbagai alasan bagi kami untuk mendapatkan penjelasan bermakna ada
perkara yang ingin disembunyikan oleh Kerajaan Negeri daripada
pengetahuan umum.
Kami serius untuk mengadakan pertemuan bagi merungkai
persoalan-persoalan yang menjadi tanda tanya penuntut dan Ibubapa
pelajar KISDAR!
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan