Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Sabtu, 25 Februari 2012

Zambry bagi alasan bodoh.. ternyata penakot!!!

oleh Muhammad Faeez

IPOH, 25 Feb: Kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir berhubung debat telah menggambarkan dirinya tidak ada wawasan.

Demikian tegas Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Ahmad Nuri Al-Amin tentang kenyataan Dr Zambry yang menyarankan mantan Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berdebat dengan Adun Behrang yang melompat parti, Jamaluddin Radzi dan bukannya dengan beliau atas alasan Adun bebas itu sudah lama menyatakan kesudian untuk berdebat.

Katanya, kenyataan tersebut memperlihatkan dirinya tidak mempunyai wawasan dan kurang matang dalam memberi respons tentang cadangan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

“Cadangan Pemuda PAS untuk menyatukan kedua-dua pemimpin tersebut bermatlamat untuk memberi ruang kepada mereka melontarkan idea dalam mempimpin pentadbiran Kerajaan Negeri Perak ke tahap yang lebih baik,” katanya kepada Harakahdaily.

Melihat kenyataan Zambry, beliau berkata, pemimpin utama BN Perak tersebut tangkas mengalih isu dengan mencadangkan Nizar berdebat dengan Adun Bebas yang telah melompat parti.

“Adakah Adun Bebas tersebut sebagai mewakili BN Negeri Perak?

"Adakah juga Adun Bebas tersebut adalah ketua parti komponen BN Perak?” ujarnya.

Menurutnya, debat atau forum adalah pentas bagi kedua-dua tokoh yang mengetuai BN Perak dan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

“Adakah rasional Datuk Seri Zambry menyerahkan wawasan mentadbir kerajaan negeri kepada Adun yang telah melompat partinya?” soal beliau.

Jelasnya, PAS Perak menasihatkan agar Zambry berani dalam perkara itu dan hendaklah matang dan profesional dalam memberi alasan untuk mengelak berdebat dengan Nizar.

“Mengalihkan isu dengan memberi cadangan yang tidak masuk akal adalah sangat memalukan kerana isu ‘pokok’ yang dicadangan oleh Pemuda PAS Perak adalah ingin memperlihatkan kedua-dua tokoh ini membicarakan wawasan untuk mentadbir semula kerajaan negeri jika mendapat mandat daripada rakyat pada PRU13 nanti,” jelasnya.

Katanya, itulah yang ingin dilihat oleh rakyat, parti manakah yang mempunyai wawasan atau usaha untuk membangunkan rakyat di Perak.

PAS Perak, katanya sekali lagi melihat dolak-dalik Zambry sebenarnya kerana sedar BN Perak yang telah tumbang pada PRU12 tahun 2008 dahulu masih mengamalkan penyelewangan dan kronisme.

Tambahnya, Zambry idak perlu bimbang jika BN Perak telah benar-benar bersih dan rajin bekerja dalam membantu rakyat tanpa ada usaha menindas rakyat.

“Zambry perlu menyahut peluang dan ruang ini bagi membuktikan usaha yang telah dilakukan oleh BN benar-benar berkesan.

“Dan mungkin sebenarnya rakyat masih ingin meneruskan usaha dan kerja Pakatan Rakyat yang terhenti selama 11 bulan sahaja oleh kerana sikap ketidakperikemanusiaan BN yang merampas kuasa kerajaan yang dipilih oleh rakat,” jelasnya.

4 ulasan:

ipoh mari berkata...

ada ke dia sruh DS essuespNizar brdebat dgn katak Behrang.Nk jumpa pengundi2 dia dlu pun dia takut.ini kn pulak nk brdebat.Blh trkncing dlm sluar jamaludin radzi di buat olh DS Nizar

Andak berkata...

awak nak tanya Zambri ni batu kote dia original ka atau dibuat dengan kertas? Nampak benor penakut. Apa kelas DS Nizar nak debat dengan katak
Behrang yang baca jawi pun tak tahu.

Unknown berkata...

hmmmmm... bagi wa memang wa tak heran pun bila dia minta Nizar berdebat dgn katak emas Behrang. Sbb segala permintaan katak2 kat Perak ni MB Haram terpaksa tunaikan utk memastikan katak2 ajaib ni tak melompat lagi. Lompatan kali ni boleh menamatkan kembali rampasan kuasa di Perak. Dan segala tuntutan katak2 ajaib ni terpaksa ditunaikan oleh MB Haram ni sehingga menimbulkan rasa tak puashati pulak dikalangan ahli Umno sendiri. Sbb mereka yg bersusah payah mempertahankan Umno, katak2 ajaib yang sapu segala kemewahan.

Jadi tak pelik bila MB Haram suruh Nizar berdebat dgn Katak Behrang.

Unknown berkata...

Salam.. boleh kiranya linlk blog saya dimasukkan dalam list blog tuan...

Terima Kasih..

http://kopitarikkaw2.blogspot.com/