Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Sabtu, 25 Februari 2012

Lebih 1000 hadir himpunan anti Lynas di Bukit Merah











Berita dan Foto oleh Muhammad Faeez

IPOH, 26 feb: Lebih 1000 rakyat di seluruh negeri Perak terutama penduduk Bukit Merah, Menglembu hari ini, telah berhimpun untuk menyatakan bantahan terhdap pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng oleh syarikat Lynas Advanced Material Plant (Lamp).

Himpunan tersebut diadakan di Bukit Merah, Ipoh iaitu lokasi Asian Rare Earth (ARE) beroperasi pada awal 80an hingga 90an.

Pelbagai sepanduk dinaikkan serta semua yang hadir telah mengibar bendera hijau tanda bantahan terhadap pembinaan loji yang berisiko tinggi itu.

Himpunan ini turut disertai oleh NGO dan parti-parti politik termasuklah PAS , DAP dan PKR.

Antara pemimpin yang hadir ialah Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar; Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye; ADUN Menglembu, YB Lim Pek Har dan pimpinan Pakatan Rakyat Perak.

Sejak awal pagi rakyat terutama penduduk Bukit Merah yang pernah merasai kesan terhadap sisa radioaktif telah berhimpun sambil melaung laungkan slogan ‘anti Lynas’ dan ‘hidup rakyat’.

3 ulasan:

Yob Rizab berkata...

kih,kih,kih............ameno bn dah pasang khemah besar kat sebelah tempat ceramah pr di kg muhibbah ara payong batu gajah. deme nak buat kacau ler tu macam kat taman tasik idaman aritu.

Tanpa Nama berkata...

salam tumpang tny lokasi demo ni kt bukit merah ke kt ipoh sebenarnye?

Tanpa Nama berkata...

Lepas ini Hapuskan EPF pula bagi memulangkan semula duit modal hasil usaha rakyat dari disalahguna sambil menjana dana pakatan rakyat.