Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 15 Januari 2012

Pemuda sedia gempur Kak Midah!



Batu Gajah: Pemuda PAS Batu Gajah telah bersedia dengan jenteranya bagi menghadapi BN dalam menghadapi PRU13 tidak lama lagi.

Ketua Pemudanya, Ustaz Abdullah Adam berkata, Pemuda kawasan itu akan menyumbang sepenuh tenaga dan daya usaha bagi memenangkan Calon PAS di DUN Sungai Rapat.

“Oleh kerana PAS tidak bertanding di Batu Gajah, Pemuda akan menggerakkan jentera membantu Sungai Rapat dalam PRU13 nanti,” katanya kita menyampaikan ceramah dalam Program Barbeque bersama Pemuda pada 11 Januari lalu di Pejabat PAS Batu Gajah, dekat sini.

“Gerak kerja perlulah lebih tersusun dan efisyen bagi memastikan keberkesanan dan mencapai matlamat yang diingini,’ katanya.

Katanya, gerak kerja pemuda sudah pun dimulakan seperti mengedar risalah, menyampaikan bantuan dan menziarah penduduk di DUN Sungai Rapat.

Dalam program tersebut juga, PAS Kawasan telah melancarkan Jentera Pilihanraya MTD DUN Sungai Rapat.

Jentera tersebut telah dilancarkan oleh Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Zawawi Hasan.
Turut hadir ialah Ketua Penerangan PAS Perak Ustaz Nuri Al-Amin, Penyelia Pusat Khidmat Pakatan Rakyat DUN Sungai Rapat Ustaz Radzi Zainon, YDP PAS Kawasan Ustaz Ismail Ariffin serta pimpinan kawasan.

3 ulasan:

A Mum Of Three Mohd berkata...

Ayuh!! Jom gempur dan kita kuburkan Kak Midah.

Tumpor UMNO!!

Tanpa Nama berkata...

Setakat 4 orang nak gempur apa, setakat nak membohong rakyat tak payah ler...rakyat bukannya bodoh....kini Pas balaci DAP

Tanpa Nama berkata...

Tak pelah kita jumpa PRU13 nanti nak tau penagan Pakatan Rakyat.