Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 17 Januari 2012

Jom ubah kalau tak nak derita!!


IPOH:Rakyat perlu lakukan perubahan jika tidak mahu menanggung bebanan dan derita.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain berkata, jika rakyat tidak mahu berubah dan terus-menerus menyokong kerajaan zalim maka bersiap sedialah untuk menanggung risiko bebanan.

“Sebagai rakyat Malaysia kita mesti menolak kerajaan BN pada PRU nanti kerana bebanan yang mereka letakkan keatas bahu kita semakin lama semakin banyak,” katanya kepada Harakah 17 Januari lalu.

Katanya, rakyat yang bekerja penat lelah, siang dan malam bersabung nyawa untuk sesuap nasi namun mereka yang bergelar Menteri dan Perdana Menteri yang mendapat segala macam keistimewaan atas nama subsidi.

Menurutnya, dalam sejarah menunjukkan ramai Khalifah - khalifah agung yang menggunakan duit sendiri untuk membantu rakyat, mereka tidak pernah sesekali menggunakan duit yang wajib menjadi hak rakyat untuk kepentingan mereka.

“PM dan Menteri BN cukup rakus menggunakan duit rakyat, contohnya perbelanjaan isteri PM ke luar negara sahaja sudah mencecah puluhan juta, alat soleknya mencecah ratusan ribu, semuanya menggunakan wang rakyat, mana mungkin mereka mampu membeli dan memperolehinya dengan sekadar wang gaji yang mereka perolehi” ujar beliau.

Semua ini katanya hasil pengutipan cukai yang tinggi dari rakyat dan mereka berseronok ke luar negara dengan hasil titik peluh rakyat yang bekerja siang malam.

Malah,disaat rakyat semakin terhimpit dengan masalah kewangan, BN terus menaikkan harga barang, dalam masa yang sama subsidi barang ditarik.
“Adakah kerajaan BN terfikir untuk memotong gaji para menteri jika benar mereka berjiwa rakyat?,” soal beliau.
“Kini, rakyat yang menanggung beban sedangkan pemimpin atasan bergembira mengabiskan wang rakyat tanpa rasa bersalah, ujarnya.

Tiada ulasan: