Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 15 November 2011

Jangan Politkkan pemberian Bantuan RM100 !



IPOH
, 16 Nov, PAS Perak menegaskan agar mekanisme pembayaran wang bantuan sebanyak RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara perlulah melalui saluran yang sebenar.
Pesuruhjayanya, Ustaz Abu Bakar Hussien berkata, PAS Perak bimbang jika terdapat salahguna kuasa yang akan dimainkan pemimpin umno yang merasakan duit itu adalah pemberian dari umno.
Beliau menyatakan, rakyat perlu jelas bahawa duit yang akan diberikan itu datangnya dari duit rakyat juga, ianya hasil dari kutipan cukai dan berbagai kos yang dibebankan kerajaan kepada rakyat.
“ Pihak kami mendengar desas desus di Perak ini kemungkinan ada sekolah yang akan berikan duit RM 100 itu melalui pemimpin UMNO”
“ Jadi kami mengharapkan agar perkara ini tidak berlaku, dan jika ia berlaku juga ini merupakan salahguna kuasa dan pembohongan dari UMNO”
Beliau menyatakan, Berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan di laman web, Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor menunjukkan, wang bantuan tersebut akan dimasukkan ke akaun Bank Simpanan Nasional dan akaun khas akan dibuka untuk sekolah yang tidak mempunyai akaun tersebut.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Esok di Sek keb Seri Jaya bantuan ini akan disampaikan oleh YB SG RAPAT..semua ibu bapa dijemput hadir..UMNO bg duit esok weh..

Tanpa Nama berkata...

Seronok le ibu bapa....jangan dapat duit lepas ni pi enjoy...tahun depan duit nak beli buku pun tarak....kan lebih baik bagi awal tahun....ibu bapa yg prihatin ok le....tapi yg sebaliknya....kan naya anak2

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) berkata...

Wahai Paeh,

Pesuruhjaya PAS Perak asyik bimbang sahaja. Dia ingat semua wang akan masuk poket ahli UMNO sahaja.

Sebenarnya dia bimbang pasal undi pilihanraya. Sebabnya ialah puak PAS, PKR dan sesiapa sahaja yang mempunyai anak bersekolah dapat duit poket itu.

Silap2 cucu cicit Pesuruhjaya PAS pun dapat.

Negara berkebajikan UMNO lah katakan.

Semua orang tahu kenapa PAS bimbang.

Entah2 saudara mara Paeh pun dapat.

Apa lagi berbisiklah Paeh "duit ambik, undi jangan bagi" sebab dia tahu PAS tidak mampu berbuat demikian seperti di kerajaan negeri Kedah dan Kelantan.

Dasar Negara Berkebajikan PAS hanya omongan kosong tetapi UMNO yang sudah lama membuat kebajikan dipersenda sedangkan semua orang mendapat kebaikan dari dasar tersebut.

Kenapa Kedah dan Kelantan yang diterajui PAS membuat perkara yang sama untuk membukti dasar tersebut menjadi kenyataan?

Itulah tandanya CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

Sekian.