Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Sabtu, 19 November 2011

BN nafikan hak OKU




IPOH, 19 Nov : Bapa seorang OKU kecewa kerana Kerajaan Barisan Nasional menafikan hak anaknya.

Jalaluddin, 54, berkata, anaknya, Ahmad Hadif telah mendapat bantuan kebajikan sebanyak RM300 di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat Perak tetapi selepas Barisan Nasional ‘merampas kuasa’, bantuan tersebut telah ditarik balik.

Beliau sudah pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat dan bertanya tentang permasalahan ini. Pihak tersebut berkata bantuan itu adalah di zaman Kerajaan Pakatan Rakyat dan permohonan bantuan perlu dibuat semula.

Namun, sehingga kini masih tiada jawapan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat walaupun sudah beberapa kali menghubungi pihak tersebut.

“Saya sangat terkilan kerana kerajaan sekarang meminggirkan golongan yang memerlukan seperti anak saya,” katanya ketika ditemui di gerainya di tepi jalan Simpang Changkat Larang, Gopeng bersama-sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir.

Beliau masih mengharapkan bantuan kebajikan bagi menampung keperluan harian keluarganya kerana pendapatan daripada perniagaan kecil-kecilannya tidak mencukupi.

“Saya berharap agar Pakatan Rakyat dapat mengambil alih semula pemerintahan Perak kerana kebajikan masyarakat akan lebih terbela,” ujarnya lagi.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir telah memberi sedikit bantuan Ahmad Hadif. Beliau kelihatan sangat gembira atas sumbangan tersebut.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

“Saya berharap agar Pakatan Rakyat dapat mengambil alih semula pemerintahan Perak kerana kebajikan masyarakat akan lebih terbela,”

Kata-kata orang munafik masa ko jadi Setpol MB Nizar Komunis dulu ko pun menengking orang dari Grik depan orang ramai...ko lupa ke

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) berkata...

Wahai Paeh,

Bersesuaian dengan dasar negara berkebajikan, minta Misbahul Munir hulur banyak2.

Pakatan Rakyat yang tak berdaftar hendaklah berpakat dengan rakyat macam mana hendak jadi macam Jabatan Kebajikan Malaysia.

PAS patut hulur banyak2 kepada rakyat untuk mendapatkan undi negara berkebajikan.

Sekian.