Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 14 Januari 2013

Aik.. x berani debat ka? hahaha




IPOH: Pakatan Rakyat Perak mencabar pimpinan BN Perak yang diketuai oleh Menteri Besar, Dato’ Dr Zambry Abd Kadir untuk berdebat dalam beberapa isu yang dibangkitkan.

Setiausaha Pakatan Rakyat Perak, Dr Khairuddin Abd Malik berkata, ini berikutan fitnah yang dilemparkan oleh BN yang mendakwa Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat memberikan sejumlah tanah kepada pimpinan DAP Perak iaitu Dato’ Ngeh Koo Ham.

Katanya, debat yang diberi nama “Debat Darul Ridzuan: Nik Aziz Rasuah Ngeh Koo Ham, Zambry Buncitkan Kroni- Siapa Berdusta?”.

Jelas beliau, program tersebut dijadualkan akan berlangsung pada 23 Januari ini dan akan menjemput wakil daripada BN.

Khairuddin berkata, pihaknya akan menghantar surat jemputan kepada BN Perak dalam masa terdekat dan berharap mereka dapat menghantar sekurang-kurang 2 wakil untuk merungkai segala dakwaan dan isu-isu kepentingan rakyat Perak yang dilontarkan.

Kata beliau, terdapat banyak pendedahan yang dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat khususnya Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak baru-baru ini.

Ujarnya, sehingga hari ini pendedahan khususnya melibatkan isu tanah yang dibuat tidak direspon oleh BN.

Tegas beliau, BN khususnya Umno terus memainkan isu kononnya DAP menerima tanah daripada Kelantan sebagai imbuhan untuk melantik Dato’ Seri Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar.

“Ianya telah dijawab oleh para pimpinan namun fitnah tersebut terus dimainkan Umno.

“Kami cabar mereka mengulangi tuduhan tersebut di luar dewan dan sahut cabaran untuk berdebat,” kata beliau dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, baru baru ini.

Ditanya jika cabaran tersebut tidak disahut oleh BN, beliau berkata, pihaknya akan teruskan program tersebut namun beliau berharap BN berani berhadapan dan bertanggungjawab dengan segala dakwaan mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Tambun menjelaskan, Pakatan Rakyat Perak akan mengadakan ‘roadshow’ isu penyelewengan tanah di Perak oleh kerajaan BN era Dr Zambry Kadir bermula 23 Januari ini hingga pilihanraya.

“Kami juga akan membina laman sesawang atas tajuk ‘Tiada Tertinggal, Tiada Tercicir’, Jom Selamatkan Perak, jelasnya lagi.

dipetik dari Perakite Daily

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Satu lagi projek kayakan kroni? kayakan anda? kayakan yang sedia kaya? Lihat sini

Tanpa Nama berkata...

Video yang membuatkan UMNO dan Macai UMNO panas dan tak senang duduk. Sebarkan